JSJ IPD Kuantan

Directions

JSJ IPD Kuantan FACEBOOK RASMI BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH IBUPEJABAT POLIS DAERAH KUANTAN

13/10/2026
12/10/2026

⚖️ LELAKI 19 TAHUN DIDAKWA DI BAWAH SEKSYEN 302 KANUN KESEKSAAN

KUANTAN, 12 Oktober 2026 – Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret 2 Kuantan atas pertuduhan membunuh seorang pelajar wanita berusia 19 tahun.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 6 Oktober 2026 di sebuah rumah sewa di Jalan Air Putih, Kuantan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Mahkamah tidak menawarkan jaminan dan menetapkan 12 November 2026 untuk sebutan semula kes.

⚠️ Jadikan pengajaran, kawal emosi dan selesaikan perselisihan tanpa keganasan.

28/09/2026

🚨 TIGA INDIVIDU DIDAKWA KES EKSPLOITASI KANAK-KANAK

Pada 28 September 2026, seorang lelaki dan dua wanita tempatan berusia 58 hingga 70 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen 1 Kuantan di bawah Seksyen 14 ATIPSOM 2007, melibatkan eksploitasi tiga kanak-kanak Orang Asli berusia 13 hingga 16 tahun.

Hasil operasi BSJ IPD Kuantan bersama Cawangan D7, JSJ IPK Pahang, ketiga-tiga mangsa berjaya diselamatkan.

Mahkamah menawarkan jaminan RM10,000 setiap tertuduh dan menetapkan 27 Oktober 2026 untuk sebutan semula serta lantikan peguam.

⚖️ Lindungi kanak-kanak daripada segala bentuk eksploitasi.

18/09/2026

🚨 KES CURI MOTOSIKAL

SUSPEK DITAHAN, RANGKA MOTOSIKAL DIRAMPAS!

Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kuantan menahan seorang lelaki berusia 55 tahun dan merampas rangka motosikal berserta enjin yang dipercayai berkaitan kes kecurian di Jalan Beserah.
Siasatan awal mendapati suspek mengaku meleraikan motosikal tersebut sebelum menjual komponennya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Tegas Adil Berhemah.

PERLAKSANAAN AMALAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN BACAAN IKRAR RUKUN NEGARA BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH IBUPEJABAT POLIS DAER...
14/09/2026

PERLAKSANAAN AMALAN NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN BACAAN IKRAR RUKUN NEGARA BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH IBUPEJABAT POLIS DAERAH KUANTAN

Kuantan | 14 September 2026 - Nyanyian Lagu Negaraku dan Lafaz Ikrar Rukun Negara Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Aturcara yang dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku diikuti dengan lafaz Ikrar Rukun Negara.

Pelaksanaan yang diadakan ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dan taat setia kepada negara pada setiap penjawat awam dalam melaksanakan tanggungjawab untuk memajukan negara selaras dengan arahan Ketua Setiausaha Negara.

"𝙋𝙤𝙡𝙞𝙨 𝙙𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙨𝙮𝙖𝙧𝙖𝙠𝙖𝙩 𝘽𝙚𝙧𝙥𝙞𝙨𝙖𝙝 𝙏𝙞𝙖𝙙𝙖"

📸 D/Kpl Zulhelmi




PDRM DEKATI PELAJAR, TINGKAT KESEDARAN CEGAH JENAYAHKUANTAN, 14 September 2026 – Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD)...
14/09/2026

PDRM DEKATI PELAJAR, TINGKAT KESEDARAN CEGAH JENAYAH

KUANTAN, 14 September 2026 – Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kuantan telah mengadakan ceramah berkaitan judi, maksiat dan gangsterisme di SM Chong Hwa, Kuantan.

Ceramah telah disampaikan oleh ASP Chia Che Chau dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kuantan dan disertai kira-kira 600 orang murid serta 15 orang guru.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar mengenai bahaya penglibatan dalam kegiatan jenayah serta kepentingan mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan positif.

Pelajar turut diberikan pendedahan mengenai buli dan gangguan seksual, termasuk cara mengenal pasti, mencegah serta melaporkan kejadian yang berlaku.

Program seumpama ini diharap dapat membentuk pelajar yang lebih peka, berdisiplin dan berani tampil mendapatkan bantuan sekiranya berdepan sebarang bentuk jenayah atau gangguan.

Polis dan masyarakat berpisah tiada.

📸 Kpl/D Shamir (D6)





11/09/2026

🚨KES TASKA: DUA WANITA DIHADAPKAN KE MAHKAMAH

KUANTAN, 11 September 2026 — Dua wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan atas pertuduhan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 melibatkan dua kanak-kanak di sebuah taska.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan masing-masing ditawarkan jaminan RM8,000. Dalam prosiding berasingan, pemilik taska turut mengaku tidak bersalah dan ditawarkan jaminan RM4,500.

Kanak-kanak adalah amanah. Lindungi mereka, bukan sakiti mereka.

Address

Ibupejabat Polis Daerah Kuantan
Kuantan
25000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JSJ IPD Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share