Kesukep Pahang

Directions

Kesukep Pahang Kesukep Pahang Official

๐ŸŒฟ PROGRAM BRISKWALK KESUKEP 2026 18 September 2026 - Program BriskWalk KESUKEP 2026 anjuran Biro Kesihatan KESUKEP telah...
18/09/2026

๐ŸŒฟ PROGRAM BRISKWALK KESUKEP 2026

18 September 2026 - Program BriskWalk KESUKEP 2026 anjuran Biro Kesihatan KESUKEP telah berlangsung dengan meriah bersempena Hari Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Program ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal, mengurangkan tekanan serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga kerja.

Terima kasih kepada semua warga kerja yang telah menyertai dan memeriahkan program ini, serta kepada urus setia dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama.

๐Ÿ’™ Langkah Sihat, Hidup Hebat! ๐Ÿ’ช๐Ÿป

๐ŸŒฟ PROGRAM BRISKWALK KESUKEP 2026 10 September 2026 - Program BriskWalk KESUKEP 2026 anjuran Biro Kesihatan KESUKEP telah...
11/09/2026

๐ŸŒฟ PROGRAM BRISKWALK KESUKEP 2026

10 September 2026 - Program BriskWalk KESUKEP 2026 anjuran Biro Kesihatan KESUKEP telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan yang menggalakkan daripada warga kerja SUK Pahang.

Program ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan, mengurangkan tekanan serta mengeratkan silaturahim.

Terima kasih kepada semua peserta, urus setia dan pihak yang telah menjayakan program ini. ๐Ÿ’œ

โ€œLangkah Sihat, Hidup Hebat!โ€

๐ŸŒฟ PROGRAM BRISKWALK KESUKEP 2026 ๐Ÿšถ๐Ÿปโ€โ™€๏ธ๐Ÿšถ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธAlhamdulillah, Program BriskWalk Kesukep 2026 anjuran Biro Kesihatan KESUKEP ...
04/09/2026

๐ŸŒฟ PROGRAM BRISKWALK KESUKEP 2026 ๐Ÿšถ๐Ÿปโ€โ™€๏ธ๐Ÿšถ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ

Alhamdulillah, Program BriskWalk Kesukep 2026 anjuran Biro Kesihatan KESUKEP telah berjaya dilaksanakan pada pagi ini dengan penyertaan yang amat menggalakkan daripada warga kerja.

Program ini merupakan salah satu inisiatif bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal, mengurangkan tekanan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta, urus setia dan pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Semoga semangat untuk mengamalkan gaya hidup sihat akan terus berkekalan dan menjadi budaya dalam kehidupan seharian.

๐Ÿ’œ โ€œLangkah Sihat, Hidup Hebat!โ€

SEKITAR PROGRAM ZUMBA KESUKEP 2026Alhamdulillah, Program Zumba KESUKEP 2026 anjuran Biro Kesihatan KESUKEP Pejabat SUK P...
24/07/2026

SEKITAR PROGRAM ZUMBA KESUKEP 2026

Alhamdulillah, Program Zumba KESUKEP 2026 anjuran Biro Kesihatan KESUKEP Pejabat SUK Pahang telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Julai 2026 (Jumaat) di Dewan Blok C, SUK Pahang.

Program yang berlangsung selama satu jam ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga SUK Pahang yang hadir bagi menyertai aktiviti senaman sihat dalam suasana yang penuh ceria dan bertenaga.

Selain membantu meningkatkan tahap kecergasan fizikal, program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, urus setia serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Sihat Bersama, Ceria Selamanya!

๐Ÿ“ธ SEKITAR PROGRAM ZUMBA KESUKEP 2026 ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ•บAlhamdulillah, Program Zumba KESUKEP 2026 anjuran Biro Kesihatan KESUKEP Pejabat ...
05/06/2026

๐Ÿ“ธ SEKITAR PROGRAM ZUMBA KESUKEP 2026 ๐Ÿ’ƒ๐Ÿ•บ

Alhamdulillah, Program Zumba KESUKEP 2026 anjuran Biro Kesihatan KESUKEP Pejabat SUK Pahang telah berlangsung dengan jayanya pada 5 Jun 2026 (Jumaat) di Dewan Blok C, SUK Pahang.

Program yang berlangsung selama satu jam ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga SUK Pahang yang hadir bagi menyertai aktiviti senaman sihat dalam suasana yang penuh ceria dan bertenaga.

Selain membantu meningkatkan tahap kecergasan fizikal, program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, urus setia serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

โœจ Sihat Bersama, Ceria Selamanya!

Gambar-gambar sekitar Sesi Penyerahan Sumbangan Kebajikan Jalinan Kasih KESUKEP kepada ahli-ahli KESUKEP yang layak. Pen...
03/06/2026

Gambar-gambar sekitar Sesi Penyerahan Sumbangan Kebajikan Jalinan Kasih KESUKEP kepada ahli-ahli KESUKEP yang layak. Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa Kebajikan di setiap bahagian dan unit.

Semoga sumbangan yang dihulurkan ini dapat memberikan sedikit keceriaan, meringankan beban serta menjadi tanda ingatan dan keprihatinan warga KESUKEP kepada ahli-ahli yang memerlukan.

Semua ahli KESUKEP dialu-alukan untuk memohon Sumbangan Kebajikan Jalinan Kasih tertakluk kepada syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Permohonan boleh dibuat melalui pautan https://bit.ly/JalinanKasihKESUKEP atau dengan mengimbas kod QR pada poster yang disediakan atau hubungi Ahli Jawatankuasa Kebajikan KESUKEP di setiap Bahagian/Unit.

๐Š๐„๐’๐”๐Š๐„๐ ๐Š๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข ๐‘๐ž๐ณ๐ž๐ค๐ข: ๐€๐ ๐ข๐ก๐š๐ง ๐๐ฎ๐›๐ฎ๐ซ ๐‹๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ค ๐๐š๐ง ๐ƒ๐ฎ๐ข๐ญ ๐‘๐š๐ฒ๐š17 Mac 2026 - Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat SUK Pahang (KESU...
18/03/2026

๐Š๐„๐’๐”๐Š๐„๐ ๐Š๐จ๐ง๐ ๐ฌ๐ข ๐‘๐ž๐ณ๐ž๐ค๐ข: ๐€๐ ๐ข๐ก๐š๐ง ๐๐ฎ๐›๐ฎ๐ซ ๐‹๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ค ๐๐š๐ง ๐ƒ๐ฎ๐ข๐ญ ๐‘๐š๐ฒ๐š

17 Mac 2026 - Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat SUK Pahang (KESUKEP)melalui Biro Agama telah menganjurkan program KESUKEP Kongsi Rezeki: Agihan Bubur Lambuk dan Duit Raya di Dewan Blok C, Wisma Sri Pahang.

YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Datoโ€™ Sri Nazri bin Abu Bakar, merangkap Pengerusi KESUKEP hadir menyempurnakan majlis diiringi YB Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Datoโ€™ Muhammad Saifuddin bin Hashim Musaimi, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YH Datoโ€™ Ts. Gs. Dr. Mohd Zakaria bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), YH Datoโ€™ Ali Syahbana bin Sabaruddin dan Setiausaha KESUKEP, Encik Che Farhan bin Che Mansor telah menyampaikan bubur lambuk dan duit raya kepada ketua jabatan serta pegawai kanan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.

Turut diadakan ialah penyampaian sumbangan Kebajikan Jalinan Kasih KESUKEP kepada para penerima yang terdiri daripada mangsa banjir tahun 2025, kelahiran cahaya mata pertama, bantuan perubatan, perkahwinan kali pertama serta anak cemerlang dalam peperiksaan awam.

Semoga segala usaha yang dilaksanakan ini dapat memberi manfaat kepada lebih ramai warga kerja, sekali gus memperkukuh budaya kebajikan dan semangat kebersamaan dalam organisasi.


๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐๐ข๐š๐š๐ง ๐๐ฎ๐›๐ฎ๐ซ ๐‹๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ค ๐ˆ๐ก๐ฒ๐š ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง17 Mac 2026 โ€“ Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat SUK Pahang (KESUKEP) melalui...
18/03/2026

๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐๐ข๐š๐š๐ง ๐๐ฎ๐›๐ฎ๐ซ ๐‹๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ค ๐ˆ๐ก๐ฒ๐š ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง

17 Mac 2026 โ€“ Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat SUK Pahang (KESUKEP) melalui Biro Agama telah menganjurkan Program Penyediaan Bubur Lambuk Ihya Ramadan di Wisma Sri Pahang.

Program yang melibatkan seluruh warga kerja PSUK Pahang ini dimulakan dengan aktiviti memasak bubur lambuk secara gotong-royong sebelum diagihkan sebagai tanda perkongsian rezeki.

Program ini bertujuan untuk menyemarakkan penghayatan nilai kebersamaan serta memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja, di samping mengimarahkan suasana Ramadan dan menyambut ketibaan Syawal.


KESUKEP Kongsi Rezeki ๐Ÿค๐ŸŒ™Semua ahli KESUKEP dijemput hadir ke Program Agihan Bubur Lambuk & Duit Raya yang akan disempurn...
16/03/2026

KESUKEP Kongsi Rezeki ๐Ÿค๐ŸŒ™

Semua ahli KESUKEP dijemput hadir ke Program Agihan Bubur Lambuk & Duit Raya yang akan disempurnakan oleh YB Setiausaha Kerajaan Pahang merangkap Pengerusi KESUKEP.

๐Ÿ“… 17 Mac 2026 (Selasa)
โฐ 8.30 pagi โ€“ 3.00 petang
๐Ÿ“ Dewan Blok C, Pejabat SUK Pahang

Ayuh bersama-sama memeriahkan program ini dalam semangat Ramadan dengan berkongsi rezeki dan mengeratkan silaturahim.

Address

Kuantan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kesukep Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share