16/10/2026
๐๐๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐๐ซ๐ญ๐ฎ๐ค๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐จ๐ซ๐๐ง๐๐ฎ๐ฆ ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐๐ง (๐๐จ๐) ๐๐๐ซ๐๐ฃ๐๐๐ง ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ก๐๐ง๐ ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ง๐ ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐จ๐ซ ๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ง๐๐ญ๐ข๐จ๐ง๐๐ฅ ๐๐ฎ๐ฌ๐ข๐ง๐๐ฌ๐ฌ ๐๐ฎ๐ฆ๐ฆ๐ข๐ญ (๐๐๐๐) ๐๐๐๐
16 Oktober 2026 - YAB Menteri Besar Pahang, Datoโ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, telah hadir bagi menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) Kerajaan Negeri Pahang Sempena Selangor International Business Summit (SIBS) 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Sebanyak 12 dokumen MoU antara Kerajaan Negeri Pahang dengan para pelabur berjaya dimeterai pada SIBS 2026, merangkumi sektor:
๐Teknologi digital,
๐ Perumahan,
๐ Pelancongan,
๐ Pembangunan modal insan, serta
๐ Pendidikan.
Majlis ini turut dihadiri oleh YB Speaker Dewan Negeri Pahang, Dato' Sri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin, YB Timbalan Menteri Ekonomi, Dato' Sri Mohd Shahar bin Abdullah, barisan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, iaitu YB Dato' Sri Ir. Haji Mohd. Soffi bin Tan Sri Abd. Razak, Yang Dihormat Orang Kaya Indra Shahbandar Dato' Mohamad Nizar bin Dato' Sri Mohamad Najib, YB Tuan Sim Chon Siang, YB Datoโ Amizar bin Abu Adam serta ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.
YAB Menteri Besar Pahang turut mengadakan lawatan ke Pavilion Invest Pahang di Selangor Investment & Industrial Park Expo (SPARK) bagi melihat usaha promosi dan peluang pelaburan yang diketengahkan oleh negeri Pahang.