28/10/2026
PENGEMASKINIAN MAKLUMAT PERIBADI PEMERINGKAT BERDAFTAR MTIB BAGI WILAYAH TIMUR, SELATAN DAN UTARA
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) akan melaksanakan Program Pengemaskinian Maklumat Peribadi Pemeringkat Berdaftar bagi Wilayah Timur, Wilayah Selatan dan Wilayah Utara.
2. Sehubungan itu, semua Pemeringkat Berdaftar di wilayah yang terlibat diwajibkan hadir sendiri ke Pejabat MTIB Negeri yang berhampiran bagi tujuan pengesahan identiti dan pengemaskinian maklumat peribadi.
3. Kegagalan hadir dalam tempoh yang ditetapkan akan dianggap sebagai tidak lagi berminat untuk menjalankan kerja-kerja pemeringkatan kayu. Oleh yang demikian, akaun pemeringkat dalam sistem MCS akan dinyahaktifkan.
Butiran pelaksanaan pengemaskinian maklumat adalah seperti berikut:
TARIKH: 2 NOVEMBER 2026 - 13 NOVEMBER 2026
MASA: 9.00 PAGI SEHINGGA 4.00 PETANG
TEMPAT:
PEJABAT WILAYAH
ALAMAT
Wilayah Timur
Pejabat MTIB Pahang
B-54, Jalan IM 3/10
BIM Point, Bandar Indera Mahkota
25200 Kuantan, Pahang
Tel: 09-5735062/63
Pejabat MTIB Terengganu
Banggunan Model Ladang Buluh
Lot 3400, Kampung Teris
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 019-3240414/019-4654445
Pejabat MTIB Kota Bharu
Pt 436, Bandar Baru Tanjung,
Jalan Kuala Krai, 15100 Kota Bahru, Kelantan
Wilayah Selatan
Galeri Glulam Johor Bahru
Lot 19851, Jalan Tampoi, Mukim Tebrau,
81200 Johor Bahru, Johor
Wilayah Utara
Pejabat MTIB Butterworth
No. 8, Jalan Todak 5, Bandar Seberang
Jaya, 13700, Seberang Jaya, Pulau Pinang.
#КРК
Call now to connect with business.