14/08/2026
📸 LENSA UJIAN PEMERIKSAAN FIZIKAL, PANCAINDERA & KECERGASAN (UFPK) PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA (CGSO) SIRI 01/2026.
10-13 Ogos | Isnin-Khamis - Telah diadakan Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan (UFPK) Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) siri 01/2026 bagi pengambilan baharu Pembantu Keselamatan KP1 yang bertempat di Dewan Pejabat JAKOA Taman Gelora, Kuantan bagi negeri Pahang.
Pihak urusetia merakamkan penghargaan kepada para calon yang hadir penuh semangat, disiplin dan komitmen yang tinggi sepanjang pelaksanaan UFPK ini. Turut hadir bersama YBrs Encik Azmi bin Embi, Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Pahang bagi menyaksikan dan memberikan sokongan terhadap pelaksanaan UFPK yang sedang berlangsung itu. Antara proses yang dijalankan adalah:
1. Pendaftaran & Semakan Dokumen — Memastikan setiap calon membawa dokumen asal dan salinan yang lengkap serta telah disusun mengikut senarai semak sebelum tiba di kaunter pendaftaran.
2. Ujian Pemeriksaan Fizikal — Ukuran tinggi, berat badan (BMI), ujian penglihatan, pengecaman warna, pemeriksaan tubuh badan, gaya berjalan dan berkawad.
3. Ujian Kecergasan - Bangun tubi, lari pecut 20 meter dan bleep test).
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaan Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan (UFPK) Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) siri 01/2026. Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya!