KEMAS Negeri Terengganu

Call Directions Website

KEMAS Negeri Terengganu Laman Rasmi KEMAS Terengganu memaparkan segala informasi & aktiviti yang berlaku di KEMAS Terengganu

Salam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga dan waris Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali atas kembalinya bel...
28/09/2026

Salam takziah diucapkan kepada seluruh keluarga dan waris Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali atas kembalinya beliau ke rahmatullah.

Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar buat negara. Sosok wanita yang begitu dihormati, berjiwa penyayang serta banyak menabur bakti dalam bidang kesihatan dan kebajikan masyarakat.

Segala jasa, sumbangan dan keteladanan Allahyarhamah akan sentiasa dikenang dan menjadi inspirasi buat generasi akan datang.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa beliau, melimpahkan rahmat dan keampunan-Nya, serta menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

25/09/2026

๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐ ๐€๐Œ๐๐ˆ๐‹๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐๐€

Hebahan Permohonan Dan ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฆ๐›๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐ข๐ก ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐‰๐š๐ง๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ• ๐›๐š๐ ๐ข ๐๐ฎ๐ฌ๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฎ๐ฅ๐ข๐š๐ก ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐ˆ๐ฌ๐ค๐š๐ง๐๐š๐ซ ๐ƒ๐š๐ง ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐†๐จ๐ฉ๐ž๐ง๐  melalui sistem UP_TVET @ TVET MADANI

Permohonan boleh dibuat pada ketetapan berikut :

๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐จ๐ก๐จ๐ง๐š๐ง : ๐Ÿ ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ฌ๐ž๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐จ๐ฏ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐Ÿ’๐Ÿ’ ๐‡๐š๐ซ๐ข)

Pautan Permohonan : https://mohon.tvet.gov.my

Kursus Yang ditawarkan:

๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐ˆ๐ฌ๐ค๐š๐ง๐๐š๐ซ (๐€๐Š๐Š๐’๐ˆ)

SKM Tahap 3
1. Operasi Teknikal Pakaian Wanita (C141-005-3:2021)

DKM Tahap 4
1. Operasi Pengeluaran Pakaian (C141-006-4:2021)

DLKM Tahap 5
1. Reka Bentuk Dan Pengeluaran Pakaian
(C141-006-5:2021)

Kursus Yang ditawarkan :

๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐†๐จ๐ฉ๐ž๐ง๐  (๐€๐Š๐Š๐†๐Ž)

SKM Tahap 2
1. Jahitan Pakaian Lelaki (C141-001-2:2017)

SKM Tahap 2
1. Penyediaan Dan Penghasilan Makanan (I561-005-2:2022)

SKM Tahap 3
1. Penyeliaan Dan Jahitan Pakaian Lelaki (C141-001-3:2017)

SKM Tahap 3
1. Operasi Seni Kulinari (I561-005-3:2022)

Pemohon mesti mendaftar akaun jika tidak mempunyai akaun (myspike) sebelum membuat permohonan.

Tatacara Permohonan Kursus boleh di muat turun di laman web UP_TVET (Manual Pengguna)

Sebarang pertanyaan Dan maklumat lanjut boleh terus berhubung ke talian 013-7513645 / 016-9610651 (Cik Hazeliany-AKKSI) Dan 016-4474515 (En. Azraf-AKKGO).

Prasyarat Kemasukan ke AKKSI dan AKKGO melalui sistem UP-TVET adalah :-

1. Lepasan SPM @ Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis (mengikut kursus / tahap)
2. Umur 18 tahun hingga 30 tahun
3. Bujang / Belum berkahwin
4. Warganegara
5. Bumiputera / Sabah / Sarawak
6. Memiliki Sijil SKM terdahulu Dalam bidang Yang Sama bagi permohonan SKM Tahap 3,
7. Tidak buta warna
8. Sihat tubuh badan
9. Keutamaan kepada golongan B40
10. Bukan pemegang kad OKU

Cara Mohon boleh download manual pengguna Dalam portal UP_TVET

๐’๐Œ๐€๐‘๐“ ๐‚๐‹๐€๐’๐’๐‘๐Ž๐Ž๐Œ@๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ; ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž ๐——๐—œ๐—š๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ, ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—” ๐—š๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก!24 September 2026 - Majlis Perasmian Pe...
24/09/2026

๐’๐Œ๐€๐‘๐“ ๐‚๐‹๐€๐’๐’๐‘๐Ž๐Ž๐Œ@๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ; ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž ๐——๐—œ๐—š๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ, ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—” ๐—š๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก!

24 September 2026 - Majlis Perasmian Penutupan Kursus Penataran Smart Classroom@KEMAS Zon Timur 2026 telah berlangsung dengan penuh jayanya hari ini di Pusat Latihan KEMAS Seberang Takir, Kuala Nerus.

Majlis telah disempurnakan oleh Encik Norhisham bin Mohamad, Penolong Pengarah Kanan Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Negeri Terengganu. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Encik Ahmad Shaeezan bin Mohamed, Pegawai KEMAS Daerah Kuala Nerus; Puan Tuan Aznita binti Tuan Mohd Zubit, Pengetua Pusat Latihan KEMAS Seberang Takir Kuala Nerus; serta Puan Nazarinah binti Awang, Pegawai Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Negeri Terengganu.

Semoga ilmu, kemahiran dan inovasi yang diperoleh sepanjang kursus ini terus diterjemahkan dalam bilik darjah, sekali gus memperkukuh ekosistem pendidikan awal kanak-kanak KEMAS yang lebih kreatif, digital dan berimpak tinggi.

24/09/2026
๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐๐€๐“๐€๐‘๐€๐ ๐’๐Œ๐€๐‘๐“๐‚๐‹๐€๐’๐’๐‘๐Ž๐Ž๐Œ@๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐™๐Ž๐ ๐“๐ˆ๐Œ๐”๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Melangkah seiring perkembangan teknologi, Kursus Penataran Smart Cla...
24/09/2026

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐๐€๐“๐€๐‘๐€๐ ๐’๐Œ๐€๐‘๐“๐‚๐‹๐€๐’๐’๐‘๐Ž๐Ž๐Œ@๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐™๐Ž๐ ๐“๐ˆ๐Œ๐”๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Melangkah seiring perkembangan teknologi, Kursus Penataran Smart Classroom@KEMAS Zon Timur 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 20 hingga 24 September 2026 di Pusat Latihan KEMAS Seberang Takir, Kuala Nerus.

Kursus yang dilaksanakan dengan kerjasama KEMAS Negeri Terengganu ini menjadi platform memperkasa kompetensi warga pendidik KEMAS dalam mengintegrasikan teknologi digital, inovasi serta pendekatan pembelajaran abad ke-21 ke dalam bilik darjah. Melalui perkongsian ilmu, latihan praktikal dan sesi interaktif, para peserta didedahkan kepada kaedah pengajaran yang lebih kreatif, efektif dan berimpak tinggi demi melahirkan generasi Alpha yang celik digital.

Semoga segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak KEMAS ke arah yang lebih cemerlang.

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐‰๐€๐‹๐ˆ๐๐€๐ ๐’๐“๐‘๐€๐“๐„๐†๐ˆ๐Š ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐ƒ๐”๐๐†๐”๐DUNGUN, 21 September 2026 โ€“ Pengarah KEMAS Ne...
21/09/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐‰๐€๐‹๐ˆ๐๐€๐ ๐’๐“๐‘๐€๐“๐„๐†๐ˆ๐Š ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐ƒ๐”๐๐†๐”๐

DUNGUN, 21 September 2026 โ€“ Pengarah KEMAS Negeri Terengganu, Tuan Haji Anuar bin Mat Zain hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Pegawai Daerah Dungun, Encik Fadli Yusof bin Zakaria di Pejabat Daerah Dungun.

Turut bersama dalam kunjungan tersebut ialah Encik Norhisham bin Mohamad, Penolong Pengarah Kanan Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Negeri Terengganu serta Puan Zaini binti Muhamad, Pegawai KEMAS Daerah Dungun.

Kunjungan ini menjadi platform memperkukuh hubungan strategik antara KEMAS Negeri Terengganu dan Pejabat Daerah Dungun, di samping mempererat kerjasama dalam menjayakan agenda pembangunan komuniti, pendidikan awal kanak-kanak serta pelaksanaan program-program KEMAS yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat setempat.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra dan penuh muhibah itu turut membuka ruang kepada perkongsian pandangan serta perbincangan berkaitan usaha memperkasa peranan KEMAS di peringkat daerah, khususnya dalam memastikan setiap inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan secara berkesan dan memberi impak positif kepada komuniti.

KEMAS Negeri Terengganu merakamkan penghargaan atas kesudian Pegawai Daerah Dungun menerima kunjungan hormat ini. Jalinan kerjasama erat bersama Pejabat Daerah Dungun diharap terus diperkasakan sebagai pemangkin kepada pembangunan masyarakat yang lebih sejahtera dan inklusif.

๐Š๐€๐Š๐ˆ๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐™๐Ž๐ ๐“๐ˆ๐Œ๐”๐‘ ๐ƒ๐ˆ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐€๐’๐€๐’ ๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹๐€๐ ๐‡๐€๐‹๐€๐‹KUALA NERUS โ€“ Dalam usaha ...
21/09/2026

๐Š๐€๐Š๐ˆ๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐™๐Ž๐ ๐“๐ˆ๐Œ๐”๐‘ ๐ƒ๐ˆ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐€๐’๐€๐’ ๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹๐€๐ ๐‡๐€๐‹๐€๐‹

KUALA NERUS โ€“ Dalam usaha memperkukuh kompetensi warga kerja KEMAS, Kursus Asas Persijilan Halal Peringkat Zon Timur Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan di Pusat Latihan KEMAS Seberang Takir, Kuala Nerus dengan kerjasama Halal Research Centre (HRC), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Pengarah KEMAS Negeri Terengganu, Tuan Haji Anuar bin Mat Zain. Turut hadir ialah Encik Suhairy bin Abd. Ghani, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Komuniti dan Pendidikan Kemahiran KEMAS Negeri Terengganu serta Prof. Madya Dr. Mohd. Sadad bin Mahmud, Pengarah Halal Research Centre (HRC), UniSZA.

Kursus yang menghimpunkan kakitangan Unit Pendidikan Kemahiran KEMAS dari seluruh Zon Timur ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman berkaitan konsep, keperluan serta prosedur pensijilan halal. Pendedahan ini diharap dapat memperkukuhkan peranan warga KEMAS dalam membimbing peserta kursus kemahiran dan usahawan bimbingan KEMAS agar lebih bersedia memenuhi standard pensijilan halal negara.

Penganjuran kursus ini turut membuktikan komitmen berterusan KEMAS dalam memperkasakan kompetensi warga kerja melalui jalinan kerjasama strategik bersama institusi pengajian tinggi, sekali gus menyokong agenda pembangunan modal insan yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐‰๐„๐‘๐€๐˜๐€๐–๐€๐‘๐€ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐€๐‹๐๐‡๐€ ๐†๐„๐ ๐“๐€๐‹๐„๐๐“๐’ (๐‡๐”๐…๐…๐€๐™ ๐‚๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” : ๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘๐Š๐€๐ ๐†๐„๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐‚๐ˆ๐๐“๐€๐Š๐€๐ ๐€๐‹-๐๐”๐‘๐€๐Kemaman, 2026 โ€“ Us...
20/09/2026

๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐‰๐„๐‘๐€๐˜๐€๐–๐€๐‘๐€ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐€๐‹๐๐‡๐€ ๐†๐„๐ ๐“๐€๐‹๐„๐๐“๐’ (๐‡๐”๐…๐…๐€๐™ ๐‚๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š) ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” : ๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘๐Š๐€๐ ๐†๐„๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐‚๐ˆ๐๐“๐€๐Š๐€๐ ๐€๐‹-๐๐”๐‘๐€๐

Kemaman, 2026 โ€“ Usaha KEMAS Negeri Terengganu dalam melahirkan generasi Al-Quran terus membuahkan hasil apabila adik Mohamad Zulyadain bin Mohd Zailan berjaya mencipta kebanggaan apabila diumumkan sebagai antara TOP 6 yang layak mara ke peringkat seterusnya dalam Akademi Alpha Gen Talents (Huffaz Cilik) Musim Ke-2.

Kejayaan membanggakan itu diumumkan sempena Bengkel Jerayawara Akademi Alpha Gen Talents (Huffaz Cilik) dan Program Sentuhan Kasih Keluarga TABIKA KEMAS Kampung Labohan, Kerteh, Kemaman Tahun 2026, yang menghimpunkan ibu bapa, kanak-kanak serta pasukan KEMAS dalam suasana penuh ilmu, kasih sayang dan semangat kekeluargaan.

Sepanjang program berlangsung, peserta didedahkan dengan pelbagai pengisian bermanfaat termasuk Salam Huffaz Cilik, bacaan doa, sesi ice breaking, Huffaz Lab melalui talaqqi dan musyafahah yang memberi penekanan kepada sebutan, makhraj serta kelancaran bacaan al-Quran. Turut diadakan Program Keibubapaan, program Barberpreneur melibatkan bapa dan anak lelaki serta aktiviti Mini Mani Pedi dan Henna untuk ibu bersama anak perempuan.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Anuar bin Mat Zain, Pengarah KEMAS Negeri Terengganu, bersama pasukan Jerayawara Akademi Alpha Gen Talents (Huffaz Cilik) yang diketuai oleh Cik Nor Ziana binti Abdul Karim, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Ibu Pejabat.

KEMAS Negeri Terengganu merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada adik Mohamad Zulyadain bin Mohd Zailan atas kejayaan membanggakan ini. Semoga kejayaan tersebut menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan, sekali gus mengharumkan nama Terengganu di pentas Akademi Alpha Gen Talents (Huffaz Cilik) Musim Ke-2.

Tahniah adik Zulyadain! Teruskan melangkah dengan penuh istiqamah dan semoga menjadi inspirasi kepada lebih ramai anak-anak KEMAS untuk mencintai al-Quran serta mengejar kecemerlangan.

20/09/2026

๐‚๐จ๐ซ๐ž๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก โœ๏ธ

Alhamdulillah

Kita mendapat perkhabaran gembira apabila Akademi Alpha Gen Talents (Huffaz Cilik) telah tercalon dalam Anugerah Seri Angkasa 2026 bagi kategori Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik.

Akademi Alpha Gen Talents (Huffaz Cilik) merupakan cetusan idea dan inisiatif KEMAS yang kemudiannya direalisasikan melalui kolaborasi strategik bersama BERNAMA sebagai rakan penerbitan.

Justeru, pencalonan ini bukan sahaja membanggakan anak-anak Huffaz Cilik malah menjadi satu pengiktirafan terhadap idea usaha dan komitmen KEMAS dalam mencungkil serta mengetengahkan potensi generasi cilik.

Lebih membanggakan, Musim Kedua Huffaz Cilik tampil dengan cabaran yang lebih mencabar, khususnya dari aspek penguasaan hafazan, keyakinan dan kebolehan anak-anak untuk memberikan yang terbaik di pentas yang lebih besar dengan kerjasama RTM dan Saluran Okey TV.

Tahniah kepada anak-anak Huffaz Cilik, para guru, warga KEMAS serta BERNAMA yang bersama-sama menjayakan inisiatif ini.

KEMAS mencetuskan idea, bersama rakan strategik kita merealisasikannya, dan anak-anak kita mengangkatnya ke pentas yang lebih tinggi.

Tahniah Huffaz Cilik KEMAS!

KEMAS.. Di sini bermula

๐‘ซ๐’‚๐’•๐’–๐’Œ ๐‘ด๐’๐’‰๐’… ๐‘ฏ๐’‚๐’๐’‚๐’‡๐’Š๐’‚๐’‰ ๐‘ด๐’‚๐’
๐‘ฒ๐’†๐’•๐’–๐’‚ ๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’“๐’‚๐’‰ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ด๐‘จ๐‘บ

Zahid Hamidi

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”โ€œKesejahteraan Dinikmatiโ€Sempena sambutan Hari Malaysia 2026, KEMAS Negeri Terenggan...
15/09/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

โ€œKesejahteraan Dinikmatiโ€

Sempena sambutan Hari Malaysia 2026, KEMAS Negeri Terengganu ingin mengajak seluruh masyarakat untuk bersama-sama menghayati makna sebuah negara yang dibina atas asas perpaduan, kebersamaan dan semangat saling menghormati.

Hari Malaysia bukan sekadar memperingati sebuah tarikh dalam sejarah negara. Lebih daripada itu, ia menjadi ruang untuk kita menilai sejauh mana kita sebagai masyarakat terus memainkan peranan dalam membina Malaysia yang aman, bersatu dan sejahtera.

Sebagai sebuah agensi yang dekat dengan masyarakat, KEMAS sentiasa meletakkan pembangunan insan dan kesejahteraan komuniti sebagai teras perjuangan. Pendidikan, keluarga dan masyarakat merupakan asas penting dalam membentuk generasi yang berilmu, berdaya tahan, berakhlak serta mampu menyumbang kepada kemajuan negara.

Kita percaya bahawa keluarga yang kukuh akan melahirkan masyarakat yang kuat, manakala masyarakat yang bersatu mampu membina persekitaran yang lebih harmoni dan saling menyokong.

Aspirasi KEMAS adalah untuk terus memperkasa masyarakat melalui pendidikan dan pembangunan komuniti, membuka ruang kepada peningkatan potensi diri serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam membina kehidupan yang lebih baik.

Di Terengganu, kita mahu setiap usaha pembangunan akhirnya dapat diterjemahkan kepada sesuatu yang paling bermakna โ€” kesejahteraan yang benar-benar dirasai dan dinikmati oleh masyarakat.

Marilah kita menjadikan semangat Hari Malaysia sebagai ilham untuk terus bersatu, saling membantu dan memainkan peranan masing-masing dalam membina masa depan negara.

๐˜ฟ๐™–๐™ง๐™ž๐™ฅ๐™–๐™™๐™– ๐™ ๐™š๐™ก๐™ช๐™–๐™ง๐™œ๐™–, ๐™ ๐™ž๐™ฉ๐™– ๐™—๐™ž๐™ฃ๐™– ๐™ข๐™–๐™จ๐™ฎ๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™–๐™ฉ.
๐˜ฟ๐™–๐™ง๐™ž๐™ฅ๐™–๐™™๐™– ๐™ข๐™–๐™จ๐™ฎ๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™–๐™ฉ, ๐™ ๐™ž๐™ฉ๐™– ๐™—๐™ž๐™ฃ๐™– ๐™ฃ๐™š๐™œ๐™–๐™ง๐™–.
๐˜ฟ๐™–๐™ฃ ๐™™๐™–๐™ง๐™ž๐™ฅ๐™–๐™™๐™– ๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ฅ๐™–๐™™๐™ช๐™–๐™ฃ, ๐™ ๐™ž๐™ฉ๐™– ๐™ฃ๐™ž๐™ ๐™ข๐™–๐™ฉ๐™ž ๐™ ๐™š๐™จ๐™š๐™Ÿ๐™–๐™๐™ฉ๐™š๐™ง๐™–๐™–๐™ฃ ๐™—๐™š๐™ง๐™จ๐™–๐™ข๐™–.

Ikhlas daripada
KEMAS Negeri Terengganu

Address

JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) NEGERI
Kuala
20200KUALATERENGGANU TERENGGANUDARULIMAN

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096221321

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEMAS Negeri Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share