AADK Daerah Kuantan

Call Directions Website

AADK Daerah Kuantan Laman sosial ini merupakan platform kepada masyarakat untuk mengetahui maklumat, aktiviti serta program yang dilaksanakan oleh AADK.

08/10/2026

KESELAMATAN & KEPENTINGAN RAKYAT DIUTAMAKAN 🇲🇾

Kerajaan kekal komited dalam menangani isu pelarian dengan tuntas, berhemah dan berlandaskan undang-undang serta nilai kemanusiaan.

Melalui proses penghantaran pulang secara sukarela dan berperingkat, fasa pertama menyaksikan seramai 1,476 warga Myanmar telah dihantar pulang daripada sasaran keseluruhan 5,000 orang.

Langkah ini membuktikan bahawa keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan tertinggi, tanpa membelakangkan prinsip kemanusiaan.

Anwar Ibrahim
Saifuddin Nasution Ismail
DATO' DR SHAMSUL ANUAR NASARAH

KementerianDalamNegeri

08/10/2026

Sekali terjatuh dalam lubang yang dalam, harganya bukan sekadar rim yang pecah. Tapi, absorber pun boleh rosak.

Macam tu lah dalam hidup. Kita semua sedang dalam perjalanan. Tapi, adakah kita menuju ke destinasi yang benar? Hidup ini seperti dalam gambar. Ada jalan yang nampak macam jalan pintas, nampak macam boleh buat kita lari dari stres dunia. Tapi sebenarnya itu lorong buntu yang bakal perangkap kita sampai kita hilang arah.

Oleh itu kita kena berhati-hati. Pengaruh negatif ini sangat licik. Dia tidak datang dengan rupa yang menakutkan, dia datang dengan rupa yang menarik, akan tetapi, ia boleh merosakkan masa depan kita dalam diam.

Pastikan haluan kita jelas. Tidak perlu ikut orang kalau jalan tu kita tahu akan membawa ke arah kehancuran. Perkara yang paling menarik adalah apabila kita boleh tidur nyenyak dalam keadaan hati yang lapang dan minda yang jernih tanpa perlu bergantung pada bahan terlarang.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



08/10/2026
Satu keputusan yang nampak kecil hari ini, mungkin membawa kesan yang besar pada diri sendiri, keluarga dan masa depan.J...
05/10/2026

Satu keputusan yang nampak kecil hari ini, mungkin membawa kesan yang besar pada diri sendiri, keluarga dan masa depan.

Jangan tunggu sehingga sebuah kerusi di meja makan hanya tinggal sebagai kenangan.

Pilih untuk menjaga diri. Pilih untuk menjaga orang yang kita sayang.

👍 Like | 🔄 Share | 💬 Komen
Facebook AADK Daerah Kuantan
📞 Pertanyaan, khidmat nasihat atau aduan:
☎️ AADK Daerah Kuantan
09-5736139
atau
☎️ Talian Bebas Tol AADK 1-800-22-2233 | WhatsApp 019-626 2233





05/10/2026

“Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk.”
— Surah Hud, 11:114

Jangan biarkan kesilapan masa lalu menjadi penghalang untuk melangkah ke hadapan. Setiap hari adalah peluang untuk memperbaiki diri, memperbanyakkan amal kebaikan dan kembali kepada jalan yang diredai Allah SWT.

✨ Teruskan melakukan kebaikan, walaupun kecil.
Kerana setiap kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas mempunyai nilai di sisi-Nya.

Semoga kita sentiasa diberi kekuatan untuk meninggalkan keburukan, memperbaiki diri dan membina kehidupan yang lebih bermakna.

Ikhlas daripada
DATO’ RUSLIN JUSOH
Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan

05/10/2026

Ramai yang sibuk “track” parcel setiap minit. Tapi, ada yang terlupa nak “track” hala tuju hidup sendiri. Kadang-kadang, 'penghantaran' masa depan kita boleh tergendala atau terus gagal (failed delivery) disebabkan satu pilihan yang salah.

Terjebak dengan pengaruh bahan terlarang atau kawan yang toksik ibarat kita sendiri yang tekan butang "CANCEL ORDER" pada impian kita. Rugi kan?

Hujung minggu ni, jom kita pastikan 'logistik' hidup kita berjalan lancar. Jauhkan diri daripada risiko yang boleh merosakkan 'shipment' kejayaan kita.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



05/10/2026

Address

Aras 6 Kompleks Kdn
Kuantan
25200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095736139

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share