23/09/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Kuantan, 21 September 2026 โ Bertempat di Dewan Kelisa 1, Briged Tenggara PGA telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA bagi Bulan September 2026 telah disempurnakan oleh Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA, Supt. Davidson a/l Tanggapan. Perhimpunan bulanan dihadiri seramai 210 orang Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Batalion 7 PGA yang diketuai oleh Pegawai Pemerintah Baris, Inspektor Mohamad Nizam bin Tuhari, Platun Komander Platun 9 Kompeni C Batalion 7 PGA.
Majlis dimulakan dengan ketibaan Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA, diikuti nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang, Sang Saka Biru serta bacaan doa yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Padli bin Ismail.
Dalam ucapan dan amanat, Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA menekankan perkara-perkara berikut:-
1. Tugas dan tanggungjawab pegawai dan anggota dalam usaha mencapai misi dan visi pasukan. Kawalan Keselamatan Pangkalan hendaklah diperketatkan dan dilaksanakan dengan penuh disiplin serta tidak meninggalkan tempat tugas dalam memastikan isu keselamatan warga Kem Briged Tenggara PGA terus terpelihara.
2. Keberhasilan Op Taring Wawasan Kelantan merupakan "Core Business" yang menjadi teras penentu mutu kualiti penyampaian perkhidmatan dan pelaksanaan tugas Batalion 7 PGA. Ucapan syabas dan tahniah di atas kejayaan sepanjang tempoh penugasan Op Taring Wawasan Kelantan.
3. Mengawal dan mengurus perbelanjaan merupakan peringatan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara sebagai langkah penjimatan bertarikh 29 Mei 2026. YDH Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA menegaskan kepada Ketua Kompeni Komander dan Ketua Cawangan memperhalusi penugasan yang melibatkan tuntutan kewangan dengan sebaik mungkin dan tindakan tatatertib akan dikenakan sekiranya wujud sebarang tuntutan palsu dan tidak munasabah.
4. Ucapan tahniah dan syabas kepada Pasukan Mara Lasak Batalion 7 PGA yang telah merangkul tempat ke 2 dalam Kejohanan Mara Lasak Piala Komander Briged Tenggara PGA. Namun sasaran sebenar adalah pada Kejohanan Mara Lasak Piala Pengarah JKDNKA Tahun 2026 yang berlangsung pada 29-30 September 2026 di Batalion 9 PGA.
Turut diadakan penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sijil Penghargaan Peserta Terbaik Kursus Kenderaan Berat yang disampaikan oleh YDH Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA kepada Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam yang terlibat.
Di akhir majlis turut diadakan Bacaan Lafaz Ikrar Rukun Negara dan Taat Setia yang dipimpin oleh Inspektor Zaini bin Awang Teh, Pegawai Pengangkutan Batalion 7 PGA serta nyanyian lagu Sedia Berkhidmat.
Turut hadir Penolong Pegawai Pemerintah 7 PGA, DSP Mohd Reimie bin Sudirman, Ajutan Batalion 7 PGA, ASP Yunus bin Muhamad serta Kompeni-kompeni Komander Batalion 7 PGA.
Unit Media Batalion 7 PGA