17/10/2026
๐ INFO JSPT PAHANG | OPERASI BERSEPADU PELBAGAI AGENSI DI R&R TEMERLOH
TEMERLOH, 15 OKTOBER 2026 (KHAMIS) โ Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Pahang telah melaksanakan Operasi Bersepadu bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang, JSPT Bukit Aman LPT Zon Timur 1, 2 dan 3, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Temerloh, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta AFA PRIME BERHAD.
Operasi yang dijalankan dari jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam ini melibatkan pemeriksaan dan penguatkuasaan di kawasan R&R Temerloh Hala Timur dan Barat, bertujuan meningkatkan pematuhan undang-undang jalan raya serta memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.
Antara hasil operasi yang direkodkan ialah:
โ
371 buah kenderaan diperiksa oleh PDRM.
โ
388 orang diperiksa.
โ
139 saman trafik dikeluarkan oleh PDRM atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
โ
96 notis P22 dikeluarkan oleh JPJ.
โ
JSJN menjalankan pemeriksaan terhadap 10 orang, dengan tiga tangkapan positif dadah jenis methamphetamine serta tangkapan empat lelaki warga asing yang terdiri daripada seorang warga Indonesia dan tiga warga Bangladesh bagi tindakan lanjut.
โ
AADK menjalankan ujian saringan air kencing terhadap 68 orang, dengan tujuh individu dikesan positif methamphetamine untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang berkaitan.
โ
JAS turut melaksanakan pemeriksaan berkaitan diesel dan mengeluarkan notis kompaun serta notis arahan ujian semula.
Operasi ini turut dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Nasyim bin Haji Borhan, dan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Pahang, SUPT Suresh a/l Subramaniam.
Kerjasama strategik antara agensi penguatkuasaan ini merupakan langkah berterusan dalam membanteras pelanggaran undang-undang jalan raya, mengekang penyalahgunaan dadah serta meningkatkan tahap keselamatan dan disiplin pengguna jalan raya.