Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang - LPHP

Call Directions Website Contact the organization

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang - LPHP Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang - LPHP, Government Organization, Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota, Kuantan.

Laman Rasmi Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang - LPHP

Nombor Rasmi : +60 9-551 2777 / 2888
Hotline Rasmi : +60 19-900 4777
E-mel Rasmi : [email protected]

19/10/2026

SEKITAR PENYERTAAN LPHP DI SIBS 2026

Sorotan penyertaan Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) di Pavilion Invest Pahang sempena Selangor International Business Summit (SIBS) 2026.

Daripada perkongsian bersama pengunjung hingga jalinan kerjasama strategik, penyertaan ini membuka ruang untuk mengetengahkan sektor perumahan dan hartanah Pahang serta memperluas jaringan kerjasama.

Terima kasih kepada semua yang singgah dan beramah mesra bersama kami sepanjang SIBS 2026. Jumpa lagi!




KERJASAMA STRATEGIK LPHP–SJKP PERLUAS AKSES PEMBIAYAAN PERUMAHANMajlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) ...
19/10/2026

KERJASAMA STRATEGIK LPHP–SJKP PERLUAS AKSES PEMBIAYAAN PERUMAHAN

Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) dengan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) telah berlangsung sempena Selangor International Business Summit (SIBS) 2026.

Kerjasama strategik ini bertujuan memudahkan akses pembiayaan kepada pembeli rumah di bawah Skim Perumahan Kerajaan Pahang yang dilaksanakan dan dipantau oleh LPHP.

Melalui kerjasama ini, lebih ramai rakyat Pahang berpeluang mendapatkan kemudahan pembiayaan perumahan yang dijamin oleh SJKP, sekali gus membantu merealisasikan impian memiliki kediaman sendiri.




PROGRAM MADANI KITA (PMK) TAHUN 2026 BERSAMA KOMUNITI TRAS, RAUB, PAHANGProgram MADANI Kita (PMK) Tahun 2026 bersama Kom...
19/10/2026

PROGRAM MADANI KITA (PMK) TAHUN 2026 BERSAMA KOMUNITI TRAS, RAUB, PAHANG

Program MADANI Kita (PMK) Tahun 2026 bersama Komuniti Tras telah berlangsung pada 18 Oktober 2026 bertempat di Dewan Terbuka Dataran Raub, Tras, Daerah Raub.

Program ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dengan komuniti setempat, di samping mendekatkan masyarakat dengan pelbagai perkhidmatan, inisiatif dan maklumat yang disediakan.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir dan memeriahkan program ini. Semoga usaha sebegini terus memberi manfaat kepada masyarakat serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam membina kesejahteraan komuniti.




Karnival Aspirasi Pahang 1st Peringkat Daerah Pekan berakhir dengan jayanya!Terima kasih kepada semua pengunjung yang si...
19/10/2026

Karnival Aspirasi Pahang 1st Peringkat Daerah Pekan berakhir dengan jayanya!

Terima kasih kepada semua pengunjung yang singgah dan memeriahkan booth LPHP.

Kita jumpa lagi di karnival yang akan datang, insya-Allah.




Hari kedua kami di Karnival Aspirasi Pahang 1st Tahun 2026 Peringkat Daerah Pekan yang berlangsung di Dataran Pekan Band...
17/10/2026

Hari kedua kami di Karnival Aspirasi Pahang 1st Tahun 2026 Peringkat Daerah Pekan yang berlangsung di Dataran Pekan Bandar Diraja.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi singgah ke reruai LPHP pada hari ini.

Tak sempat singgah? Jangan risau, kami masih berada di sini esok! Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai skim-skim perumahan yang ditawarkan serta mengemas kini permohonan rumah anda.

Jumpa anda di reruai LPHP!




LAWATAN KERJA BERKAITAN ISU BEKALAN AIR DAN ELEKTRIK DI RRP KAMPUNG PERAGAPSatu lawatan kerja telah diadakan di RRP Kamp...
17/10/2026

LAWATAN KERJA BERKAITAN ISU BEKALAN AIR DAN ELEKTRIK DI RRP KAMPUNG PERAGAP

Satu lawatan kerja telah diadakan di RRP Kampung Peragap bagi meninjau dan membincangkan isu berkaitan bekalan air dan elektrik di kawasan berkenaan.

Lawatan ini turut melibatkan perbincangan bersama agensi dan pihak berkaitan bagi mengenal pasti tindakan serta penyelesaian yang boleh diambil dalam menangani isu tersebut.

Turut hadir YB Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang; YH Dato’ Sr. Ahmad Islanizam bin A. Halim, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP; serta wakil Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan kepimpinan setempat.




PENYERAHAN RRP FASA 6 DI FELDA JENGKA 23, PARLIMEN KUALA KRAUSebuah kediaman baharu di bawah program Rumah Rakyat Pahang...
17/10/2026

PENYERAHAN RRP FASA 6 DI FELDA JENGKA 23, PARLIMEN KUALA KRAU

Sebuah kediaman baharu di bawah program Rumah Rakyat Pahang (RRP) Fasa 6 bernilai RM80,000 telah diserahkan kepada Puan Wan Rohana binti Abdullah di Felda Jengka 23, Parlimen Kuala Krau, Daerah Temerloh.

Penyerahan tersebut telah dilaksanakan oleh YB Dato’ Sri Haji Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang.

Turut hadir ialah YH Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Penyelaras DUN Jengka.

Semoga kediaman baharu ini memberikan keselesaan kepada beliau sekeluarga dalam menjalani kehidupan seharian.




KARNIVAL ASPIRASI PAHANG 1ST TAHUN 2026 PERINGKAT DAERAH PEKANKarnival Aspirasi Pahang 1st Tahun 2026 Peringkat Daerah P...
16/10/2026

KARNIVAL ASPIRASI PAHANG 1ST TAHUN 2026 PERINGKAT DAERAH PEKAN

Karnival Aspirasi Pahang 1st Tahun 2026 Peringkat Daerah Pekan kini berlangsung di Dataran Pekan Bandar Diraja. Karnival ini telah dirasmikan oleh YDH Orang Kaya Indera
Shahbandar Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Pahang.

Turut hadir ialah YB Dato’ Sri Haji Nazri bin Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Pahang; YB Dato’ Hajah Sabariah binti Saidan, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang serta tetamu kehormat dan wakil agensi yang terlibat.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi singgah ke booth Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) hari ini!

Nak tahu lebih lanjut tentang skim perumahan LPHP, cara permohonan atau skim yang sesuai untuk anda? Jom singgah ke booth kami! Petugas LPHP sedia membantu dan berkongsi maklumat bagi memudahkan urusan permohonan anda.




16/10/2026

PERKONGSIAN TAKLIMAT SJKP BERSAMA PEMAJU & INSTITUSI PERBANKAN

Apa pandangan pihak bank dan pemaju mengenai kemudahan pembiayaan melalui SJKP?

Dengarkan perkongsian mereka mengenai manfaat SJKP dalam membantu proses pembiayaan serta memudahkan urusan pemilikan rumah bagi pembeli yang layak.

Jom dengarkan perkongsian mereka.




16/10/2026

Sorotan sekitar hari kedua Selangor International Business Summit (SIBS) 2026 di Pavilion Invest Pahang, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Terima kasih kepada semua yang singgah ke booth LPHP!

Address

Tingkat 7 & 8, Menara Teruntum, Jalan Mahkota
Kuantan
25000

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30

Telephone

+6095512777

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang - LPHP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Lembaga Perumahan Dan Hartanah Pahang - LPHP:

Shortcuts

Share