22/10/2026
𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐈𝐍𝐊𝐋𝐔𝐒𝐈𝐅: 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 𝐈𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐊𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔!
PEKAN, 20 OKTOBER 2026 – Kursus Bahasa Isyarat Peringkat Daerah Pekan Tahun 2026 telah dirasmikan dengan jayanya oleh YBrs. Encik Khairul Amri bin Ahmad, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, mewakili YB Dato’ Sabariah binti Saidan, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang.
Program berimpak tinggi yang berlangsung selama dua hari (19–20 Oktober 2026) di Bilik Inkubator, Aras 5, Fakulti Komputeran, UMPSA Pekan ini dibawakan khas oleh Jawatankuasa Penasihat OKU Daerah Pekan dengan kerjasama strategik Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Pekan dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Pekan.
Inisiatif ini dijayakan bagi memantapkan kemahiran komunikasi Bahasa Isyarat dalam kalangan warga kerja perkhidmatan awam dan masyarakat tempatan — satu langkah penting menuju penyampaian perkhidmatan yang lebih mesra, prihatin, dan inklusif di Daerah Pekan! 🤝🏻
Semangat kerjasama yang ditunjukkan amat luar biasa! Kursus ini telah dihimpunkan oleh pelbagai pihak merangkumi Ahli Jawatankuasa Penasihat OKU Daerah Pekan, kakitangan serta pelajar UMPSA Pekan, kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Pekan, PKMD Pekan, Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, Pejabat Pendidikan Daerah Pekan, Majlis Perbandaran Pekan Bandar Diraja, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pekan, Pejabat Agama Islam Daerah Pekan, Pejabat PERKESO, serta Penyelia dan Petugas PPDK di Daerah Pekan.
JKM Negeri Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PKMD Pekan, penganjur bersama, serta seluruh peserta yang menjayakan kursus ini demi mewujudkan persekitaran yang lebih inklusif dan mesra OKU.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya - JPOKU
Dato' Sabariah Saidan
Khairul Amri Hj Ahmad