Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang

Directions Website

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang, Government Organization, Tingkat 8&9, Kompleks Tun Razak (KOMTUR), Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

SENARAI TUGAS UTAMA JPS:
Bertanggungjawab merancang, membangun, mengurus, memulihara sumber air seperti sungai, saliran, pantai, empangan & infrastruktur berkaitan bagi mengurangkan risiko banjir dan menyokong pembangunan sosioekonomi negara secara mampan

19/10/2026
PEMERIKSAAN PENGHANTARAN DATA STESEN HUJAN SUNGAI LIPAS, HULU EMPANGAN CHEREH, KUANTAN📅 Tarikh: 17 Oktober 2026Pemeriksa...
19/10/2026

PEMERIKSAAN PENGHANTARAN DATA STESEN HUJAN SUNGAI LIPAS, HULU EMPANGAN CHEREH, KUANTAN

📅 Tarikh: 17 Oktober 2026

Pemeriksaan penghantaran data di Stesen Hujan Sungai Lipas, Hulu Empangan Chereh, Kuantan telah dilaksanakan pada 17 Oktober 2026 dengan penglibatan YBrs. Tuan Pengarah JPS Negeri Pahang, Ir. Arman bin Mokhtar bersama-sama Ketua Penolong Pengarah Kanan BPME, Jurutera Kanan Daerah Kuantan, Pegawai Hidrologi Negeri serta pegawai.

15/10/2026
09/10/2026
09/10/2026

Masa depan negara terus dibentuk melalui perancangan yang berpandangan jauh, berpaksikan keperluan rakyat dan aspirasi Malaysia.

Belanjawan 2027 memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ekonomi, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan membina masa depan negara yang lebih mampan.

Saksikan pembentangan Belanjawan 2027 oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 9 Oktober 2026 (Jumaat), jam 3:30 petang menerusi saluran rasmi Belanjawan 2027.





𝐏𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 𝟗 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐡...
06/10/2026

𝐏𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍

Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 𝟗 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐡𝐮𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔.

Semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah. Keadaan ini boleh menggalakkan pembentukan awan ribut petir yang lazimnya membawa kepada kejadian hujan lebat dan kilat berserta angin kencang dalam tempoh masa yang singkat, terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung serta barat Sabah dan Sarawak. Fenomena cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat, kepala air, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Dapatkan maklumat cuaca dan gempa bumi terkini yang sahih melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan. Hubungi talian Hotline 1300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.





𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐓𝐀𝐓𝐀𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇𝐔𝐋𝐔𝐀𝐍, 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐀𝐔𝐍 𝐌𝐔𝐊𝐓𝐀𝐌𝐀𝐃📅 5 – 6 Oktober 2026📍 Dewan Bakawali, Tingkat G, ...
06/10/2026

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐓𝐀𝐓𝐀𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇𝐔𝐋𝐔𝐀𝐍, 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐀𝐔𝐍 𝐌𝐔𝐊𝐓𝐀𝐌𝐀𝐃

📅 5 – 6 Oktober 2026
📍 Dewan Bakawali, Tingkat G, KOMTUR Pahang

Kursus Tatacara Pembayaran Wang Pendahuluan, Interim dan Akaun Muktamad telah berlangsung selama dua hari dan disertai seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada warga JPS seluruh daerah di Negeri Pahang serta Ibu Pejabat JPS Pahang.

Kursus yang disampaikan oleh Tuan Sr. Syed Ridzuan bin Syed Rainudin ini bertujuan meningkatkan kefahaman peserta berkaitan tatacara pembayaran interim kepada kontraktor berdasarkan pekeliling dan peraturan yang berkuat kuasa, di samping memperkukuh pengurusan kontrak, kewangan dan tadbir urus yang lebih teratur, telus dan berintegriti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penceramah jemputan atas perkongsian ilmu, pengalaman serta penerangan yang sangat bermanfaat.

Terima kasih juga kepada semua peserta atas komitmen, kerjasama dan penglibatan aktif sepanjang kursus berlangsung.

Tidak dilupakan, penghargaan kepada urusetia Bahagian Ukur Bahan dan Pengurusan Kontrak JPS Pahang atas segala usaha dan komitmen dalam memastikan kursus ini berjalan dengan lancar dan teratur.

Semoga segala ilmu dan perkongsian yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam melaksanakan tugasan dengan lebih cekap, tepat dan berintegriti demi memperkukuh penyampaian perkhidmatan JPS Negeri Pahang.




Address

Tingkat 8&9, Kompleks Tun Razak (KOMTUR), Bandar Indera Mahkota
Kuantan
25626

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share