JAKOA Pahang

Directions Website

JAKOA Pahang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JAKOA Pahang, Government Organization, Tingkat 3, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut, Kuantan.

22/10/2026
21/10/2026
19/10/2026

๐ŸŽ‰ TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH ROMPIN

Pejabat Pendidikan Daerah Rompin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jennyfer Ellisa A/P Thomas, Ahli Pandu Puteri Remaja dari SK Kedaik Komprehensif 9, atas kejayaan terpilih mewakili Malaysia dalam program antarabangsa Bespoke di Our Chalet World Centre, Switzerland, pada 17 hingga 24 Oktober 2026.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan menjadi bukti bahawa murid daerah Rompin berpotensi untuk melangkah lebih jauh serta mengharumkan nama sekolah, daerah dan negara di persada antarabangsa.

Semoga Jennyfer memanfaatkan peluang yang amat bermakna ini untuk menimba pengalaman baharu, memperluas jaringan persahabatan antarabangsa, meningkatkan keyakinan diri serta menyerlahkan potensi kepimpinan sebagai generasi muda Malaysia.

Seluruh warga pendidikan daerah Rompin mendoakan agar Jennyfer sentiasa diberikan kesihatan, keselamatan dan kelancaran sepanjang mengikuti program tersebut. Semoga terus cemerlang dan menjadi inspirasi kepada murid-murid lain.

Tahniah, Jennyfer! Terus melangkah dengan yakin dan harumkan nama Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ญ

Pendidikan Bermutu, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Ikhlas daripada,
Haji Mohd Yazid bin Kamarudin
Pegawai Pendidikan Daerah Rompin
& Seluruh Warga Pendidikan Daerah Rompin

๐Œ๐Ž๐“๐ˆ๐•๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐„๐‘๐”๐’๐€๐ ๐Œ๐„๐Œ๐€๐‚๐” ๐Š๐„๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐€๐’๐‹๐ˆ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก: ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ ๐Ÿ๐Ÿ• ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ โ€“ ๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ)๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ: ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐’๐ซ...
17/10/2026

๐Œ๐Ž๐“๐ˆ๐•๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐„๐‘๐”๐’๐€๐ ๐Œ๐„๐Œ๐€๐‚๐” ๐Š๐„๐‚๐„๐Œ๐„๐‘๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐€๐’๐‹๐ˆ

๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก: ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ ๐Ÿ๐Ÿ• ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐‰๐ฎ๐ฆ๐š๐š๐ญ โ€“ ๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ)
๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ: ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐’๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ฌ, ๐Š๐ฎ๐š๐ซ๐ญ๐ž๐ซ๐ฌ ๐ˆ๐๐ƒ ๐๐ž๐ซ๐š, ๐๐š๐ก๐š๐ง๐ 

JAKOA Daerah Bera terus komited merangsang sektor pendidikan masyarakat Orang Asli. Hari ini telah berlangsung Program Motivasi & Kecemerlangan SPM & STPM Pelajar Orang Asli Daerah Bera 2026 melibatkan penyertaan seramai 86 orang pelajar Orang Asli dari Daerah Bera.

Program ini bertujuan meningkatkan keyakinan diri pelajar, meningkatkan potensi diri, memberi pendedahan mengenai hala tuju pendidikan serta menyuntik semangat untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah diri.

Program ini turut membuka mata kepada pelajar-pelajar Orang Asli tentang peluang-peluang melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan tinggi apabila turut menyediakan ruang pameran kepada Kolej Komuniti Bera, dan beberapa IPTA dan IPTS lain.

Program motivasi utama menampilkan Ustaz Zuhaimi bin Abdul Rahim, Ketua Pusat Islam Universiti (PIU), UPM sebagai Penceramah. Program ini seterusnya telah dirasmikan oleh Pengarah JAKOA Negeri Pahang, Encik Adam Zaidi bin Mahidin yang turut sempat memberikan sedikit kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar yang hadir.

JAKOA Daerah Bera turut memilih 2 orang pelajar sebagai penerima Anugerah Pelajar Harapan SPM 2026 iaitu :

๐Ÿ† ๐™๐š๐ซ๐š๐ฌ๐ก๐š๐ก๐ข๐ซ๐š โ€“ ๐’๐Œ๐Š ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ค๐š๐ซ๐š๐ค
๐Ÿ† ๐€๐ฆ๐ฒ๐ซ๐ข๐š ๐™๐ฎ๐ฅ๐š๐ข๐ค๐ก๐š ๐€/๐Š ๐™๐š๐ฆ๐ข๐ซ โ€“ ๐’๐Œ๐Š ๐“๐ž๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ฎ

Tahniah diucapkan!
Selamat maju jaya kepada semua pelajar yang terlibat.







๐’๐„๐Š๐€๐‹๐”๐๐† ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐๐”๐€๐“ ๐€๐ƒ๐ˆ๐Š ๐‰๐„๐๐๐˜๐˜๐…๐„๐‘ ๐„๐‹๐‹๐ˆ๐’๐€ ๐€๐๐€๐Š ๐“๐‡๐Ž๐Œ๐€๐’!Tahniah diucapkan kepada Adik Jennyyfer Ellisa Anak Thomas, pela...
16/10/2026

๐’๐„๐Š๐€๐‹๐”๐๐† ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐๐”๐€๐“ ๐€๐ƒ๐ˆ๐Š ๐‰๐„๐๐๐˜๐˜๐…๐„๐‘ ๐„๐‹๐‹๐ˆ๐’๐€ ๐€๐๐€๐Š ๐“๐‡๐Ž๐Œ๐€๐’!

Tahniah diucapkan kepada Adik Jennyyfer Ellisa Anak Thomas, pelajar Sekolah Kebangsaan Kedaik Komprehensif 9, Rompin, Pahang, atas kejayaan terpilih mewakili Malaysia dalam Program Antarabangsa Bespoke Programme di Our Chalet World Centre, Switzerland pada 17 hingga 24 Oktober 2026.

Kejayaan ini merupakan satu kebanggaan buat Negeri Pahang, khususnya komuniti Orang Asli, kerana diberi peluang menyertai program bertaraf antarabangsa yang dapat memperluas ilmu dan pengalaman serta membina keyakinan diri.

Semoga peluang ini dimanfaatkan sebaik-baiknya dan menjadi inspirasi kepada anak-anak Orang Asli yang lain untuk terus berusaha mencapai kejayaan hingga ke peringkat antarabangsa.

Selamat maju jaya dan semoga terus cemerlang!







Sumber : Sekolah Kebangsaan Kedaik

16/10/2026

๐ƒ๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐ค๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ฆ๐ฎ ๐›๐ฎ๐š๐ฅ ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐˜๐๐ซ๐ฌ. ๐“๐ฎ๐š๐ง ๐’๐š๐ข๐Ÿ๐ฎ๐ฅ ๐™๐š๐ก๐ฅ๐š๐ง ๐›๐ข๐ง ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐š๐ ๐€๐ณ๐ฆ๐ข, ๐“๐ข๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก (๐๐ž๐ซ๐š๐ง๐œ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง) ๐‰๐€๐Š๐Ž๐€ ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ซ๐š๐๐ข๐จ ๐€๐’๐˜๐ˆ๐Š๐Ÿ๐ฆ

๐Ÿ“Œ Tarikh: 16 Oktober 2026 (Jumaat)
๐Ÿ“Œ Masa: 10.15 pagi
๐Ÿ“Œ Topik: Manfaat Belanjawan 2027 kepada Masyarakat Orang Asli
๐Ÿ“Œ Frekuensi: 91.1 atau 102.5 MHz







15/10/2026

Tahniah!!!

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐€๐’๐€๐’ ๐…๐„๐‘๐“๐ˆ๐†๐€๐’๐ˆ ๐“๐€๐๐€๐Œ๐€๐ ๐‚๐ˆ๐‹๐ˆ & ๐๐”๐“๐‘๐ˆ๐„๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก: ๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐€๐ก๐š๐)๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ: ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐Š๐Ž๐€ ๐๐ข๐š๐ง, ๐“๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ฅ๐จ๐ก, ๐...
12/10/2026

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐€๐’๐€๐’ ๐…๐„๐‘๐“๐ˆ๐†๐€๐’๐ˆ ๐“๐€๐๐€๐Œ๐€๐ ๐‚๐ˆ๐‹๐ˆ & ๐๐”๐“๐‘๐ˆ๐„๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก: ๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐€๐ก๐š๐)
๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ: ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐Š๐Ž๐€ ๐๐ข๐š๐ง, ๐“๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐ฅ๐จ๐ก, ๐๐š๐ก๐š๐ง๐ 

Kursus Asas Fertigasi Tanaman Cili & Nutrien Tahun 2026 telah diadakan di Dewan KOA Pian, Temerloh dengan penyertaan seramai 40 orang peserta dari KOA Daerah Temerloh.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Datoโ€™ Rodzuan bin Zaaba, Ahli Dewan Negeri (ADN) Jenderak. Kursus ini merangkumi sesi teori dan amali berkaitan asas fertigasi tanaman cili serta nutrien, di samping perkongsian pengalaman pelaksanaan projek fertigasi tanaman cili di KOA Pian.

Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang pertanian moden serta membuka peluang menjana pendapatan melalui projek pertanian yang berpotensi.





Address

Tingkat 3, Wisma Persekutuan, Jalan Gambut
Kuantan
25700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JAKOA Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share