21/10/2026
๐ข **HEBAHAN RASMI | SEMINAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PERINGKAT ZON TIMUR TAHUN 2027**
**Memperkasa Pengamal KKP sebagai Rakan Strategik ke Arah Budaya Kerja Selamat dan Sihat.**
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mempelawa para pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di Zon Timur untuk mengambil bahagian dalam **Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Zon Tahun 2027**.
๐ **Zon Timur:** Terengganu, Pahang dan Kelantan
๐
**Tarikh:** 21 Januari 2027 (Khamis)
๐ **Lokasi:** Akan dimaklumkan kemudian
โจ **Siapa yang patut hadir?**
โ
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO)
โ
Penyelia Keselamatan Tapak (SSS)
โ
Pengendali Perancah
โ
Penyelaras KKP (*OSH Coordinator*)
โ
Eksekutif OSH dan Pengurus Fasiliti
๐ฏ **Apa yang bakal diperoleh?**
๐น Pemahaman lebih jelas mengenai tafsiran Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).
๐น Maklumat terkini berkaitan dasar, perundangan dan inisiatif keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
๐น Peluang membina jaringan kerjasama strategik dalam kalangan pengamal KKP.
๐น Perkongsian maklumat terkini berkaitan OSHMP30.
๐น Dialog bersama Ketua Pengarah JKKP Malaysia serta Pengarah JKKP Negeri.
๐ฃ **Perhatian kepada pengamal KKP di Pahang!**
Ayuh manfaatkan peluang ini untuk menambah ilmu, memperkukuh kompetensi dan bersama-sama memainkan peranan sebagai rakan strategik dalam membudayakan tempat kerja yang selamat dan sihat.
๐ **Penyertaan akan dibuka.** Maklumat lanjut berkenaan pendaftaran dan lokasi seminar akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Jom bersama-sama memperkasa KKP demi kesejahteraan pekerja dan kelestarian industri!
**JKKP/DOSH Pahang**
*Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Tanggungjawab Bersama.*
๐จ PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGAMAL KKP DI MALAYSIA! ๐จ
Adakah anda bersedia untuk memperkasa peranan anda dalam industri dan membina jaringan strategik yang mantap?
Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) dengan kerjasama JKKP dan Pertubuhan Kebajikan Sukan (PKS) JKKP bakal menganjurkan:
โจ SEMINAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PERINGKAT ZON TAHUN 2027โจ
Tema: "Memperkasa Pengamal KKP Sebagai Rakan Strategik Ke Arah Budaya Kerja Selamat Dan Sihat"
Jelajah seminar ini akan merangkumi 6 zon utama di seluruh negara:
* ๐ Zon Selatan (Tuan Rumah: Johor)
* ๐ Zon Utara (Tuan Rumah: Pulau Pinang)
* ๐ Zon Tengah (Tuan Rumah: Selangor)
* ๐ Zon Timur (Tuan Rumah: Terengganu)
* ๐ Sabah (Tuan Rumah: Sabah)
* ๐ Sarawak (Tuan Rumah: Sarawak)
Kenapa anda WAJIB hadir ke seminar ini?
๐ Kupasan topik yang sangat menarik dan relevan merangkumi Hala Tuju OSHMP30, Transformasi Digital & AI dalam KKP, Revolusi Pematuhan Loji, Pengurusan Kerja Pembinaan, dan Pengawalseliaan Bahan Kimia.
๐ Mendapatkan tafsiran Akta 514 yang lebih tepat serta maklumat terkini dasar kerajaan.
๐ ACARA KEMUNCAK: Sesi Dialog eksklusif bersama YBrs. Ir. Ts. Hajah Hazlina binti Yon, Ketua Pengarah JKKP Malaysia serta Pengarah-pengarah JKKP Negeri.
๐ Membina jaringan kerjasama strategik bersama rakan industri yang lain.
๐ Peluang memenangi pelbagai hadiah menarik melalui sesi Cabutan Bertuah termasuk Cabutan Bertuah Perdana!
๐ 10 MATA CEP layak diberikan kepada para peserta!
Siapa yang patut mendaftar?
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO), Penyelia Keselamatan Tapak (SSS), Penyelaras KKP (OSH-Coordinator), Pengendali Perancah, Eksekutif OSH, dan Pengurus Fasiliti.
Penyertaan akan dibuka tidak lama lagi! Maklumat lanjut berkaitan pendaftaran seminar ini akan disusuli dalam masa terdekat.
๐๐๐
๐๏ธ LOCK TARIKH INI DI KALENDAR ANDA SEKARANG! ๐๏ธ
Jangan sampai terlepas bas! Kami akan 'gegarkan' zon anda pada bulan Januari nanti. Bulatkan tarikh-tarikh keramat ini supaya anda tak terlepas 10 mata CEP yang berharga:
Sedia untuk melangkah ke tahap yang lebih tinggi? Pastikan anda kongsikan post ini dan tag rakan-rakan KKP anda di ruangan komen! Jumpa anda di sana! ๐