Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang

Call Directions Website Contact the organization

Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang Bermula dengan nama Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Negeri Pahang (LKPP Negeri Pahang) ditubuhkan pada 15 November, 1969.

Tahniah dan Syabas kepada pasukan PICKLEBALL KESUKIP di atas pencapaian di Pertandingan Pickleball Festival Sukan Kumpul...
04/10/2026

Tahniah dan Syabas kepada pasukan PICKLEBALL KESUKIP di atas pencapaian di Pertandingan Pickleball Festival Sukan Kumpulan PKPP 2026.

Tahniah dan Syabas kepada pasukan Merentas Desa dan Ping Pong KESUKIP atas pencapaian di Festival Sukan Kumpulan PKPP 20...
03/10/2026

Tahniah dan Syabas kepada pasukan Merentas Desa dan Ping Pong KESUKIP atas pencapaian di Festival Sukan Kumpulan PKPP 2026.

*SELAMAT HARI LAHIR*YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Bin Wan IsmailMenteri Besar Pahang merangkap Pengerusi PKPPSetul...
01/10/2026

*SELAMAT HARI LAHIR*

YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail
Menteri Besar Pahang merangkap Pengerusi PKPP

Setulus ucapan daripada
Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan & Anggota Perkhidmatan Kumpulan PKPP

Semoga YAB Dato’ Sri Diraja sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan, keberkatan dan kekuatan untuk terus memimpin serta mencurahkan bakti demi kemajuan dan kesejahteraan Negeri Pahang Darul Makmur.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Projek Bersepadu Pembangunan...
01/10/2026

Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Lenggong, Perak pada 29 September 2026, yang diketuai oleh Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad Hisham bin Abdul Halim, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKPP, serta turut disertai oleh Pengurusan Tertinggi PKPP

Lawatan ini merupakan satu inisiatif PKPP untuk mendapatkan pendedahan dan perkongsian pengalaman secara langsung berkaitan pelaksanaan Projek PROSPEK Lenggong, khususnya dalam aspek pembangunan ternakan rusa sebagai produk niche serta pembangunan agro-pelancongan.

Dalam kesempatan ini, PKPP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP), Koperasi Penggerak Ekonomi Lenggong Berhad serta Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Kecil Lenggong atas kesudian menerima kunjungan PKPP serta berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan pengurusan dan pembangunan projek.

Antara perkara yang menjadi fokus utama penanda aras adalah:

* Konsep dan model pembangunan PROSPEK Lenggong;
* Kaedah pengurusan ternakan rusa sebagai *niche product*;
* Pembangunan produk dan pakej agro-pelancongan;
* Strategi pemasaran serta penjanaan pendapatan;
* Pengurusan aset dan kemudahan projek;
* Penglibatan komuniti serta peserta; dan
* Aspek kelestarian projek untuk jangka panjang.

Lawatan ini memberi nilai tambah kepada PKPP dalam memahami pendekatan pembangunan projek yang menggabungkan sektor pertanian, keusahawanan, pelancongan dan penglibatan komuniti secara lebih bersepadu.

PKPP berharap perkongsian pengalaman dan amalan terbaik yang diperoleh melalui lawatan ini dapat dijadikan sebagai rujukan dan input strategik dalam memperkukuhkan perancangan serta pelaksanaan projek-projek pembangunan PKPP pada masa hadapan.

Semoga jalinan kerjasama dan perkongsian ilmu antara PKPP, PPPNP, Koperasi Penggerak Ekonomi Lenggong Berhad serta agensi berkaitan terus diperkasakan demi melahirkan projek pertanian yang berdaya maju, berimpak tinggi dan mampan, sekali gus memberi manfaat kepada peserta, komuniti setempat serta pembangunan ekonomi negeri.

Program Sentuhan Rakyat Makmur Negeri Pahang (PSRM) 2026 peringkat Daerah Cameron Highlands telah diadakan pada 24 Septe...
24/09/2026

Program Sentuhan Rakyat Makmur Negeri Pahang (PSRM) 2026 peringkat Daerah Cameron Highlands telah diadakan pada 24 September 2026 bertempat di Padang Awam MDCH, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur.

Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Nazri bin Abu Bakar yang juga Ahli Lembaga Pengarah PKPP telah merasmikan sesi Flag Off aktiviti Ziarah Makmur di Padang Awam MDCH, Tanah Rata, Cameron Highlands.

Pengurus Pelaburan Dan Korporat PKPP, Encik Megat Juhari Shazerin bin Nazeri mewakili Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) telah menziarahi dan menyantuni lima (5) keluarga di dalam Program Sentuhan Rakyat Makmur (PSRM) peringkat Daerah Cameron Highlands.

*SUARAKAN ADUAN ANDA*PKPP mengalu-alukan anggota perkhidmatan dan orang awam untuk menyalurkan sebarang aduan, maklumat ...
23/09/2026

*SUARAKAN ADUAN ANDA*

PKPP mengalu-alukan anggota perkhidmatan dan orang awam untuk menyalurkan sebarang aduan, maklumat atau kebimbangan berkaitan integriti melalui saluran rasmi Unit Integriti PKPP.

Setiap aduan yang disalurkan dengan penuh tanggungjawab merupakan langkah penting dalam memperkukuh integriti, ketelusan dan tadbir urus yang baik.

📧 [email protected]
📞 09-556 2455 (samb. 101/228)

Jangan berdiam diri. Suarakan aduan anda. Bersama kita bina budaya integriti.

PERSIDANGAN S-GLC PAHANG 2026Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (...
17/09/2026

PERSIDANGAN S-GLC PAHANG 2026

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP), Yang Berusaha Puan Hajah Sharifah Norjannah Binti Syed Agil telah membentangkan Laporan Prestasi Pencapaian Kumpulan PKPP bagi tahun 2025 dan bagi tempoh 01 Januari hingga 30 Jun 2026 dalam Persidangan S-GLC Pahang 2026 yang telah diadakan pada 13 hingga 15 September 2026 bertempat di Geo Resort & Hotel, Genting Highlands, Pahang.

Persidangan tersebut telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail yang bertemakan “Pahang 1st: Memacu Pertumbuhan, Memperkasa Masa Hadapan”.

Pembentangan yang telah diadakan merangkumi pencapaian dan kejayaan serta tumpuan khusus Kumpulan PKPP dalam memperkukuhkan sektor pertanian negeri terutamanya dalam perladangan kelapa sawit, kebajikan masyarakat dan peserta, kelestarian alam sekitar serta pembangunan komuniti.

Bagi menzahirkan komitmen PKPP dalam menyokong agenda pembangunan dan peningkatan hasil negeri, sejumlah RM30.1 juta telah disumbangkan dalam bentuk sumbangan langsung dan tidak langsung kepada Kerajaan Negeri Pahang.

Melalui persidangan ini juga, PKPP berharap agar kerjasama strategik yang telah terjalin di antara semua S-GLC Pahang terus diperkukuhkan dalam usaha menjadikan pembangunan negeri terutamanya dalam sektor pertanian terus menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi yang lebih kompetitif, berdaya tahan seterusnya memberikan manfaat seluruh rakyat Negeri Pahang.

Persidangan ini juga adalah salah satu platform untuk membuka ruang dan cetusan idea baharu dan mewujudkan kerjasama strategik, sekaligus memperkasa Kumpulan PKPP untuk terus menyumbang kepada pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat negeri Pahang.

Tahniah dan syabas juga kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKPP) yang telah dipilih sebagai Tuan Rumah Persidangan S-GLC Negeri Pahang 2027.

Satu pengiktirafan dan amanah besar buat PKPP untuk menganjurkan persidangan yang menghimpunkan barisan kepimpinan serta warga S-GLC Negeri Pahang.

Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi serta seluruh Anggota Perkhidmatan Kumpulan PKPP mengucapkan Sela...
15/09/2026

Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi serta seluruh Anggota Perkhidmatan Kumpulan PKPP mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hari Malaysia bukan sekadar sebuah peristiwa bersejarah, tetapi merupakan simbol kekuatan perpaduan, semangat kebersamaan dan tekad seluruh rakyat dalam membina sebuah negara yang aman, makmur dan sejahtera.

Dalam kepelbagaian, kita bersatu. Dalam kebersamaan, kita menjadi lebih kuat. Justeru, marilah kita terus menyemai semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan melaksanakan amanah dengan penuh integriti demi memastikan pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan.

EMAS MILIK PKPPSetinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Golf PKPP atas kejayaan bergaya meraih PINGAT...
13/09/2026

EMAS MILIK PKPP

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Golf PKPP atas kejayaan bergaya meraih PINGAT EMAS dalam Kejohanan Golf sempena Pesta Sukan S-GLC Negeri Pahang 2026.

Kemenangan ini bukan sekadar tentang ketepatan pukulan dan strategi di padang, tetapi hasil daripada semangat juang, kekuatan pasukan, fokus serta keyakinan untuk menakluk setiap cabaran.

Tahniah buat seluruh pasukan Golf PKPP.

Tahniah dan syabas kepada seluruh Kontinjen PKPP atas semangat juang, komitmen dan kesungguhan luar biasa yang ditunjukk...
08/09/2026

Tahniah dan syabas kepada seluruh Kontinjen PKPP atas semangat juang, komitmen dan kesungguhan luar biasa yang ditunjukkan dalam Pesta Sukan S-GLC Negeri Pahang 2026 bagi acara Sukan Rakyat dan E-Sport yang berlangsung di Kompleks Yayasan Pahang, Kuantan pada 8 September 2026.

Pencapaian ini bukan sekadar tentang kemenangan, tetapi bukti bahawa dengan semangat berpasukan, disiplin, kesungguhan dan keberanian, kita mampu memberikan saingan terbaik serta mengharumkan nama PKPP.

Usaha, keringat serta pengorbanan yang dicurahkan amat bermakna. Walaupun perjalanan masih panjang, semangat juang Kontinjen PKPP tetap membara dan tidak pernah mengenal erti menyerah kalah.

*ANDALAH JUARA*

Address

Bangunan PKPP Jalan Gambut
Kuantan
25900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang:

Shortcuts

Share