Motac Pahang

Call Directions Website Contact the organization

Motac Pahang Laman Sosial Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Pahang.

Menjadikan Industri Pelancongan Negara sebagai satu sektor utama, lestari, berdaya maju dan berkualiti dalam memberi sumbangan kepada pembangunan negara ~ MALAYSIA TRULY ASIA ~

21/10/2026
13/10/2026
LAWATAN KERJA KSU MOTAC KE DAERAH BENTONGBentong | 28 September 2026YBhg. Dato' Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiaus...
29/09/2026

LAWATAN KERJA KSU MOTAC KE DAERAH BENTONG

Bentong | 28 September 2026

YBhg. Dato' Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengadakan lawatan kerja ke Daerah Bentong bagi meninjau potensi projek-projek naik taraf kemudahan pelancongan.

Lawatan ini diadakan sebagai salah satu langkah dalam meneliti keperluan naik taraf infrastruktur, keselamatan, keselesaan, aksebiliti dan kemudahan bagi meningkatkan pengalaman pengunjung.

Semoga usaha berterusan dalam memperkasa destinasi dan menambah baik kemudahan dapat memacu potensi pelancongan di Bentong, Pahang.






07 OGOS 2026 (JUMAAT).MAJLIS PERASMIAN KLUSTER HOMESTAY TANJUNG GAHAI, KUALA LIPIS.Majlis turut diserikan dengan penyera...
14/08/2026

07 OGOS 2026 (JUMAAT).

MAJLIS PERASMIAN KLUSTER HOMESTAY TANJUNG GAHAI, KUALA LIPIS.

Majlis turut diserikan dengan penyerahan Sijil Pendaftaran Program Pengalaman Homestay Malaysia oleh YAB Menteri Besar Pahang sebagai simbol pengiktirafan dan sokongan terhadap usaha pengusaha homestay dalam memperkenalkan keunikan budaya, alam semula jadi serta pengalaman kehidupan masyarakat setempat kepada para pelancong.

Kluster Homestay Tanjung Gahai berpotensi menjadi salah satu tarikan pelancongan berasaskan komuniti yang mengetengahkan keindahan alam, aktiviti rekreasi, gastronomi serta produk dan budaya tempatan.

Semoga pelancaran ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak peluang ekonomi dan pembangunan pelancongan komuniti di Kuala Lipis, seterusnya menjadikan Tanjung Gahai sebagai destinasi pilihan pelancongan berasaskan pengalaman di Negeri Pahang.






30 JULAI 2026 (KHAMIS).PEMERIKSAAN BAHARU DAN PEMERIKSAAN SEMULA PROGRAM PENGALAMAN HOMESTAY: KLUSTER HOMESTAY FELDA MEM...
14/08/2026

30 JULAI 2026 (KHAMIS).

PEMERIKSAAN BAHARU DAN PEMERIKSAAN SEMULA PROGRAM PENGALAMAN HOMESTAY: KLUSTER HOMESTAY FELDA MEMPAGA 1, BENTONG.

Pemeriksaan dihadiri oleh panel daripada Pejabat Kesihatan Daerah Bentong & Tourism Malaysia Wilayah Timur.

Pemeriksaan semula bertujuan bagi pengemaskinian data peserta program seperti pertukaran nama peserta, alamat, kematian dan penarikan secara sukarela. Selain itu, semakan kepada pematuhan di dalam garis panduan program dan berdasarkan keperluan dari masa ke semasa.






23 JULAI 2026 (KHAMIS).PEMERIKSAAN BAHARU DAN PEMERIKSAAN SEMULA PROGRAM PENGALAMAN HOMESTAY: KLUSTER HOMESTAY FELCRA SR...
14/08/2026

23 JULAI 2026 (KHAMIS).

PEMERIKSAAN BAHARU DAN PEMERIKSAAN SEMULA PROGRAM PENGALAMAN HOMESTAY: KLUSTER HOMESTAY FELCRA SRI MAKMUR, PEKAN.

Pemeriksaan dihadiri oleh panel daripada Pejabat Kesihatan Daerah Maran & Tourism Malaysia Wilayah Timur.

Pemeriksaan semula bertujuan bagi pengemaskinian data peserta program seperti pertukaran nama peserta, alamat, kematian, penarikan secara sukarela. Selain itu, semakan kepada pematuhan di dalam garis panduan program dan berdasarkan keperluan dari masa ke semasa.






25 JUN 2026 (KHAMIS).SESI LIBAT URUS KLUSTER BAHARU: HOMESTAY LEMBAH TANUM, KUALA LIPIS.Sesi ini bertujuan memberi pener...
14/08/2026

25 JUN 2026 (KHAMIS).

SESI LIBAT URUS KLUSTER BAHARU: HOMESTAY LEMBAH TANUM, KUALA LIPIS.

Sesi ini bertujuan memberi penerangan mengenai konsep, syarat dan garis panduan Program Pengalaman Homestay Malaysia.






24/07/2026

✨TAHNIAH KEPADA SEMUA FINALIS K3P 2026!✨

Setelah melalui Cabaran Google Earth dan Flat Lay Bagasi, lima buah sekolah telah berjaya melayakkan diri ke Peringkat Akhir Kelab Program Pelancongan Pelajar (K3P) 2026.

📍Peringkat Akhir akan berlangsung di Janda Baik, Pahang di mana para finalis bakal bersaing untuk menampilkan kreativiti, pengetahuan dan semangat terbaik mereka.

Terima kasih kepada semua sekolah yang telah mengambil bahagian sepanjang pertandingan ini. Tahniah kepada para finalis dan semoga berjaya di Peringkat Akhir!






Jom Meriahkan…..
26/06/2026

Jom Meriahkan…..

Address

Kuantan

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095171111

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Motac Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Motac Pahang:

Shortcuts

Share