13/10/2026
PANGGIL NAMA (GENERAL ROLL CALL) BULAN OKTOBER 2026
BALAI POLIS BESERAH
Pada 13/10/2026 (Selasa) jam 0900 hrs, Ketua Balai Polis Beserah, Insp Muzafar Bin Musa telah mengadakan Panggil Nama bagi bulan Okt 2026 di Balai Polis Beserah. Program ini telah dihadiri seramai 38 anggota PRP (Pegawai Rendah Polis) serta kakitangan awam Balai Polis Beserah.
Panggil Nama ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan arahan terkini daripada pucuk pimpinan PDRM bagi memastikan tahap disiplin yang tinggi sentiasa dikekalkan, seterusnya meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Selain itu, sesi ini turut menjadi platform untuk mengenal pasti sebarang permasalahan dalam kalangan anggota agar dapat diselesaikan secara bersama dan berkesan.
Program berakhir pada jam 1000hrs.
"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"