KEMAS Negeri Pahang

Directions Website

KEMAS Negeri Pahang JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS) NEGERI PAHANG, Tingkat 12, Wisma Persekutuan, 25000 KUANTAN

ππ„π‘πŒπŽπ‡πŽππ€π πŠπ„πŒπ€π’π”πŠπ€π π“π€ππˆπŠπ€ 𝐓𝐔𝐍𝐀𝐒 πˆπ’π“πˆπŒπ„π–π€ @ πŠπ„πŒπ€π’ π’π„π’πˆ πŸπŸŽπŸπŸ• 𝐊𝐈𝐍𝐈 πƒπˆππ”πŠπ€! Ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak berkeperl...
06/10/2026

ππ„π‘πŒπŽπ‡πŽππ€π πŠπ„πŒπ€π’π”πŠπ€π π“π€ππˆπŠπ€ 𝐓𝐔𝐍𝐀𝐒 πˆπ’π“πˆπŒπ„π–π€ @ πŠπ„πŒπ€π’ π’π„π’πˆ πŸπŸŽπŸπŸ• 𝐊𝐈𝐍𝐈 πƒπˆππ”πŠπ€!

Ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak berkeperluan pendidikan khas, khususnya Autisme Tahap 1 (ringan/mild), kini boleh membuat permohonan kemasukan ke TABIKA Tunas Istimewa (Autisme) @ KEMAS bagi Sesi 2027.

πŸ“… π“πžπ¦π©π¨π‘ 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐑𝐨𝐧𝐚𝐧:
𝟏 – πŸπŸ” πŽπ€π­π¨π›πžπ« πŸπŸŽπŸπŸ”

πŸ’» Permohonan secara dalam talian melalui Sistem KEMAS eDuceria:
πŸ‘‰ https://ceria.kemas.gov.my/

✨ Program ini memberi fokus kepada pendidikan dan intervensi awal bagi membantu meningkatkan kemahiran komunikasi, sosial dan pengurusan kendiri kanak-kanak autisme agar mereka dapat berkembang dengan lebih berdikari.

πŸ‘§πŸ»πŸ‘¦πŸ» Antara syarat utama:
βœ… Warganegara Malaysia
βœ… Berumur 5 hingga 6 tahun pada tahun 2027
βœ… Mempunyai kelewatan perkembangan atau diagnosis Autisme Tahap 1 (ringan/mild)
βœ… Mempunyai kemahiran asas komunikasi dan pengurusan diri
βœ… Bersedia mengikuti pembelajaran di TABIKA Tunas Istimewa @ KEMAS

πŸ“Œ Jangan lepaskan peluang ini! Mohon sekarang dan bersama-sama kita bina masa depan anak-anak yang lebih inklusif dan bermakna.

05/10/2026

π’π„πŠπˆπ‹π€π’ π‡π€π‘πˆ πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π & 𝐒𝐅𝐄𝐒𝐓 πŠπ„πŒπ€π’ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 πŸπŸŽπŸπŸ”

Tirai dua hari penuh warna, bakat dan kemahiran akhirnya dilabuhkan!

Saksikan momen-momen kemeriahan yang mewarnai pentas.

β€œMemasyarakatkan KEMAS, Merakyatkan Aspirasi Pimpinan”






05/10/2026

Oleh : Aimi Syafiqa Khairi KUANTAN, 05 OKTOBER 2026 : Penganjuran Hari Kemahiran Peringkat Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Pahang Tahun 2026 menjadi platform penting dalam memperkasa kemahiran masyarakat, mencungkil bakat serta meningkatkan potensi diri dalam pelbagai bidang kemahiran dan...

π‚πŽπ‘π€π“-π‚πŽπ‘π„π“ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍| π‡π€π‘πˆ πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π & πˆπ…π„π’π“ πŠπ„πŒπ€π’ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 πŸπŸŽπŸπŸ”Meriah dan penuh warna! Hari penutup Hari K...
04/10/2026

π‚πŽπ‘π€π“-π‚πŽπ‘π„π“ πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍| π‡π€π‘πˆ πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π & πˆπ…π„π’π“ πŠπ„πŒπ€π’ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 πŸπŸŽπŸπŸ”

Meriah dan penuh warna! Hari penutup Hari Kemahiran & iFEST KEMAS Negeri Pahang 2026 dihiasi pelbagai pengisian yang mengetengahkan bakat, kreativiti dan kemahiran peserta.

Antara yang mencuri perhatian ialah peragaan hasil Jahitan dan Dandanan Diri, selain penyampaian hadiah bagi pertandingan Marhaban, Masakan, Komputer, Seni Tangan, Jahitan serta Anugerah Ikon Usahawan.

Tahniah dan syabas kepada semua pemenang dan peserta yang telah memberikan yang terbaik sepanjang pertandingan! πŸ†

Dua hari yang penuh aktiviti, bakat dan inspirasi kemahiran dipamer, bakat diserlah, masyarakat diperkasa!.

Pautan penuh: https://drive.google.com/drive/folders/1VwmvNz201RC3NhrwgFvAS1d7fbJfEDZ6

β€œMemasyarakatkan KEMAS, Merakyatkan Aspirasi Pimpinan”






πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‡π€π‘πˆ πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π 𝐃𝐀𝐍 πˆπ…π„π’π“ πŠπ„πŒπ€π’ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”PEKAN, 4 Oktober 2026Tirai Pro...
04/10/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‡π€π‘πˆ πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π 𝐃𝐀𝐍 πˆπ…π„π’π“ πŠπ„πŒπ€π’ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

PEKAN, 4 Oktober 2026

Tirai Program Hari Kemahiran dan iFEST KEMAS Negeri Pahang Tahun 2026 akhirnya dilabuhkan dalam sebuah majlis penuh warna-warni, menyaksikan himpunan bakat, kreativiti dan kemahiran warga KEMAS diraikan dengan penuh gemilang.

Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff, SSAP., DSAP., DIMP., AMP., PJK., Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, bertempat di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang.

Turut hadir, YBhg. Tuan Haji Mohd Zamri bin Mustajap, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Malaysia serta barisan pengurusan dan warga kerja KEMAS Negeri Pahang.

Majlis dimulakan dengan peragaan hasil kemahiran peserta, diikuti nyanyian lagu rasmi, bacaan doa serta tayangan montaj yang mengimbau kemeriahan sepanjang program berlangsung.

Kemuncak majlis menyaksikan gimik pelancaran BarberPreneur KEMAS, disusuli penyampaian kit BarberPreneur dan sijil kepada para peserta yang berjaya. Turut berlangsung penyampaian hadiah dan sijil kepada pemenang pertandingan melibatkan Marhaban, Masakan, Komputer, Seni Tangan, Jahitan serta Anugerah Ikon Usahawan.

Bukan sekadar meraikan kemenangan, program ini turut menjadi wadah untuk mengetengahkan potensi, bakat dan kemahiran masyarakat melalui pelbagai inisiatif KEMAS, sekali gus membuktikan bahawa kemahiran mampu menjadi pencetus peluang dan pemangkin pembangunan komuniti.

Dengan penuh warna, penuh bakat dan penuh inspirasi, Hari Kemahiran dan iFEST KEMAS Negeri Pahang 2026 melabuhkan tirainya dengan seribu kenangan. Tahniah kepada semua para pemenang!.

✨ Kemahiran Ditampilkan, Bakat Diserlah!
KEMAS Terus Melangkah, Membangun Potensi Masyarakat!

β€œMemasyarakatkan KEMAS, Merakyatkan Aspirasi Pimpinan”








𝐒𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆𝐒𝐔𝐍𝐆 πŸ“Έβœ¨ 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 π‡π€π‘πˆ πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π πŠπ„πŒπ€π’ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 πŸπŸŽπŸπŸ” ✨Hari yang penuh dengan kemahiran, bakat, kreativiti...
04/10/2026

𝐒𝐄𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆𝐒𝐔𝐍𝐆

πŸ“Έβœ¨ 𝐋𝐄𝐍𝐒𝐀 π‡π€π‘πˆ πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π πŠπ„πŒπ€π’ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 πŸπŸŽπŸπŸ” ✨

Hari yang penuh dengan kemahiran, bakat, kreativiti dan semangat KEMAS! πŸ”₯

Pelbagai pertandingan, pameran, jualan usahawan, aktiviti interaktif sehinggalah ke pelbagai detik yang mencuri perhatian, semuanya didalam satu pentas yang menghimpunkan warga KEMAS dan masyarakat.

Inilah sebahagian daripada kemeriahan Hari Kemahiran KEMAS Negeri Pahang 2026 yang berlangsung pada 3 & 4 Oktober 2026 di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, Pahang.

β€œMemasyarakatkan KEMAS, Merakyatkan Aspirasi Pimpinan”

04/10/2026

π‡π€π‘πˆ πŠπ„πŒπ€π‡πˆπ‘π€π πŠπ„πŒπ€π’ ππ„π†π„π‘πˆ 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 πŸπŸŽπŸπŸ”

Siaran langsung Hari Kemahiran KEMAS Peringkat Negeri Pahang 2026

03/10/2026

πŸŒ™βœ¨ RANGKUMAN FUN NIGHT WALK ✨

Berbaju tradisional, berjalan bersama, meriahkan malam! πŸ’™πŸ’›
Jom saksikan sekitar kemeriahan Fun Night Walk Hari Kemahiran KEMAS Negeri Pahang 2026! πŸšΆβ€β™€οΈπŸŽ‰

Address

Kuantan

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEMAS Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share