Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

Call Directions Website Contact the organization

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Jabatan Perhutanan Negeri Pahang merupakan agensi yang bertanggungjawab untuk mengurus, membangun dan memulihara khazanah hutan. ii. iii. iv.

Jabatan adalah terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang. Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) merupakan salah satu daripada dua belas (12) Jabatan Perhutanan Negeri di bawah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Jabatan diterajui oleh Pengarah Perhutanan Negeri Pahang dan dibantu oleh 3 orang Timbalan Pengarah Perhutanan. Organisasi JPNP dibahagikan kepada empat (4) bahagian iaitu :-

i. Bahagian Pengurusan dan Hasil

Bertanggungjawab ke atas merancang, mengurus dan mentadbir hal-hal berkaitan perkhidmatan, perjawatan, kewangan, stor, pengurusan dan pembangunan sumber manusia, teknologi maklumat serta kutipan hasil. Bahagian Pembangunan Hutan

Bertanggungjawab untuk merancang dan mengendalikan aktiviti-aktiviti pembangunan sumber hutan asli dan ladang hutan, pengurusan dan perancangan sumber hutan, pembangunan infrastruktur, pembangunan guna tenaga dan latihan. Bahagian ini terdiri dari Unit Silvikultur, Unit Pengurusan Hutan, Unit Maklumat Hutan, Unit Perancangan Hutan, Unit Kejuruteraan Hutan, Pusat Latihan Pembangunan Hutan dan Ladang Hutan. Bahagian Operasi Hutan

Bertanggungjawab dalam pelesenan pengusahasilan hutan, pengeluaran permit, pelesenan industri berasaskan kayu dan penguatkuasaan undang-undang serta peraturan yang berkaitan dengan bidang perhutanan. Pentadbiran Pejabat Hutan Daerah

Bertanggungjawab untuk memastikan kerja-kerja di lapangan berjalan dengan teratur dan mengikut jadual. Ini melibatkan kawalan pengusahasilan hutan dan industri berasaskan kayu, kutipan hasil di Balai Pemeriksaan Jabatan Hutan, penguatkuasaan undang-undang hutan selain melaksanakan projek-projek pembangunan hutan. Tugasan lain meliputi juga pengurusan kewangan dan kakitangan, stor dan rekod pengusahasilan hutan. Pentadbiran Pejabat-pejabat Hutan Daerah di Negeri Pahang dibahagikan kepada tujuh (7), iaitu Kuantan/Pekan/Maran, Rompin, Temerloh/Bera, Jerantut, Lipis, Bentong dan Raub/Cameron Highlands

03/10/2026

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV CAMERON HIGHLANDS: Pejabat Hutan Daerah (PHD) Cameron Highlands melakukan kerja penambahbaikan laluan pendakian ke Gunung Jasar terletak dalam Hutan Simpan Sempadan Hijau (B), di sini semalam. Aktiviti berkenaan dilakukan bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap kesela...

01/10/2026
ππŽπ“πˆπ’ 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 π€π–π€πŒπ“π”ππ“π”π“π€π 𝐇𝐀𝐑𝐓𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆-𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 π˜π€ππ† πƒπˆπ’πˆπ“π€ πƒπˆππ€π–π€π‡ π€πŠπ“π€ 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐔𝐓𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πŸπŸ—πŸ–πŸ’ (π€πŠπ“π€ πŸ‘πŸπŸ‘)Ad...
01/10/2026

ππŽπ“πˆπ’ 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 π€π–π€πŒ

𝐓𝐔𝐍𝐓𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐓𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆-𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 π˜π€ππ† πƒπˆπ’πˆπ“π€ πƒπˆ
𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 π€πŠπ“π€ 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐔𝐓𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 πŸπŸ—πŸ–πŸ’ (π€πŠπ“π€ πŸ‘πŸπŸ‘)

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah melaksanakan operasi pada 22.09.2026 (Selasa) di Hutan Simpan PemuliharaanTasek Bera Ramsar. Didapati telah berlaku pelanggaran Akta PerhutananNegara1984 (Akta 313) dan JPNP telah membuat sitaan bangunan dan barang-barangseperti berikut:

i. Satu (1) unit penjana kuasa solar
ii. Satu (1) unit modem Wi-Fi
iii. Satu (1) unit kamera CCTV jenama TAPO
iv. Satu (1) unit amplifier jenama JBM M8 Malaysia
v. Satu (1) unit amplifier jenama BDS PTM-350FM
vi. Tiga (3) unit pendrive
vii. Satu (1) unit solar charger controller
viii. Satu (1) unit timer solar control
ix. Enam (6) unit bateri jenama Zihang
x. Satu (1) buah bangunan rumah burung

Diminta hadir ke Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Tingkat 2, Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota, 25990 Kuantan dalam tempoh satu (1) bulan kalendar dari tarikh notis ini dikeluarkan untuk menuntut semula barang-barang dan membawa dokumen yang berkaitan. Sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam tempoh tersebut, bangunan danbarang-barang yang disita akan dilucutkan hak mengikut peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 94(4), Akta Perhutanan Negara 1984.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada:

Unit Siasatan
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang
Tel: 09-573 2911

30/09/2026
30/09/2026

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV MUADZAM SHAH: Pejabat Hutan Daerah (PHD) Rompin bertindak pantas menahan sembilan Orang Asli termasuk dua wanita yang menceroboh Hutan Simpan Kekal (HSK) Bukit Ibam, di sini, untuk mencari emas. Pegawai Hutan Daerah Rompin, Muhamad Firdaus Zulnaim Johari, berkata sele...

Notis Pemberitahuan Penutupan Sementara Taman Eko Rimba Chamang
30/09/2026

Notis Pemberitahuan Penutupan Sementara Taman Eko Rimba Chamang

23/09/2026

BERA, 23 SEPTEMBER 2026 : Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menyokong tindakan Kerajaan Negeri Pahang menangani isu penerokaan tanpa kebenaran membabitkan kawasan lebih 2,212 hektar di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Tasek Bera menerusi Operasi Tindakan Penguatkuasaan Bersepadu. M...

21/09/2026

Address

Tingkat 5, Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota
Kuantan
25990

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095732911

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perhutanan Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Perhutanan Negeri Pahang:

Share