ICU JPM Pahang

Call Directions Website Contact the organization

ICU JPM Pahang Laman Facebook ini adalah laman Facebook rasmi Pejabat Pembangunan Negeri Pahang.

π—‘π—’π—§π—œπ—¦ π—¦π—˜π—•π—¨π—§ 𝗛𝗔π—₯π—šπ—”πŸ“Œ No. Sebut Harga : PPN/PHG/SH/01/26 πŸ”ΉTajuk Projek : KERJA-KERJA PEMBINAAN BUMBUNG FUTSAL TANAH PUTIH B...
02/10/2026

π—‘π—’π—§π—œπ—¦ π—¦π—˜π—•π—¨π—§ 𝗛𝗔π—₯π—šπ—”

πŸ“Œ No. Sebut Harga : PPN/PHG/SH/01/26
πŸ”ΉTajuk Projek : KERJA-KERJA PEMBINAAN BUMBUNG FUTSAL TANAH PUTIH BARU KUANTAN PAHANG

πŸ“Œ No. Sebut Harga : PPN/PHG/SH/02/26
πŸ”ΉTajuk Projek : MEMBINA LONGKANG SALURAN AIR TEPI JALAN DAN MENAMBAHBAIK JALAN LORONG DI PERUMAHAN LORONG CENDERAWASIH PERDANA 5 DAN PERDANA 4 SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN

Sila rujuk iklan Kenyataan Sebut Harga di bawah untuk maklumat lebih lanjut.

Sekian, terima kasih.








𝗧𝗨π—₯𝗨𝗑 π—£π—”π——π—”π—‘π—š π—¦π—”π—‘π—§π—¨π—‘π—œ π—₯π—”π—žπ—¬π—”π—§, 𝟰𝟡 π—₯𝗨𝗠𝗔𝗛 π—§π—˜π—₯π—œπ— π—” π—¦π—¨π— π—•π—”π—‘π—šπ—”π—‘KUANTAN, 1 Oktober 2026 - Inisiatif memperkasa kebajikan masyaraka...
02/10/2026

𝗧𝗨π—₯𝗨𝗑 π—£π—”π——π—”π—‘π—š π—¦π—”π—‘π—§π—¨π—‘π—œ π—₯π—”π—žπ—¬π—”π—§, 𝟰𝟡 π—₯𝗨𝗠𝗔𝗛 π—§π—˜π—₯π—œπ— π—” π—¦π—¨π— π—•π—”π—‘π—šπ—”π—‘

KUANTAN, 1 Oktober 2026 - Inisiatif memperkasa kebajikan masyarakat terus dipergiat menerusi pelaksanaan Program Ziarah Kasih MADANI.

Menerusi siri turun padang ini, sebanyak 49 buah rumah di sekitar Cenderawasih, Bukit Setongkol, Bukit Bay Route, dan Bukit Ubi telah menerima sumbangan kebajikan.

Program berkenaan diketuai oleh Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, YH. Dato' Ahmad Farhan Dato' Sri Fauzi, serta diiringi oleh Pengarah ICU JPM Pahang, YH. Dato’ Razihan Adzharuddin.

Pelaksanaan inisiatif ini jelas membuktikan komitmen berterusan dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela.








π—­π—œπ—”π—₯𝗔𝗛 π—žπ—”π—¦π—œπ—› π— π—”π——π—”π—‘π—œ π—₯π—œπ—‘π—šπ—”π—‘π—žπ—”π—‘ π—•π—˜π—•π—”π—‘ π— π—”π—‘π—šπ—¦π—” π—žπ—˜π—•π—”π—žπ—”π—₯𝗔𝗑MARAN, 29 September 2026 - Siri Ziarah Kasih MADANI terus memperkuku...
30/09/2026

π—­π—œπ—”π—₯𝗔𝗛 π—žπ—”π—¦π—œπ—› π— π—”π——π—”π—‘π—œ π—₯π—œπ—‘π—šπ—”π—‘π—žπ—”π—‘ π—•π—˜π—•π—”π—‘ π— π—”π—‘π—šπ—¦π—” π—žπ—˜π—•π—”π—žπ—”π—₯𝗔𝗑

MARAN, 29 September 2026 - Siri Ziarah Kasih MADANI terus memperkukuh keprihatinan menerusi lawatan santuni kebajikan rakyat yang memerlukan di Kampung Aur Gading.

Pengarah ICU JPM Pahang, YH. Dato’ Razihan Adzharuddin telah turun padang menyampaikan sumbangan kebajikan bencana kepada Puan Mazura Abdul Mubin, mangsa insiden kebakaran yang menimpa pada 11 September lalu.

Sumbangan ini disalurkan khusus bagi meringankan beban serta memberi sokongan moral buat beliau sekeluarga.

Inisiatif berjiwa rakyat ini membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kebajikan masyarakat yang diuji sentiasa terbela.








29/09/2026

PENAFIAN SURAT PALSU MENGGUNAKAN KEPALA SURAT RASMI DAN TANDATANGAN KETUA PENGARAH ICU JPM

Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) mengesahkan bahawa surat yang dipaparkan adalah palsu dan bukan dikeluarkan oleh jabatan ini. Tandatangan ini didapati telah ditiru dan digunakan tanpa kebenaran pada surat berkenaan.

ICU JPM memandang serius penyalahgunaan Jata Persekutuan, kepala surat rasmi serta tandatangan Ketua Pengarah ICU JPM yang boleh mengelirukan orang ramai dan menjejaskan kredibiliti jabatan.

Untuk makluman, Seksyen 3 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 [Akta 414] melarang penggunaan Jata Persekutuan atau tiruan yang menyerupainya tanpa kebenaran bertulis Menteri bagi tujuan perdagangan, perniagaan, pekerjaan atau profesion. Pelanggaran peruntukan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan, sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 5 akta yang sama.

Pemalsuan dokumen, termasuk kepala surat dan tandatangan, dengan tujuan menipu p**a boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan [Akta 574], yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Sehubungan itu, orang ramai diminta supaya tidak mempercayai kandungan, menyebarkan atau mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat palsu tersebut. Sebarang keraguan berhubung kesahihan surat yang menggunakan nama ICU JPM hendaklah dirujuk kepada jabatan ini melalui saluran rasmi untuk pengesahan.





28/09/2026

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

ICU JPM menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Ketua Pengarah dan seluruh warga kerja ICU JPM mendoakan agar Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah Subhanahu Wata’ala dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh keluarga Allahyarhamah diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Al-Fatihah [Dibaca] 🀲🏻




𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—¦π—˜π—π—”π—§π—œ π— π—”π——π—”π—‘π—œ@𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔π—ͺ𝗔𝗑 π—•πŸ°πŸ¬ π—¦π—”π—‘π—§π—¨π—‘π—œ π—£π—˜π—‘π—œπ—”π—šπ—” π—žπ—˜π—–π—œπ—Ÿ, π—¦π—˜π— π—”π—₯π—”π—ž π—¦π—˜π— π—”π—‘π—šπ—”π—§ π—•π—˜π—₯𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔KUANTAN, 24 September 2026 - Golongan...
25/09/2026

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π—¦π—˜π—π—”π—§π—œ π— π—”π——π—”π—‘π—œ@𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔π—ͺ𝗔𝗑 π—•πŸ°πŸ¬ π—¦π—”π—‘π—§π—¨π—‘π—œ π—£π—˜π—‘π—œπ—”π—šπ—” π—žπ—˜π—–π—œπ—Ÿ, π—¦π—˜π— π—”π—₯π—”π—ž π—¦π—˜π— π—”π—‘π—šπ—”π—§ π—•π—˜π—₯𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔

KUANTAN, 24 September 2026 - Golongan penjaja-penjaja kecil terus disantuni menerusi hebahan Program SejaTi MADANI@Usahawan B40 yang berlangsung di sekitar Balok dan Indera Mahkota 2 (IM2), semalam.

Usaha murni ini telah digerakkan oleh Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, YH. Dato’ Ahmad Farhan Dato’ Sri Fauzi, diiringi Timbalan Pengarah ICU JPM Pahang, YM Tengku Dato’ Nor Asmaliza Ku Lah, sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap para peniaga kecil.

Inisiatif ini bukan sekadar menyampaikan hebahan bantuan, tetapi turut membawa mesej bahawa usaha dan kegigihan golongan peniaga kecil sentiasa dihargai.








π—­π—œπ—”π—₯𝗔𝗛 π—žπ—”π—¦π—œπ—› π— π—”π——π—”π—‘π—œ π— π—˜π—‘π—¬π—”π—‘π—§π—¨π—‘π—œ π—₯π—”π—žπ—¬π—”π—§, π— π—˜π—‘π—¬π—˜π— π—”π—œ 𝗛𝗔π—₯𝗔𝗣𝗔𝗑KUANTAN, 24 September 2026 - Usaha menyantuni masyarakat di sekit...
25/09/2026

π—­π—œπ—”π—₯𝗔𝗛 π—žπ—”π—¦π—œπ—› π— π—”π——π—”π—‘π—œ π— π—˜π—‘π—¬π—”π—‘π—§π—¨π—‘π—œ π—₯π—”π—žπ—¬π—”π—§, π— π—˜π—‘π—¬π—˜π— π—”π—œ 𝗛𝗔π—₯𝗔𝗣𝗔𝗑

KUANTAN, 24 September 2026 - Usaha menyantuni masyarakat di sekitar kawasan Semambu dan Air Putih terus dipergiat menerusi Ziarah Kasih MADANI yang dilaksanakan, semalam.

Siri turun padang ini diketuai oleh Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, YH. Dato' Ahmad Farhan Dato' Sri Fauzi, diiringi Timbalan Pengarah ICU JPM Pahang, YM Tengku Dato’ Nor Asmaliza Ku Lah.

Menerusi ziarah ini, sebanyak 34 buah rumah telah menerima sumbangan berupa sampul wang tunai bernilai RM500 bagi setiap penerima, selain bantuan keperluan asas sebagai usaha membantu meneruskan kelangsungan hidup serta meringankan beban yang dihadapi.

Lebih daripada sekadar sumbangan, ziarah ini menjadi tanda keprihatinan dan usaha untuk memperkukuh hubungan dengan masyarakat.

Semoga setiap kunjungan yang dihulurkan membawa sedikit sinar, menguatkan semangat dan menyemai harapan kepada mereka yang memerlukan.








π—¦π—˜π— π—”π—₯π—”π—ž π— π—˜π—₯π——π—˜π—žπ—”, π—žπ—¨π—žπ—¨π—›π—žπ—”π—‘ π—žπ—˜π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔𝗔𝗑! πŸ‡²πŸ‡ΎPUTRAJAYA, 22 September 2026 - Majlis Penutup Program Semarak Merdeka ICU JPM T...
23/09/2026

π—¦π—˜π— π—”π—₯π—”π—ž π— π—˜π—₯π——π—˜π—žπ—”, π—žπ—¨π—žπ—¨π—›π—žπ—”π—‘ π—žπ—˜π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔𝗔𝗑! πŸ‡²πŸ‡Ύ

PUTRAJAYA, 22 September 2026 - Majlis Penutup Program Semarak Merdeka ICU JPM Tahun 2026 berlangsung di Dewan Taklimat, Bangunan Putra, sebagai kemuncak kepada pengisian program sempena sambutan Bulan Kebangsaan dalam menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan warga ICU JPM.

Turut menjadi sebahagian daripada penutup program ialah Kejohanan Boling Piala KP ICU JPM yang berlangsung sehari sebelumnya, menghimpunkan warga ICU JPM dalam suasana meriah dan penuh semangat kesukanan.








23/09/2026

Address

Wisma Belia Kuantan, Bandar Indera Mahkota
Kuantan
25200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ICU JPM Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to ICU JPM Pahang:

Shortcuts

Share