Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu

Call Directions Website Contact the organization

Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Government Organization, Tingkat 1, Bangunan Marina, Duyong Marina & Resort , Pulau Duyong, Kuala.

Terengganu – Negeri Cantik, Budaya Menarik, Orangnya Baik-baik✨

Kini diiktiraf sebagai Negeri Paling Bahagia di Malaysia 2025!💙

Ikuti kami untuk info terkini promosi pelancongan negeri!

07/10/2026
DELEGASI KETUA AKAUNTAN NEGARA TEROKAI KEUNIKAN WARISAN TERENGGANU DI KBTKUALA TERENGGANU, 7 Oktober 2026 – Pelbagai per...
07/10/2026

DELEGASI KETUA AKAUNTAN NEGARA TEROKAI KEUNIKAN WARISAN TERENGGANU DI KBT

KUALA TERENGGANU, 7 Oktober 2026 – Pelbagai persembahan kebudayaan dan warisan Terengganu disajikan kepada delegasi Ketua Akauntan Negara (KTN) di Kampung Budaya Terengganu ( KBT), di sini, hari ini.

Kehadiran seramai 43 ahli delegasi di Terengganu itu sempena Mesyuarat Bendahari/Akauntan Negeri Bil. 2 Tahun 2026.

Antara pengisian yang dipersembahkan ialah wayang kulit, gamelan Melayu, demonstrasi gasing, permainan tradisional, tumbuk emping serta tarian kebudayaan.

Persembahan berkenaan bukan sahaja menghiburkan delegasi, malah memberi peluang kepada mereka untuk mengenali dan menghayati keunikan seni, budaya serta warisan tradisional masyarakat Terengganu.

Kehadiran delegasi yang diketuai Akauntan Negara Malaysia, Tuan Haji Nasran bin Omar, disambut Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), YM Raja Faisal bin Raja Harun, yang mewakili Pengarah JPNT, Dato’ Tengku Mohd Arifin bin Tengku A. Rahman.

Penganjuran pengisian kebudayaan tersebut turut mencerminkan usaha berterusan JPNT dalam mengetengahkan khazanah seni dan warisan negeri sebagai antara tarikan utama pelancongan Terengganu.

Ia juga menjadi platform untuk memperkenalkan kepelbagaian budaya tradisional Terengganu kepada tetamu dan delegasi dari seluruh negara, sekali gus memperkukuh imej negeri sebagai destinasi pelancongan yang kaya dengan warisan dan budaya.





07/10/2026
05/10/2026
KUNJUNGAN HORMAT LTAWNT KE JPNT BINCANG PELBAGAI PERKARA BERKAITAN WARISAN DAN PELANCONGANKUALA TERENGGANU,  5 Oktober -...
05/10/2026

KUNJUNGAN HORMAT LTAWNT KE JPNT BINCANG PELBAGAI PERKARA BERKAITAN WARISAN DAN PELANCONGAN

KUALA TERENGGANU, 5 Oktober - Delegasi Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) yang diketuai Setiausaha, Encik Nor Azam bin A. Rahman @ Yusof, mengadakan sesi kunjungan hormat ke Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), hari ini.

Kehadiran delegasi berkenaan disambut Pengarah JPNT, Dato’ Tengku Mohd Arifin bin Tengku A. Rahman.

Pertemuan tersebut membincangkan pelbagai perkara termasuk berkaitan kerjasama dan pembangunan sektor pelancongan serta warisan negeri.

Sesi kunjungan hormat itu turut menjadi platform untuk bertukar pandangan serta membincangkan potensi kerjasama strategik antara LTAWNT dan JPNT dalam usaha memperkukuh pemeliharaan warisanv serta menjadikannya sebagai salah satu tarikan pelancongan negeri.




19 SEKOLAH SERTAI PERTANDINGAN GAMELAN MELAYU TRADISIONAL PIALA TENGKU SERI BIJAYA 2026KUALA TERENGGANU, 4 Oktober 2026 ...
04/10/2026

19 SEKOLAH SERTAI PERTANDINGAN GAMELAN MELAYU TRADISIONAL PIALA TENGKU SERI BIJAYA 2026

KUALA TERENGGANU, 4 Oktober 2026 - Sebanyak 19 buah sekolah melibatkan lebih 200 peserta menyertai Pertandingan Gamelan Melayu Tradisional (Tari/Muzik) Piala Tengku Seri Bijaya Tahun 2026 bagi memperkasakan seni warisan dan muzik tradisional Melayu dalam kalangan generasi muda.

Pertandingan yang diadakan di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai, Kuala Terengganu semalam itu melibatkan dua kategori iaitu Tari Gamelan dan Muzik.

Program turut mendapat penyertaan dari negeri luar Terengganu.

Bagi kategori Tari, Sekolah Kebangsaan SK Kubang Ikan muncul sebagai Johan, diikuti SK Tanjung Gelam sebagai Naib Johan, manakala SK Tok Jembal menduduki tempat ketiga.

Sementara itu, bagi kategori Muzik, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri dinobatkan sebagai Johan, diikuti SMK Kompleks Gong Badak di tempat kedua dan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Selangor di tempat ketiga.

Majlis tersebut dirasmikan oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja dan turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Hadir meraikan tetamu Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, YM Dato’ Tengku Mohd Arifin bin Tengku A. Rahman.

Hadir sama Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu, YBhg. Dato’ Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Terengganu
Puan Zubariah binti Abdullah dan Pengerusi Kelab Kebajikan dan Rekreasi Manir selaku penganjur Encik Zulbalia bin Mohamed.

Pertandingan berkenaan bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat baharu dalam seni gamelan, malah berperanan memupuk minat generasi muda terhadap khazanah seni dan budaya tradisional Melayu agar terus dipelihara serta diwarisi dari satu generasi ke generasi akan datang.




TETAMU KEHORMAT SINGGAH RERUAI JPNT DAN KBT HULU TERENGGANU, 3 OKTOBER – Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Diraja Sul...
03/10/2026

TETAMU KEHORMAT SINGGAH RERUAI JPNT DAN KBT

HULU TERENGGANU, 3 OKTOBER – Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM), YBhg. Dato’ Haji Mohd Fadzli bin Yusof bersama beberapa tetamu kehormat berkesempatan mengunjungi reruai pameran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) dan Kampung Budaya Terengganu (KBT) sempena Program Semarak Usahawan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) Terengganu Usahasama Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) dan YAPEIM Tahun 2026.

Kunjungan tersebut memberi peluang kepada tetamu kehormat mendapatkan maklumat berkaitan produk dan destinasi pelancongan menarik di Terengganu yang diketengahkan menerusi bahan promosi di reruai berkenaan.

Selain itu, penglibatan JPNT dan KBT dalam program tersebut turut menjadi platform untuk memperkenalkan keunikan budaya, warisan serta produk pelancongan negeri kepada pengunjung.

Penyertaan ini juga mencerminkan komitmen JPNT dalam mempergiat usaha promosi dan memperluas jaringan kerjasama strategik bersama pelbagai pihak bagi memperkukuh sektor pelancongan Terengganu.





KUNJUNGAN PERSATUAN PELANCONGAN NEGERI TERENGGANU (PPNT) KE JABATAN PELANCONGAN NEGERI TERENGGANUKUALA TERENGGANU, 2 Okt...
02/10/2026

KUNJUNGAN PERSATUAN PELANCONGAN NEGERI TERENGGANU (PPNT) KE JABATAN PELANCONGAN NEGERI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 2 Oktober- Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT) mengadakan kunjungan ke Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) bagi membentangkan Kertas Kerja Bengkel Pelancongan.

Kunjungan tersebut disambut oleh Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Dato' Tengku Mohd Arifin bin Tengku A. Rahman.

Pertemuan berkenaan turut menjadi platform perbincangan dan perkongsian pandangan berkaitan cadangan pelaksanaan bengkel pelancongan serta usaha memperkukuh kerjasama antara PPNT dan JPNT dalam memperkasakan sektor pelancongan negeri.





PENGARAH JPNT SAMBUT KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MIDA TERENGGANUKUALA TERENGGANU – Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Ter...
02/10/2026

PENGARAH JPNT SAMBUT KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MIDA TERENGGANU

KUALA TERENGGANU – Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Dato’ Tengku Mohd Arifin bin Tengku A. Rahman menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Cawangan Terengganu, Nurul Amalina binti Ahmad Kasim di pejabat JPNT, di sini, semalam.

Kunjungan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara JPNT dan MIDA, khususnya dalam memperkukuh sektor pelancongan serta meneroka peluang pelaburan berkaitan industri pelancongan di negeri Terengganu.

Pertemuan ini turut menjadi platform untuk saling bertukar pandangan dan membincangkan potensi kerjasama strategik dalam usaha memperkasakan pembangunan serta promosi pelancongan Terengganu menjelang Tahun Melawat Terengganu 2027 yang bakal tiba.




01/10/2026

KEMAMAN, 1 Oktober - Kemunculan semula penyu belimbing di Pantai Jambu Bongkok, Marang awal pagi tadi mencatatkan pendaratan kali keempat spesies berkenaan di T...

Address

Tingkat 1, Bangunan Marina, Duyong Marina & Resort , Pulau Duyong
Kuala
21300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096231553

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu:

Shortcuts

Share