Pusat Kutipan Zakat Pahang

Call Directions Website Contact the organization

Pusat Kutipan Zakat Pahang Pastikan Harta & Rezeki Kita Sentiasa BERKAT

Jom Layari www.zakatpahang.my/myzakat untuk
khidmat Kira, Bayar & Semak

20/10/2026
14/10/2026
14 BADAN KORPORAT SERAH ZAKAT PERNIAGAAN BERJUMLAH RM20.91 JUTA KEPADA TENGKU MAHKOTA PAHANGKUANTAN, 12 Oktober 2026 – K...
13/10/2026

14 BADAN KORPORAT SERAH ZAKAT PERNIAGAAN BERJUMLAH RM20.91 JUTA KEPADA TENGKU MAHKOTA PAHANG

KUANTAN, 12 Oktober 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang berkenan menerima serahan zakat perniagaan daripada 14 badan korporat dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM20,909,486.48 sempena Majlis Serahan Zakat Perniagaan Badan-Badan Korporat Siri 1/2026 yang berlangsung di Balai Temenggong, Istana Abdulaziz, Kuantan.

Majlis yang dianjurkan oleh Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang (PKZW Pahang) ini merupakan manifestasi komitmen berterusan sektor korporat dalam menunaikan tanggungjawab berzakat, sekali gus memperkukuh usaha pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan golongan asnaf di Negeri Pahang.

Mendahului senarai penyerahan ialah Lembaga Tabung Haji (TH) dengan jumlah zakat sebanyak RM5,301,917.94 yang disempurnakan oleh Tuan Haji Khairuddin bin Ahmad, diikuti Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) berjumlah RM5,000,000.00 yang diserahkan oleh YH. Dato’ Indera Haji Zamri bin Haji Mohamed.

Turut menyempurnakan penyerahan ialah Kumpulan DRB-HICOM Berhad berjumlah RM2,550,000.00 melalui Encik Ahmad bin Mohd Yunus, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM1,847,000.00 oleh Ir. Mahathir Nor bin Ismail dan YP Plantations Holdings dan Kumpulan berjumlah RM1,620,000.00 oleh YH. Dato’ Muhamad Fairuz Kamal bin Mat Noh.

Seterusnya, Bank Rakyat menyerahkan zakat berjumlah RM1,139,365.00 melalui Encik Amren Faisal Fadzil, manakala Amanah Saham Pahang (ASPA) menyempurnakan penyerahan sebanyak RM1,003,968.00 melalui Encik Nahmar bin Jamil.

Majlis turut menyaksikan penyerahan zakat oleh Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) berjumlah RM500,000.00 yang diwakili Puan Shamsiah binti Mohd Noor, Public Islamic Bank Berhad (PIBB) sebanyak RM400,000.00 oleh Encik Hairil Nizam bin Hamzah serta Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) berjumlah RM395,123.54 oleh Dr. Mohd Izuwan Mahyudin.

Penyerahan diteruskan oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) berjumlah RM378,000.00 melalui Tuan Haji Mohd Nazri Chik, Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) sebanyak RM376,692.00 oleh Encik Jumadi Kadir, Open University Malaysia (OUM) berjumlah RM264,420.00 oleh YH. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Izanee bin Awang serta Bank Simpanan Nasional (BSN) sebanyak RM133,000.00 oleh Encik Mohammad Khasnieddy bin Khasimi.

Penganjuran majlis ini mencerminkan hubungan erat antara institusi zakat dan sektor korporat dalam memperkasakan pengurusan zakat di Negeri Pahang. Komitmen yang ditunjukkan oleh badan-badan korporat ini diharap dapat menjadi contoh dan galakan kepada lebih banyak syarikat untuk melaksanakan kewajipan zakat perniagaan.

PKZW Pahang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih atas perkenan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang menerima serahan zakat tersebut. Penghargaan dan ucapan terima kasih turut dizahirkan kepada semua badan korporat atas kepercayaan serta komitmen berterusan dalam menunaikan zakat di Negeri Pahang.

Semoga segala sumbangan dan tanggungjawab yang ditunaikan memperoleh keberkatan Allah SWT serta memberikan manfaat yang berpanjangan kepada golongan asnaf dan masyarakat.

Zakat Diperkasa, Asnaf Sejahtera.

10/10/2026

𝐔𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐜𝐢𝐥 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫. 🧺

Kamsiah binti Ariffin menerima bantuan mesin basuh, mesin pengering, modal dan kursus keusahawanan bagi menyokong perniagaan dobinya.

Dengan kelengkapan dan ilmu, beliau dapat terus berusaha membina pendapatan. Terima kasih kepada pembayar zakat yang membantu memberi ruang kepada usahawan asnaf untuk melangkah lebih jauh.

Hari ini Jumaat,, min nak kongsikan kod QR Wakaf Tunai Pahang ini.Imbas sahaja serendah RM1, kita sudah boleh menjana pa...
09/10/2026

Hari ini Jumaat,, min nak kongsikan kod QR Wakaf Tunai Pahang ini.

Imbas sahaja serendah RM1, kita sudah boleh menjana pahala akhirat melalui wakaf. Bukan sahaja untuk diri sendiri, malah boleh juga berwakaf bagi pihak orang tersayang atau mereka yang telah pergi meninggalkan kita.

InsyaaAllah, setiap sumbangan wakaf ini akan dimanfaatkan sebaik-baiknya demi kebajikan ummah.

Simpan kod QR ini dan kongsikan juga kepada keluarga serta sahabat. Semoga menjadi asbab pahala yang berterusan. 🤲

Address

Jalan Mahkota
Kuantan

Opening Hours

Monday 08:15 - 16:45
Tuesday 08:15 - 16:45
Wednesday 08:15 - 16:45
Thursday 09:00 - 16:45
Friday 09:00 - 16:45

Telephone

+6095131515

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kutipan Zakat Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Kutipan Zakat Pahang:

Shortcuts

Share