02/06/2026
Rakan Perpaduan Kuala Selangor
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Kementerian Perpaduan Negara
Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan
02/06/2026
02/06/2026
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Tuan Zulkifli bin Hashim, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), atas Pengurniaan Darjah Kebesaran Johan Mangku Negara (J.M.N.) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2026.
Pengurniaan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap jasa, dedikasi dan komitmen beliau dalam memperkukuh agenda perpaduan negara serta memacu kecemerlangan perkhidmatan awam.
Semoga YBrs. Tuan Ketua Pengarah terus dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan dan kejayaan dalam menerajui usaha memperkasakan perpaduan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Ikhlas daripada seluruh warga Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) serta Jentera Perpaduan Daerah Kuala Selangor
31/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.
Sembah takzim daripada Pengarah dan seluruh Warga Kerja Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor
๐๐๐ข๐๐ช๐๐๐ฎ๐๐ ๐๐ฃ ๐๐๐ง๐ฅ๐๐๐ช๐๐ฃ, ๐๐๐ง๐๐๐ ๐๐ฃ ๐๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ฃ
26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha
ุนูุฏ ุฃุถุญู ู
ุจุงุฑู
Dengan penuh rasa syukur dan keinsafan, Pejabat Perpaduan daerah Kuala Selangor dan Kakitangan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.
Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima Allah SWT serta menghidupkan semangat pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS.
Sekalung doa dan ucapan khusus buat seluruh jemaah haji yang menunaikan ibadah haji pada tahun ini, semoga dikurniakan haji yang mabrur, dipermudahkan segala urusan ibadah serta kembali ke tanah air dengan limpahan rahmat dan keampunan Allah SWT.
Bersempena Hari Arafah yang penuh keberkatan ini, marilah kita memperbanyakkan doa, munajat dan istighfar. Semoga segala doa yang dipanjatkan oleh kaum muslimin dan muslimat diterima serta dimakbulkan oleh Allah SWT, dikurniakan keamanan, kesejahteraan dan keberkatan buat umat Islam seluruhnya.
ุชูููุจูููู ุงูููู ู
ููููุง ููู
ูููููู
ู ุตูุงููุญู ุงูุฃูุนูู
ูุงู
Semoga Allah menerima segala amalan kita semua.
Salam Aidiladha 1447H / 2026M
19/05/2026
19/05/2026
PENERIMAAN KOMPUTER RIBA DAN KOMPUTER MEJA BAHARU UNTUK WARGA KERJA PEJABAT PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL DAN TABIKA PERPADUAN DAERAH KUALA SELANGOR
19 Mei 2026
Warga kerja Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Kuala Selangor telah menerima komputer riba dan komputer meja yang baharu dalam usaha dan inisiantif bagi meningkatkan semangat dalam mendepani cabaran teknologi yang semakin berkembang pesat.
Dengan penerimaan peralatan yang baharu ini,diharapkan para pegawai dapat menyumbang kepada peningkatan mutu perkhidmatan kepada masyarakat dan menguasai kemahiran digital dalam perkhidmatan awam.
19/05/2026
Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kuala Selangor , Selangor
19 Mei 2026 ( Selasa )
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ PENYELARASAN SUKANEKA DAERAH KUALA SELANGOR ๐๐๐๐
Pejabat Perpaduan Daerah Kuala Selangor telah mengadakan " Mesyuarat penyelarasa program sukaneka peringkat daerah Kuala Selangor2026.Mesyuarat dipengerusikan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Selangor dan dihadiri oleh Penyelaras Tabika dan semua Guru- guru Tabika Perpaduan Kuala Selangor
๐๐๐ข๐๐ช๐๐๐ฎ๐๐ ๐๐ฃ ๐๐๐ง๐ฅ๐๐๐ช๐๐ฃ, ๐๐๐ง๐๐๐ ๐๐ฃ ๐๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐๐๐๐ฃ
19/05/2026
LARIAN OBOR SUKMA XXII SELANGOR 2026
PERINGKAT MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR ๐ฅ๐โจ
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menjemput orang ramai untuk menyertai Larian Obor SUKMA XXII Selangor 2026 yang akan berlangsung dengan pelbagai pengisian menarik dan penuh kemeriahan.
๐
Tarikh : 6 Jun 2026 (Sabtu)
๐ข Masa : 7.30 malam โ 12.00 tengah malam
๐ Tempat : Dataran Malawati, Pekan Lama, Kuala Selangor
๐๏ธ Yuran Penyertaan : RM20
๐ Percuma T-Shirt Berkolar Eksklusif SUKMA Selangor 2026
๐
Percuma Medal Finisher
๐ฅ Terhad kepada 500 penyertaan terawal
๐ Tarikh Tutup Penyertaan : 27 Mei 2026
โจ Program Sampingan:
๐ถ Majlis Pelancaran Lagu dan Nama Maskot Sempena SUKMA XXII dan PARA SUKMA Selangor 2026
๐ญ Program Kebudayaan DUN Malawati 2026
Ayuh bersama-sama menyemarakkan semangat SUKMA Selangor 2026 dan rasai pengalaman larian malam penuh warna di Kuala Selangor!
๐ฒ Imbas kod QR pada poster atau tekan pautan berikut untuk pendaftaran:
https://forms.gle/SQgCauHCnvWfiCWy9
๐ Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Azahari
(011-39338629)
15/05/2026
Sekitar hari pertama Reruai RT Progresif Sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2026 zon Tengah di Muzium Negara dari 15 - 17 Mei 2026. Daerah Kuala Selangor melalui KRT Fasa 2, Bandar Puncak Alam yang juga projek RT Progresif bagi tahun 2025 terlibat dalam reruai ini.
Jom temui kami di sini dan dapatkan produk-produk kraftangan dan makanan warisan dengan harga yang berpatutan.
Jumpa disana!!
15/05/2026
Selamat Hari Guru 2026
โGuru Bitara, Nadi Negaraโ
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga pendidik atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam mendidik anak bangsa serta menyemai nilai perpaduan demi masa depan negara.
Guru bukan sahaja penyampai ilmu, malah pencetus inspirasi, pembina sahsiah dan agen penyatuan masyarakat majmuk Malaysia. Semoga segala usaha murni para guru terus diberkati dan dihargai.
Ikhlas daripada
Ketua Pengarah dan seluruh warga
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Tingkat 5 Kompleks PKNS
Kuala
45000
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 04:30 |
| Tuesday | 09:00 - 04:30 |
| Wednesday | 09:00 - 04:30 |
| Thursday | 09:00 - 04:30 |
| Friday | 09:00 - 04:30 |
