Briged Tenggara PGA Rasmi

Call Directions Website

Briged Tenggara PGA Rasmi Organisation
(1)

20/10/2026
20/10/2026

SEKILAS LENSA | Latihan Dalam Perkhidmatan & Ujian Kemahiran Menembak Peringkat Ibu Pejabat Briged Tenggara PGA.

‼️FAKE TOYS ‼️


15/10/2026
15/10/2026

SOUTHEASTERN BRIGADE ULTIMATE SPARTAN CHALLENGE( SEBUSC ) 2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π ππ‘πˆπ†π„πƒ 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐆𝐀 πŠπ„ 𝐀𝐓𝐀𝐒 π€π‡π‹πˆ πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ ππ„π†π€π–π€πˆ π€π–π€πŒ π˜π€ππ† πƒπˆπ‘π€π–π€π“ πƒπˆ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ π“π„ππ†πŠπ” π€πŒππ”π€π 𝐀𝐅𝐙𝐀𝐍 (𝐇...
13/10/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπ„ππ€π‰πˆπŠπ€π ππ‘πˆπ†π„πƒ 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐆𝐀 πŠπ„ 𝐀𝐓𝐀𝐒 π€π‡π‹πˆ πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ ππ„π†π€π–π€πˆ π€π–π€πŒ π˜π€ππ† πƒπˆπ‘π€π–π€π“ πƒπˆ π‡πŽπ’ππˆπ“π€π‹ π“π„ππ†πŠπ” π€πŒππ”π€π 𝐀𝐅𝐙𝐀𝐍 (𝐇𝐓𝐀𝐀) πŠπ”π€ππ“π€π 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆

KUANTAN – 13 Oktober 2026, Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) telah mengadakan lawatan kebajikan ke atas anak kepada seorang Pegawai Awam dari Cawangan BAKA, Briged Tenggara PGA, iaitu adik Muhammad Nadjhah Al-Hamzee bin Mohd Hazrin, berusia 8 tahun, yang sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Lawatan yang diadakan pada jam 10.40 pagi ini telah dihadiri oleh ASP Mohd Suhadi bin Mohd Kia (PT CIPS), Sjn Asram bin Said (Kebajikan) dan Ustaz Mohamad Fikri bin Mohamad (BAKA).

Untuk makluman, pesakit telah menjalani pembedahan membuang tonsil pada 12 Oktober 2026 dan kini berada dalam keadaan stabil serta dijangka dibenarkan pulang pada hari yang sama.

Dalam lawatan tersebut, pihak Briged Tenggara PGA turut menyampaikan sumbangan buah tangan daripada Tabung Kebajikan Sukan dan Sosial serta sumbangan peribadi sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada keluarga pesakit. Lawatan turut diiringi dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohamad Fikri bin Mohamad agar pesakit diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

Lawatan kebajikan ini mencerminkan komitmen serta keprihatinan warga Briged Tenggara PGA terhadap kebajikan ahli keluarga warga kerja, selaras dengan semangat kekeluargaan dan nilai kemanusiaan yang sentiasa menjadi keutamaan pasukan.

🀲 Semoga adik Muhammad Nadjhah Al-Hamzee dikurniakan kesembuhan yang sempurna, dipermudahkan segala urusan dan kembali sihat seperti sediakala. Amin Ya Rabbal Alamin.




πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐅𝐋𝐀𝐆 πŽπ…π… πŽππ„π‘π€π’πˆ 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 πŠπ‡π€π™π€ππ€π‡ (𝐎𝐁𝐊) π’πˆπ‘πˆ 𝟏𝟎/πŸπŸŽπŸπŸ” – 𝐆𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 π™πŽπ π“πˆπŒπ”π‘KUANTAN, 11 Oktober 2026 – YBhg. Dato’...
11/10/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐅𝐋𝐀𝐆 πŽπ…π… πŽππ„π‘π€π’πˆ 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐏𝐀𝐃𝐔 πŠπ‡π€π™π€ππ€π‡ (𝐎𝐁𝐊) π’πˆπ‘πˆ 𝟏𝟎/πŸπŸŽπŸπŸ” – 𝐆𝐀𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 π™πŽπ π“πˆπŒπ”π‘

KUANTAN, 11 Oktober 2026 – YBhg. Dato’ Fakhrul Hatta bin Musa, Ketua Pengarah PERHILITAN Semenanjung Malaysia, telah menyempurnakan Majlis Flag Off Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 10/2026 – Gabungan Zon Timur yang berlangsung di Padang Kawad, Markas Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Kem Galing, Kuantan, Pahang, pagi tadi.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh YDH SAC Dato’ Ahmad Radzi bin Hussain, Komander Briged Tenggara PGA; YDH SAC Dato’ Rosman bin Kasman, Ketua Jabatan KDNKA Pahang; Pengarah-Pengarah PERHILITAN Negeri; Pegawai Pemerintah PGA; pegawai-pegawai kanan PDRM dan PERHILITAN serta kontinjen gabungan OBK Zon Timur.

Majlis dimulakan dengan *lapor kekuatan dan kesiapsiagaan petugas oleh Pegawai Pemerintah Baris* kepada YBhg. Ketua Pengarah PERHILITAN, diikuti ucapan aluan oleh YDH Komander Briged Tenggara PGA. Seterusnya, YBhg. Ketua Pengarah PERHILITAN telah menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan perasmian Majlis Flag Off OBK Siri 10/2026 – Gabungan Zon Timur.

Dalam majlis yang sama, turut berlangsung *Upacara Penerimaan Penugasan OBK Siri 10/2026* sebagai simbolik penyerahan mandat dan tanggungjawab kepada pasukan operasi. YBhg. Ketua Pengarah PERHILITAN, diiringi YDH Komander Briged Tenggara PGA dan YDH Ketua Jabatan KDNKA Pahang, telah menyempurnakan upacara tersebut sebelum watikah penugasan diterima oleh Ketua Operasi OBK Siri 10/2026 – Gabungan Zon Timur, Encik David Elfrin.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan *sesi pertukaran cenderahati antara agensi* sebagai tanda penghargaan terhadap jalinan kerjasama dan sinergi strategik antara PDRM dan PERHILITAN. Sesi tersebut diikuti dengan sesi bergambar bersama tetamu kehormat, pegawai-pegawai kanan, ketua-ketua pasukan serta anggota kontinjen OBK.

Acara kemuncak majlis menyaksikan *gimik Flag Off dan pelepasan kontinjen Kumpulan Rondaan Hutan OBK Siri 10/2026 – Gabungan Zon Timur* oleh tetamu kehormat. Pelepasan konvoi kenderaan operasi tersebut menandakan bermulanya penugasan kontinjen ke lokasi operasi yang telah ditetapkan.

Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) merupakan inisiatif strategik yang melibatkan kerjasama antara Jabatan PERHILITAN, PDRM khususnya Pasukan Gerakan Am (PGA) serta agensi penguatkuasaan berkaitan dalam usaha membanteras pencerobohan kawasan perlindungan, pemburuan haram serta kegiatan penyeludupan biodiversiti dan spesies hidupan liar yang dilindungi.

Pelaksanaan OBK Siri 10/2026 – Gabungan Zon Timur ini mencerminkan *komitmen dan sinergi berterusan antara PDRM dan PERHILITAN* dalam memperkukuh keupayaan penguatkuasaan, meningkatkan keberkesanan tindakan operasi serta melindungi khazanah hidupan liar dan biodiversiti negara.

Selesai majlis, YBhg. Ketua Pengarah PERHILITAN bersama tetamu kehormat dan pegawai-pegawai kanan telah menghadiri *jamuan makan pagi di Mes Pegawai Kanan Polis Briged Tenggara PGA*. Seterusnya, beliau telah menandatangani *Buku Melawat di Lobi Utama Bangunan Pejabat Briged Tenggara PGA* dan melawat *Galeri Briged Tenggara PGA* sebelum mengakhiri kunjungan rasmi tersebut.



SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2026 PERINGKAT IP BRIGED TENGGARA  PGA TAHUN 2026 ANJURAN BERSAMA  YAKULT MALAYSIAKUANTAN, 10...
10/10/2026

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2026 PERINGKAT IP BRIGED TENGGARA PGA TAHUN 2026 ANJURAN BERSAMA YAKULT MALAYSIA

KUANTAN, 10/10/2026 - Bertempat di Dataran Kawad Markas Briged Tenggara PGA Kuantan Pahang telah berlangsungnya Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Ibu Pejabat Briged Tenggara PGA.

Hadir memeriahkan majlis dengan kehadiran
PKP/ PRP / PAP seramai 380 Org
ahli keluarga termasuk petugas Yakult serta rakan - rakan penaja.

Aktiviti yang telah direncanakan dan berlangsung dengan penuh gilang gemilang adalah acara Senamrobik, Fun Walk, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Ceramah Penjagaan Dan Kesihatan Usus. Selain itu turut diadakan adalh Bengkel Pembuatan Makanan Sihat Untuk Kanak - Kanak serta Cabutan Bertuah

Program bermula dengan sesi pendaftaran peserta. Aktiviti berlangsung sebaik sahaja Ketibaan YDH SAC Dato Ahmad Radzi Bin Hussain, Komander Briged Tenggara PGA dan Isteri Yang Berbahagia Datin Siti Mariam Binti Mutalib , Pengerusi PERKEP Briged Tenggara PGA pada jam 0730H. Susun cara majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Allah Selamatkan Raja Kami, dan Sang Saka Biru diikuti dengan ucapan perasmian oleh YDH SAC Dato Ahmad Radzi Bin Hussain, Komander Briged Tenggara PGA. Seterusnya penyempurnaan gimik perasmian HSN 2026 peringkat Ibu Pejabat Briged Tenggara PGA oleh YDH Komander Briged Tenggara PGA.

Acara senamrobik dimulakan, dan selepas itu acara Fun Walk diadakan. Penutup acara padang adalah nyanyian lagu Sedia Berkhidmat. Para hadirin dijemput untuk menikmati sarapan pagi di Dewan Persatuan Penduduk. Acara di dalam dewan bermula dengan sesi lawatan booth. Seterusnya sesi ceramah kesihatan dan disusuli dengan ucapan Yang Berusaha Puan Mazlyn Mena Binti Mustapha, Pengarah Bersekutu Yakult Malaysia Sdn. Bhd.

Acara yang ditunggu- tunggu adalah sesi Cabutan Bertuah yang menyediakan sebanyak 55 jenis hadiah berupa wang tunai, hamper, peralatan sukan, dan juga peralatan elektrik.

Turut sama hadir adalah YDH ACP Mohd Hazazi Bin Othman, Timbalan Komander Briged Tenggara PGA. Program HSN 2026 peringkat Ibu Pejabat Briged Tenggara PGA berjalan lancar dan disambut dengan suasana meriah oleh seluruh warga dan ahli keluarga Kem Bukit Galing PGA.

10/10/2026

HIGHLIGHT| Hari Sukan Negara Tahun 2026 Peringkat Ibu Pejabat Briged Tenggara PGA & Batalion 7 PGA.
Bersama Penaja Rasmi Yakult Malaysia .

-Wira Aktif Usus Sihat-


Batalion 7 PGA Kuantan

Address

Markas Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Kem Bukit Galing
Kuantan
25990

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095657555

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Briged Tenggara PGA Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share