PAS Cawangan Balok Perdana

Directions

PAS Cawangan Balok Perdana DITUBUHKAN PADA 17 FEB 2016 Religion Organisasi

15/09/2026

Hari Malaysia bukan sekadar lipatan sejarah penubuhan sebuah negara, tetapi satu peringatan tentang bernilainya nikmat keamanan dan keharmonian yang kita nikmati hari ini. Kepelbagaian kaum, budaya, dan latar belakang di Malaysia bukanlah penghalang, melainkan aset kepunyaan bersama yang mematangkan kita sebagai sebuah bangsa yang bersatu padu.
​Sebagai warga yang bertanggungjawab, tugas kita bukan sahaja mengecap nikmat ini, tetapi memeliharanya. Perpaduan yang kukuh tidak datang secara bergolek; ia dibina atas dasar saling menghormati, kesaksamaan, dan keprihatinan sesama jiran serta komuniti. Apabila hati kita bertaut rapat di bawah panji Jalur Gemilang, sebarang anasir yang cuba memecahbelahkan tidak akan mampu menggugat kestabilan negara.
​Marilah kita terus menyemarakkan semangat kebersamaan ini. Semoga Malaysia kekal menjadi sebuah bumi yang aman, adil, dan sejahtera buat generasi hari ini dan akan datang.

​Selamat Hari Malaysia! 🇲🇾✨

15/09/2026
PETISYEN NASIONAL: "SELAMATKAN MEREKA YANG MENYELAMATKAN KITA"Dewan Muslimat PAS Pusat hari ini melancarkan Petisyen Nas...
15/09/2026

PETISYEN NASIONAL: "SELAMATKAN MEREKA YANG MENYELAMATKAN KITA"

Dewan Muslimat PAS Pusat hari ini melancarkan Petisyen Nasional "Selamatkan Mereka yang Menyelamatkan Kita" sebagai satu seruan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar mengambil tindakan segera memperkukuh aspek keselamatan, kebajikan dan perlindungan petugas kesihatan yang menjalankan perkhidmatan udara, operasi pedalaman serta misi outreach.

Lanjut di 👇🏻
https://tinyurl.com/3n35dct6

Ikuti media sosial DMPM dipautan link berikut :
📱https://linktr.ee/muslimatpasmalaysia



18.08.2026Ziarah MahabbahSelain daripada Aktiviti Ziarah Medic masyarakat Balok Perdana PAS Cawangan Balok Perdana & Mus...
19/08/2026

18.08.2026
Ziarah Mahabbah

Selain daripada Aktiviti Ziarah Medic masyarakat Balok Perdana PAS Cawangan Balok Perdana & Muslimat Pas Balok Perdana turut mengadakan Ziarah Mahabbah. Kami tidak akan melupakan kepada mereka yang telah lama berkhidmat untuk parti ketika sihat. Didoakan agar En Abd Manan dan En Azuni yang diuji dengan kesihatan segera sembuh dan dapat kembali berkhidmat dalam cara dan suasana apapun.

Terima kasih juga diucapkan kepada YB Dato Haji Andansura Rabu dan Datin Hajah Nor Azni Wahab yang turut meluangkan masa untuk menziarah sahabat perjuangan kami.

Bismillahirrahmanirahim

اللهم أَسْأَلُ اللهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ

“Wahai Tuhan kami..
Kami memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy Yang Agung, agar Dia menyembuhkanmu.”

Amin Ya Robbal Alamin.

18 Ogos 2026 : Terima kasih kepada pasangan En Zailani dan Puan Mazenah kerana sudi menerima kunjungan PAS Cawangan Balo...
19/08/2026

18 Ogos 2026 : Terima kasih kepada pasangan En Zailani dan Puan Mazenah kerana sudi menerima kunjungan PAS Cawangan Balok Perdana & Muslimat Pas Balok Perdana bersama YB Dato' Haji Andansura Rabu dan Datin Hajah Nor Azni Wahab.

Tiada apa yang mampu kami lafazkan melainkan berdoa :

Bismillahirahmanirahim
“Hilangkanlah kesakitan, wahai Tuhan manusia. Sembuhkanlah, Engkaulah Yang Maha Menyembuhkan. Tiada kesembuhan melainkan kesembuhan-Mu, iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.”
Aamiiin Ya Rabbal Alamiiiin.

Dewan Muslimat PAS Kawasan Indera Mahkota

18.08.2026Terima kasih kepada En. Othman dan Puan Jah di Balok Perdana kerana menerima kunjugan ziarah daripada YB Dato ...
19/08/2026

18.08.2026
Terima kasih kepada En. Othman dan Puan Jah di Balok Perdana kerana menerima kunjugan ziarah daripada YB Dato Haji Andansura Rabu dan Datin Hajah Nor Azni Wahab ke kediaman mereka. Kami PAS Cawangan Balok Perdana dan Muslimat Pas Balok Perdana mendoakan agar :

Bismillahirahmanirahim
Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna, mengangkat segala kesakitan, memberikan kekuatan dan kesabaran serta mempermudahkan segala urusan. Semoga segera sihat seperti sediakala. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

18.08.2026Alhamdulillah, hari ini 18 Ogos 2026,  terima kasih En Nik Alias dan Puan Mahsuri kerana menerima kunjungan YB...
19/08/2026

18.08.2026
Alhamdulillah, hari ini 18 Ogos 2026, terima kasih En Nik Alias dan Puan Mahsuri kerana menerima kunjungan YB Dato Hj Andansura Rabu dan Datin Hajah Nor Azni Wahab . Ziarah ini adalah ziarah penduduk yang lapuran diterima sedang diuji dengan kesihatan.
Muslimat Pas Balok Perdana
Dewan Muslimat PAS Kawasan Indera Mahkota

18.08.2026Hari ini, YB Dato Hj Andansura Rabu  dan Datin Hajah Nor Azni Wahab  telah menziarahi adik Muhamad Sayf Hafizr...
19/08/2026

18.08.2026
Hari ini, YB Dato Hj Andansura Rabu dan Datin Hajah Nor Azni Wahab telah menziarahi adik Muhamad Sayf Hafizrizki. 😊 Semoga adik Sayf cepat sembuh dan dapat kembali belajar di Pasti Saidatina Aisyah! 💖 Ziarah ini sangat bermakna 🙏 .


Muslimat Pas Balok Perdana
PASTI Saidatina Aisyah Balok Perdana
Dewan Muslimat PAS Kawasan Indera Mahkota

Address

Kuantan
26100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Cawangan Balok Perdana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share