Rafiq Khan

Call Directions Contact the organization

Rafiq Khan personal life blog

𝟐𝟎 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐑𝐎𝐍𝐈 𝐃𝐈 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐔𝐑𝐍𝐀Alhamdulillah, saya bersama AJK PAS Cawangan Indera Sempurna ...
22/10/2026

𝟐𝟎 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐑𝐎𝐍𝐈 𝐃𝐈 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐔𝐑𝐍𝐀

Alhamdulillah, saya bersama AJK PAS Cawangan Indera Sempurna berkesempatan menziarahi Puan Mahroni binti Ali di Taman Indera Sempurna.

Puan Mahroni merupakan isteri kepada Leftenan Kolonel (Bersara) Amran bin Hasan. Beliau kini masih dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan beberapa tahun yang lalu.

Semoga kunjungan ini dapat menceriakan hati beliau dan memberikan sedikit semangat dalam meneruskan proses pemulihan.

Kita doakan semoga Allah SWT mengurniakan Puan Mahroni kesembuhan, kesihatan yang baik serta kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan mengurniakan kesembuhan yang berpanjangan. Amin ya Rabbal Alamin.

𝟐𝟎 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐎𝐊 𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐆𝐀𝐃𝐈𝐍𝐆Alhamdulillah, semalam saya berkesempatan menziarahi Pok Lan di Kamp...
20/10/2026

𝟐𝟎 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐎𝐊 𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐆𝐀𝐃𝐈𝐍𝐆

Alhamdulillah, semalam saya berkesempatan menziarahi Pok Lan di Kampung Jaya Gading yang kini sedang diuji dengan masalah kesihatan akibat penyakit paru-paru bocor.

Dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, saya mendoakan semoga Pok Lan diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan rawatan dan dikurniakan kesembuhan oleh Allah SWT.

𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐔𝐍 𝐒𝐀𝐖𝐈𝐓 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐆𝐀𝐃𝐈𝐍𝐆Di sebalik peluh yang membasahi tubuh, tersimpan seribu satu kisah per...
13/10/2026

𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄𝐁𝐔𝐍 𝐒𝐀𝐖𝐈𝐓 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐆𝐀𝐃𝐈𝐍𝐆

Di sebalik peluh yang membasahi tubuh, tersimpan seribu satu kisah perjuangan insan yang tidak pernah mengenal erti putus asa demi mencari sesuap rezeki buat keluarga tersayang.

Alhamdulillah, ketika berziarah ke Kampung Jaya Gading baru-baru ini, saya berkesempatan bertemu dan menyantuni beberapa penduduk kampung yang mencari rezeki dengan mengambil upah mengait buah kelapa sawit di kebun-kebun sekitar kampung.

Sesungguhnya, setiap pekerjaan yang halal dan setiap usaha yang dilakukan dengan penuh keikhlasan mempunyai nilai yang besar di sisi Allah SWT.

Semoga Allah SWT sentiasa memelihara mereka, mengurniakan kesihatan yang baik, mempermudah urusan mencari rezeki serta melimpahkan keberkatan kepada mereka dan keluarga.

Jangan pernah kita lupa, kekuatan sesebuah masyarakat bukan hanya terletak pada mereka yang berjaya di atas, tetapi juga pada insan-insan biasa yang setiap hari berjuang dengan penuh ketabahan demi kelangsungan hidup keluarga.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN STAM 2026 Buat seluruh calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2026, selamat menghadapi p...
12/10/2026

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN STAM 2026

Buat seluruh calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2026, selamat menghadapi peperiksaan dengan penuh keyakinan dan ketenangan.

Berjihadlah dilapangan yang kalian ditetapkan oleh Allah buat masa ini.

Teruskan berdoa, berusaha dan bertawakal. Semoga kejayaan menjadi milik kalian dunia dan akhirat.

اللَّهُمَّ يَسِّرْ وَلَا تُعَسِّرْ..

Ikhlas daripada,

YB Rafiq Khan
Ahli Dewan Negeri Pulau Manis

07/10/2026

Alhamdulillah ada rezeki kita beli barang untuk asnaf DUN Pulau Manis

𝟐 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐊𝐀𝐓𝐈𝐋 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐊𝐀𝐊𝐀𝐊 𝐍𝐎𝐑𝐁𝐀𝐈𝐙𝐔𝐑𝐀 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐌𝐀𝐈Alhamdulillah, petang Jumaat yang lepas saya ber...
04/10/2026

𝟐 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝐊𝐀𝐓𝐈𝐋 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐊𝐀𝐊𝐀𝐊 𝐍𝐎𝐑𝐁𝐀𝐈𝐙𝐔𝐑𝐀 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐌𝐀𝐈

Alhamdulillah, petang Jumaat yang lepas saya bersama AJK PAS Cawangan Seri Damai berkesempatan menghantar sebuah katil hospital buat Kakak Norbaizura di Kampung Seri Damai.

Kakak Norbaizura yang sedang menjalani rawatan selepas mengalami strok memerlukan katil hospital ini bagi memudahkan urusan harian, di samping membantu keluarga yang menjaganya.

Semoga dengan adanya kemudahan ini dapat sedikit sebanyak meringankan urusan Kakak Norbaizura dan keluarga.

Sama-sama kita doakan semoga Kakak Norbaizura diberikan kesembuhan, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kekuatan oleh Allah SWT.

Semoga cepat sembuh, Kak. Insya-Allah.

𝟑 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐍𝐀𝐒 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀, 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐓𝐏 𝐏𝐀𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐉𝐔 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐔𝐍 𝐋𝐄𝐏𝐀𝐑.
03/10/2026

𝟑 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐍𝐀𝐒 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐎𝐓𝐀, 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐓𝐏 𝐏𝐀𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐉𝐔 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐔𝐍 𝐋𝐄𝐏𝐀𝐑.

03/10/2026

3 OKTOBER 2026
Program PTP PAS Teraju Pahang DUN Lepar, Parlimen Paya Besar.

𝟐𝟗 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝟒 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐆𝐀𝐃𝐈𝐍𝐆Alhamdulillah semalam kami berkesempatan menziarahi 4 keluarga yan...
29/09/2026

𝟐𝟗 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝟒 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐆𝐀𝐃𝐈𝐍𝐆

Alhamdulillah semalam kami berkesempatan menziarahi 4 keluarga yang terdiri daripada warga emas dan mereka yang sedang diuji dengan masalah kesihatan seperti sakit buah pinggang, gout dan tiroid.

Walaupun kunjungan ini sederhana, mudah-mudahan dapat menceriakan hati dan memberi sedikit semangat kepada mereka.

Sama-sama kita doakan semoga Allah SWT memberikan kesembuhan, kesihatan dan kekuatan kepada semua yang diziarahi.

Terima kasih kepada AJK PAS Cawangan Kampung Jaya Gading yang terus bersama dalam usaha menyantuni masyarakat.

Sabtu lepas, makan kenduri di kg air hitam..kebetulan tersama warna dengan pengantin..Barakallahufikum..
28/09/2026

Sabtu lepas, makan kenduri di kg air hitam..kebetulan tersama warna dengan pengantin..

Barakallahufikum..

Address

Kuantan

Telephone

+60169254122

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rafiq Khan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Rafiq Khan:

Shortcuts

Share

Category