MyJointForce

Directions Contact the organization

MyJointForce FB Myjointforce menyediakan medium komunikasi serta maklumat tidak berdarjah mengenai aktiviti MK AB
(354)

Markas ini telah ditubuhkan secara rasmi pada 16 Julai 2007. Markas ini bertanggungjawab dalam mengkoordinasikan operasi dan eksesais antara ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Misi - Melaksanakan operasi bersama secara efektif

Visi - Angkatan Bersama yang kredibel

Motto - Berjuang Bersama

πŠπ„ππ„π‘π‚π€π˜π€π€π πŒπ€π’π˜π€π‘π€πŠπ€π“ πŠπ”ππ‚πˆ 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 πŒπ„ππ˜π„π‹π”π‘π”π‡ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀DUNGUN, 3 Oktober 2026 – Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Je...
03/10/2026

πŠπ„ππ„π‘π‚π€π˜π€π€π πŒπ€π’π˜π€π‘π€πŠπ€π“ πŠπ”ππ‚πˆ 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 πŒπ„ππ˜π„π‹π”π‘π”π‡ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

DUNGUN, 3 Oktober 2026 – Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, menegaskan bahawa sokongan dan keyakinan masyarakat merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan negara, khususnya berdepan ancaman masa kini yang semakin kompleks seperti bencana alam, jenayah rentas sempadan, ancaman siber dan disinformasi.

Beliau berkata, kekuatan ketenteraan sahaja tidak mencukupi tanpa hubungan kukuh dengan masyarakat kerana kepercayaan menjadi asas kepada kerjasama. Perkara itu disampaikan ketika merasmikan Karnival Civil-Military Cooperation (CIMIC) Markas Angkatan Bersama 2026 di Sekolah Menengah Sains Dungun.

Karnival tersebut menjadi platform memperkukuh hubungan ATM dengan masyarakat menerusi pendekatan Whole of Government, Whole of Society (WoGoS), dengan pelbagai aktiviti termasuk pameran kerjaya, pemeriksaan kesihatan, program motivasi pendidikan dan pertunjukan penerjunan bebas PASKAU.

Kredit: The Malaysia Press

DUNGUN - Sokongan dan keyakinan masyarakat merupakan unsur penting dalam memastikan usaha menjaga keselamatan negara berkesan, khususnya ketika ancaman

πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ π‚πˆπ•πˆπ‹-πŒπˆπ‹πˆπ“π€π‘π˜ π‚πŽπŽππ„π‘π€π“πˆπŽπ_ (π‚πˆπŒπˆπ‚) πŸπŸŽπŸπŸ” πƒπˆ π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ πŒπ„ππ„ππ†π€π‡ π’π€πˆππ’ 𝐃𝐔𝐍𝐆𝐔𝐍 ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀-𝐀...
03/10/2026

πŠπ€π‘ππˆπ•π€π‹ π‚πˆπ•πˆπ‹-πŒπˆπ‹πˆπ“π€π‘π˜ π‚πŽπŽππ„π‘π€π“πˆπŽπ_ (π‚πˆπŒπˆπ‚) πŸπŸŽπŸπŸ” πƒπˆ π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ πŒπ„ππ„ππ†π€π‡ π’π€πˆππ’ 𝐃𝐔𝐍𝐆𝐔𝐍 ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀-π€π–π€πŒ

DUNGUN, 3 Oktober 2026 – Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim telah merasmikan Karnival Civil-Military Cooperation (CIMIC) 2026 anjuran Markas Angkatan Bersama (MK AB) yang diadakan di Sekolah Menengah Sains Dungun (SMSD), Terengganu.

Program ini menjadi wadah penting dalam memperkukuh hubungan strategik antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan masyarakat awam, selaras dengan Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 di bawah Teras 4 yang menekankan pengukuhan hubungan awam dan tentera bagi menyokong konsep pertahanan menyeluruh negara.

Dalam ucapan perasmian, PAB menegaskan bahawa Karnival CIMIC bukan sekadar acara tahunan, tetapi simbol solidariti antara rakyat dan ATM. Beliau turut menekankan bahawa penganjuran program sebegini membuka ruang interaksi dua hala yang positif, membina keyakinan masyarakat terhadap peranan ATM, serta memperkukuh semangat kebersamaan demi keharmonian dan kedaulatan negara.

Sepanjang dua hari penganjuran, pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk pameran kerjaya ATM dan institusi pengajian tinggi, pemeriksaan kesihatan dan pergigian percuma, senamrobik perdana, pertandingan mewarna kanak-kanak, program kerohanian dan kesedaran, sesi motivasi pendidikan serta pertunjukan udara oleh Pasukan Khas Udara (PASKAU), persembahan silat, brass band dan pameran helikopter AW139 dan kenderaan GEMPITA 8X8 turut menambah kemeriahan suasana karnival.

Program motivasi pendidikan yang melibatkan kira-kira 300 pelajar turut dilaksanakan dengan kerjasama institusi pengajian tinggi dan alumni SMSD bagi memberi pendedahan berkaitan kerjaya, pendidikan tinggi dan pembangunan sahsiah kepada generasi muda.

Penganjuran Karnival CIMIC ini juga bertujuan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap ATM sebagai institusi pertahanan yang profesional, cekap dan prihatin, selain memperluaskan penglibatan ATM bersama komuniti melalui pendekatan show of presence yang memberi peluang kepada masyarakat mengenali ATM dengan lebih dekat.


03/10/2026

Malaysia dan Lubnan komited memperkukuh hubungan pertahanan dua hala menerusi kerjasama strategik, termasuk penerokaan peluang latihan ketenteraan serta pembangunan keupayaan pertahanan.

Meskipun penugasan MALBATT 850-13 menandakan berakhirnya penglibatan Malaysia dalam misi UNIFIL selepas hampir dua dekad, hubungan pertahanan kedua-dua negara akan terus diperkukuh demi kepentingan dan manfaat bersama.

Berita lanjut : https://www.kosmo.com.my/2026/10/02/malbatt-13-terakhir-malaysia-lubnan-terus-perkukuh-kerjasama-pertahanan/


03/10/2026

Saksikan Persembahan Dinamik Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan Sempena Karnival CIMIC Markas Angkatan Bersama di Sekolah Menengah Sains Dungun.

ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ π€ππ†πŠπ€π“π€π ππ„π‘π’π€πŒπ€ π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π 𝐌𝐊 π€π“πŒ KUANTAN, 2 Oktober 2026 ...
02/10/2026

ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ π€ππ†πŠπ€π“π€π ππ„π‘π’π€πŒπ€ π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 ππ„πŒππ€ππ†π”ππ€π 𝐌𝐊 π€π“πŒ

KUANTAN, 2 Oktober 2026 – Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Perancangan Pembangunan, Bahagian Perancangan Pertahanan Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM), Mejar Jeneral Omar bin Hj Dawami TUDM.

Kunjungan tersebut diadakan seusai pelaksanaan Audit Perjawatan dan Organisasi Markas Angkatan Bersama yang berlangsung pada 22 hingga 23 September serta 1 hingga 2 Oktober 2026. Sesi ini turut dihadiri oleh Ketua Staf MK AB, Mejar Jeneral Dato’ Khairul Anuar bin Abd Aziz, dan Pengarah Kanan J1, Kepten Mohd Effendy bin Mohd Shuib TLDM.

Penilaian menerusi audit ini bertujuan meneliti kesesuaian struktur organisasi serta perjawatan sedia ada agar kekal selari dengan keperluan operasi, fungsi semasa, dan hala tuju penstrukturan organisasi.

Selain itu, kunjungan hormat ini turut menjadi platform penting untuk membentangkan dapatan audit, bertukar pandangan, serta memperkukuh usaha penambahbaikan ke arah meningkatkan keberkesanan pengurusan dan kesiapsiagaan MK AB dalam mendepani tanggungjawab strategiknya.

02/10/2026

Malaysia dan Lubnan bersetuju memperkukuh kerjasama pertahanan termasuk meneroka (MoU) Kerjasama Pertahanan serta MDCP.

Sesi Audit oleh Tim Audit dari Bahagian Perancangan Pertahanan dan Pegawai Bahagian J7-PSOP ATM
01/10/2026

Sesi Audit oleh Tim Audit dari Bahagian Perancangan Pertahanan dan Pegawai Bahagian J7-PSOP ATM

Taklimat Pembukaan Audit Perjawatan PSOP MK AB oleh Pengarah PSOP; Lt Kol Mohd Shah Nizam bin Shamsudin Sempena Audit Pe...
01/10/2026

Taklimat Pembukaan Audit Perjawatan PSOP MK AB oleh Pengarah PSOP; Lt Kol Mohd Shah Nizam bin Shamsudin Sempena Audit Perjawatan MK AB

π€π”πƒπˆπ“ 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 πŽπ‘π†π€ππˆπ’π€π’πˆ 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 π’πˆπŒπ”π‹π€π’πˆ πŽπ‹π€π‡ 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 π€ππ†πŠπ€π“π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (ππ’πŽπ π€π“πŒ) ππ€π†πˆ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”KUANTAN, ...
01/10/2026

π€π”πƒπˆπ“ 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 πŽπ‘π†π€ππˆπ’π€π’πˆ 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 π’πˆπŒπ”π‹π€π’πˆ πŽπ‹π€π‡ 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 π€ππ†πŠπ€π“π€π 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (ππ’πŽπ π€π“πŒ) ππ€π†πˆ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”

KUANTAN, 1 Oktober 2026 – Tim Audit Perjawatan dan Organisasi yang diketuai oleh Yang Berbahagia Mejar Jeneral Omar bin Hj Dawami TUDM, selaku Ketua Pengarah Perancang Pembangunan, Markas ATM, Bahagian Perancangan Pertahanan, telah melaksanakan Audit Perjawatan PSOP ATM bagi menilai kesesuaian struktur organisasi dan perjawatan sedia ada agar terus selaras dengan keperluan organisasi, fungsi serta perkembangan semasa ATM.

Pelaksanaan audit turut melibatkan sesi perbincangan bersama Pengarah PSOP ATM, Lt Kol Mohd Shah Nizam bin Shamsudin, yang merangkumi aspek perjawatan, keperluan sumber manusia, fungsi dan tanggungjawab organisasi serta perkara-perkara berkaitan bagi memastikan struktur perjawatan PSOP ATM kekal relevan, efektif dan responsif terhadap keperluan semasa.

Audit Perjawatan dan Organisasi PSOP ATM ini merupakan satu platform penting dalam memperkukuh tadbir urus organisasi, pengurusan sumber manusia serta keupayaan dan kesiapsiagaan PSOP ATM. Usaha ini juga bertujuan memastikan struktur perjawatan yang dibentuk mampu menyokong pelaksanaan tugas dan tanggungjawab secara optimum serta memperkasa keupayaan PSOP ATM dalam mendukung keperluan latihan dan simulasi olah perang ATM secara berkesan.

π—£π—”π—‘π—šπ—Ÿπ—œπ— π—” π—”π—‘π—šπ—žπ—”π—§π—”π—‘ π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 π—Ÿπ—”π—žπ—¦π—”π—‘π—” π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧 π—žπ—˜π—£π—”π——π—” β€˜π—™π—’π—₯π—–π—˜ π—–π—’π— π— π—”π—‘π——π—˜π—₯’ π—¨π—‘π—œπ—™π—œπ—ŸLUBNAN, 28 September 2026 – Panglima A...
30/09/2026

π—£π—”π—‘π—šπ—Ÿπ—œπ— π—” π—”π—‘π—šπ—žπ—”π—§π—”π—‘ π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 π—Ÿπ—”π—žπ—¦π—”π—‘π—” π—žπ—¨π—‘π—π—¨π—‘π—šπ—”π—‘ 𝗛𝗒π—₯𝗠𝗔𝗧 π—žπ—˜π—£π—”π——π—” β€˜π—™π—’π—₯π—–π—˜ π—–π—’π— π— π—”π—‘π——π—˜π—₯’ π—¨π—‘π—œπ—™π—œπ—Ÿ

LUBNAN, 28 September 2026 – Panglima Angkatan Bersama (PAB), Leftenan Jeneral Dato’ Sri Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim telah mengadakan kunjungan hormat kepada Force Commander UNIFIL, Mejar Jeneral Diodato Abagnara di UNIFIL House, Beirut, bagi membincangkan situasi keselamatan di Selatan Lubnan, perkembangan operasi MALBATT 850-13 serta penyelarasan fasa peralihan dan pelan pengunduran kontinjen.

Dalam pertemuan tersebut, Force Commander UNIFIL turut menghargai komitmen dan profesionalisme warga MALBATT 850-13 sepanjang melaksanakan mandat misi pengaman PBB. Kunjungan ini mencerminkan usaha berterusan PAB dalam memperkukuh kerjasama strategik Malaysia–UNIFIL bagi memastikan fasa akhir penugasan kontinjen dilaksanakan dengan selamat, lancar dan teratur. Turut menyertai kunjungan ialah wakil Kementerian Pertahanan Malaysia, Markas Angkatan Tentera Malaysia dan MALBATT 850-13.

Address

Jalan Sg Panching
Kuantan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MyJointForce posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MyJointForce:

Shortcuts

Share