JPKK Losong Wakaf Nyior Kembar

Call Directions

JPKK Losong Wakaf Nyior Kembar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JPKK Losong Wakaf Nyior Kembar, Public & Government Service, Jalan Siakap, Kuala.

🇲🇾 JEMPUTAN MERDEKA BERSAMA KOMUNITI 🇲🇾Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera.🎉 Ayuh kita semarakkan sambutan Bulan Ke...
28/08/2026

🇲🇾 JEMPUTAN MERDEKA BERSAMA KOMUNITI 🇲🇾

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera.

🎉 Ayuh kita semarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan bersama komuniti!

🎉 Jom hadir beramai-ramai ke Program Merdeka

Bersama Komuniti yang penuh dengan aktiviti menarik untuk kanak-kanak, belia dan seluruh masyarakat.

📅 Tarikh: 29 Ogos 2026 (Sabtu)
📍 Tempat: Perkarangan Masjid Losong Haji Mat Shafie
🎯 Antara aktiviti menarik: 🎨 Pertandingan Mewarna
🚲 Basikal Berhias
🚲 Basikal Lajak Lambat
🏍️ Motosikal Lambat
⚽ Penalti
🏐 Bola Jaring
🎁 Cabutan Bertuah
🍛 Jamuan Rakyat
🌙 Kuliah Maghrib Khas Sempena Maulidur Rasul
📍 Di Surau Pok Ngoh

🇲🇾 Semua dijemput hadir!

❤️ Ayuh kita bersama-sama memeriahkan sambutan kemerdekaan, mengeratkan ukhuwah dan membina komuniti yang lebih harmoni.


07/08/2026

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚𝐦𝐮 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭, 𝐈𝐧𝐝𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐇𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐃𝐔𝐍 𝐖𝐚𝐤𝐚𝐟 𝐌𝐞𝐦𝐩𝐞𝐥𝐚𝐦 𝟐𝟎𝟐𝟔

Semua warga DUN Wakaf Mempelam dan kawasan sekitar dijemput hadir memeriahkan Majlis Perasmian Bersamamu Rakyat – Indahnya Hidup Bersyariat yang akan disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Wan Sukairi Wan Abdullah, ADUN Wakaf Mempelam.

🗓️ 7 Ogos 2026 (Jumaat)
🕢 7.30 malam
📍 Masjid Makmur, Losong Dato’ Amar

Ayuh hadir bersama keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai. Semoga pertemuan ini menjadi medan menyuburkan ukhuwah, mengeratkan hubungan sesama masyarakat serta membawa keberkatan buat kita semua.

Jumpa di sana, insya-Allah. 💚

07/08/2026

Menderma darah hanya mengambil sedikit masa, tetapi manfaatnya mampu menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan.

Jom sertai Program Derma Darah sempena Bersamamu Rakyat Peringkat DUN Wakaf Mempelam.

📅 8 Ogos 2026 (Sabtu)
🕗 8.00 pagi
📍 Masjid Makmur, Losong Dato’ Amar

Ayuh hadir bersama keluarga dan sahabat. Selain berpeluang menyumbang kepada mereka yang memerlukan, anda juga boleh menikmati pelbagai pengisian lain seperti Pasar Berkat, Pemeriksaan Kesihatan dan Kuliah.

Setitik darah daripada kita, sinar harapan buat mereka. ❤️




07/08/2026
07/08/2026

Orang kata, badan yang sihat bermula dengan satu langkah. Jadi, jom kita mulakan pagi Sabtu dengan langkah yang bawa manfaat. Bukan berlumba siapa paling laju, tapi sama-sama bergerak ke arah hidup yang lebih sihat.

🚶🏻 FIT BERSAMA: 10,000 LANGKAH 🇲🇾

📅 8 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 7.30 pagi
📍 Masjid Makmur, Losong Dato’ Amar

Jom pakat datang ramai-ramai! Bawa sekali mak ayah, anak-anak, jiran dan sahabat.

✨ Menarik menanti:
• 🚶‍♂️ Jalan Santai 10,000 Langkah
• 🇲🇾 Tema Kemerdekaan
• 🎁 Cabutan Bertuah
• 🤝 Eratkan ukhwah sambil kekal sihat

Tak perlu jadi atlet, cukup ada semangat. Kita jumpa pagi Sabtu nanti! 💚





07/08/2026
07/08/2026

🛒 Pasar Berkat Kembali Lagi

Barang keperluan harian pada harga yang lebih berpatutan, khas buat masyarakat. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai barangan dengan harga istimewa!

📅 8 Ogos 2026 (Sabtu)
🕗 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
📍 Masjid Makmur, Losong Dato’ Amar

Antara tawaran menarik:
🥩 Daging – RM25/kg (tiada had belian)
🦴 Tulang – RM20/kg (tiada had belian)
🐔 Ayam – RM15/ekor (terhad 1,000 ekor)
🥚 Telur – RM5/papan
🥬 Sayur – RM1/ikat
🐟 Ikan pelbagai jenis dengan harga murah.

Sambil membeli-belah, jangan lepaskan peluang menyertai aktiviti lain sempena Bersamamu Rakyat seperti Program Derma Darah, Pemeriksaan Kesihatan dan Kuliah Pengisian.




Sedang berlansung Program Bubur Asyura peringkat Jpkk Losong Wakaf Nyior Kembar.Alhamdulillah, sambutan yang amat mengal...
27/06/2026

Sedang berlansung Program Bubur Asyura peringkat Jpkk Losong Wakaf Nyior Kembar.

Alhamdulillah, sambutan yang amat mengalakkan daripada penduduk setempat.


Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua penduduk khasnya Komuniti Jpkk Losong Wakaf Nyior Kembar. Insya Allah satu ...
26/06/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua penduduk khasnya Komuniti Jpkk Losong Wakaf Nyior Kembar.

Insya Allah satu Program Kacau Bubur Asyura akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :

Hari: Sabtu
Tarikh: 27 Jun 2026 bersamaan 11 Muharam 1448H
Tempat: Perkarangan Bilik Mesyuarat Jpkk Cawangan Losong Wakaf Nyior Kembar
Jam: 8.30pagi - selesai

Jom sama-sama kita pakat hadir beramai ramai bagi memeriahkan lagi tradisi kita saban tahun ini, Insya Allah !


Alhamdulillah Majlis Berbuka Puasa yang diadakan petang tadi Surau Pok Ngoh berjalan dengan lancar dan meriah dgn kehadi...
14/03/2026

Alhamdulillah Majlis Berbuka Puasa yang diadakan petang tadi Surau Pok Ngoh berjalan dengan lancar dan meriah dgn kehadiran penduduk di sekitar.
Majlis turut diserikan dengan Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Abdul Manaf bin Ghani.

Address

Jalan Siakap
Kuala
21000

Telephone

+60139654066

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Losong Wakaf Nyior Kembar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share