Promosi PKD Kuantan

Call Directions Contact the organization

Promosi PKD Kuantan Berita dan info terkini daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan

21 Oktober 2026 | RabuπŸŽ€πŸ’— PROGRAM PINK OKTOBER DAERAH KUANTAN 2026 πŸ’—πŸŽ€Sekitar aktiviti pada hari pertama Program Pink Okto...
21/10/2026

21 Oktober 2026 | Rabu

πŸŽ€πŸ’— PROGRAM PINK OKTOBER DAERAH KUANTAN 2026 πŸ’—πŸŽ€

Sekitar aktiviti pada hari pertama Program Pink Oktober Daerah Kuantan sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang berlangsung di Klinik Kesihatan Sungai Soi pada hari ini. Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengesanan awal kanser payudara telah dilaksanakan sepanjang hari. Antaranya:

πŸ’— Pemeriksaan klinikal payudara
πŸ’— Saringan Pap Smear dan NHSI
πŸ’— Saringan Inbody
πŸ’— Pocket Talk Kesedaran Kanser Payudara
πŸ’— Senamrobik Pink
πŸ’— Pertandingan mewarna
πŸ’— Sukan indoor dan
πŸ’— Pameran interaktif kesihatan

✨ Pengesanan awal, peluang rawatan lebih baik! Jangan tunggu sehingga ada gejala untuk mengambil berat tentang kesihatan diri. Luangkan masa untuk diri sendiri dan orang tersayang.

πŸ’– Ayuh, wanita hebat! Jaga kesihatan, sayangi diri dan tingkatkan kesedaran tentang kanser payudara. Jom hadir beramai-ramai! Kami masih di sini sehingga esokπŸ’ͺ🏻

TERBUKA kepada semua wanita berumur 40 tahun dan ke atas untuk mendapatkan tarikh temujanji segera Ujian Mammogram🌸

πŸŽ€ Bersama Kita Lawan Kanser Payudara! πŸŽ€

🌸 β€œSihat Payudara, Sejahtera Wanita” 🌸

Hospital Tengku Ampuan Afzan
Wellness Hub Kuantan
Agen MyChampion Kuantan
Jpkk Kempadang







🚨 DENDA BUKAN CARA HENTIKAN WABAK DEMAM DENGGI! 🚨21 Oktober 2026 | Rabu JANGAN TUNGGU SEHINGGA DIKENAKAN TINDAKAN, BARUL...
21/10/2026

🚨 DENDA BUKAN CARA HENTIKAN WABAK DEMAM DENGGI! 🚨
21 Oktober 2026 | Rabu

JANGAN TUNGGU SEHINGGA DIKENAKAN TINDAKAN, BARULAH MAHU BERTINDAK!

Satu operasi bersepadu pencegahan dan kawalan demam denggi telah dilaksanakan di kawasan wabak demam denggi Kampung Bahagia, Beserah, Kuantan.

Operasi ini melibatkan kerjasama pelbagai agensi, antaranya Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), SWCorp Kuantan dan Alam Flora Sdn Bhd bagi mempergiat tindakan kawalan, penguatkuasaan serta pembersihan persekitaran demi membendung penularan wabak demam denggi.

Dalam operasi tersebut, PKD Kuantan telah mengeluarkan Notis Pungutan Larva di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154) serta Notis Seksyen 8 bagi arahan pembersihan premis. Pada masa yang sama, pihak MBK turut mengeluarkan notis kacau ganggu di bawah Seksyen 82, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) terhadap premis yang berkaitan.

⚠️ INI BUKAN PERKARA REMEH!
Demam denggi boleh membawa maut. Kehadiran jentik-jentik, bekas yang menakung air dan persekitaran yang tidak terurus boleh menjadi punca pembiakan nyamuk Aedes, sekali gus meningkatkan risiko penularan wabak kepada seluruh komuniti.
Jangan salah faham! Saman bukan matlamat utama operasi ini.
Matlamat sebenar adalah untuk menghentikan pembiakan nyamuk Aedes, memutuskan rantaian penularan dan melindungi nyawa penduduk. Namun, kegagalan mematuhi arahan serta mengabaikan kebersihan premis tidak boleh dipandang ringan dan boleh mengundang tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Jangan hanya mengharapkan pihak berkuasa membersihkan kawasan anda. Setiap pemilik premis dan penduduk mempunyai tanggungjawab untuk memastikan persekitaran masing-masing bebas daripada tempat pembiakan Aedes.

βœ… Periksa dan hapuskan tempat takungan air.
βœ… Pastikan kawasan rumah dan premis sentiasa bersih.
βœ… Laksanakan aktiviti 10 Minit Cari dan Musnah setiap minggu.
βœ… Berikan kerjasama penuh kepada petugas kesihatan dan pihak berkuasa.

JANGAN TUNGGU NOTIS. JANGAN TUNGGU SAMAN. JANGAN TUNGGU WABAK MERAGUT NYAWA!

Pencegahan bermula dengan tindakan, bukan alasan. Hentikan pembiakan Aedes sebelum lebih ramai menjadi mangsa.

Tiada Aedes, Tiada Denggi. Tanggungjawab Kita, Lindungi Semua!




21 Oktober 2026 | Rabu🚨 Makluman kepada warga Kuantan dan penduduk setempat. Tambahan 1 kes Demam Denggi dilaporkan hari...
21/10/2026

21 Oktober 2026 | Rabu

🚨 Makluman kepada warga Kuantan dan penduduk setempat. Tambahan 1 kes Demam Denggi dilaporkan hari ini di kawasan Wabak Demam Denggi Kampung Peramu Lot dan menjadikan jumlah keseluruhan adalah 11 kes di kawasan tersebut.

Kes Demam Denggi masih menjadi ancaman kepada masyarakat. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mengambil langkah pencegahan bagi melindungi diri dan keluarga.

βœ… Luangkan 10 minit setiap minggu untuk mencari dan menghapuskan tempat pembiakan Aedes.
βœ… Buang bekas yang boleh menakung air.
βœ… Pastikan persekitaran rumah sentiasa bersih.
βœ… Gunakan aerosol untuk membunuh nyamuk Aedes dewasa, terutama pada waktu pagi dan lewat petang.
βœ… Jika mengalami gejala demam, sakit kepala, sakit sendi atau sakit otot, segera dapatkan pemeriksaan di klinik.

🦟 Tiada Aedes, Tiada Denggi !
πŸ’ͺ Bersama kita cegah denggi, lindungi diri dan keluarga !
🀝Hapuskan Aedes Tanggungjawab Bersama !





🌫️ STATUS JEREBU DAERAH KUANTAN πŸŒ«οΈπŸ“… 21 Oktober 2026 | Rabu | 8.00 pagi Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan ingin memaklumka...
21/10/2026

🌫️ STATUS JEREBU DAERAH KUANTAN 🌫️
πŸ“… 21 Oktober 2026 | Rabu | 8.00 pagi

Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan ingin memaklumkan bahawa Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Daerah Kuantan iaitu di Indera Mahkota kini berada pada tahap SEDERHANA, dengan bacaan IPU 86 dan SEDERHANA dengan bacaan IPU 87 di Balok Baru.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga dan menjaga kesihatan, khususnya ketika melakukan aktiviti di luar rumah.

πŸ”Ή Kurangkan aktiviti luar dan elakkan aktiviti fizikal di kawasan terbuka.
πŸ”Ή Pakai pelitup muka sekiranya perlu berada di kawasan luar.
πŸ”Ή Pastikan pengambilan air yang mencukupi bagi mengelakkan dehidrasi.
πŸ”Ή Golongan berisiko tinggi dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan menghadkan pendedahan kepada udara tercemar.

Orang ramai juga disarankan untuk sentiasa mendapatkan maklumat terkini berkaitan status kualiti udara dan mengambil tindakan sewajarnya demi menjaga kesihatan diri serta keluarga.
Jaga kesihatan, kurangkan pendedahan kepada jerebu dan sentiasa cakna terhadap kualiti udara di persekitaran anda.






20/10/2026
20/10/2026
20/10/2026
20/10/2026

[RANGKUMAN VIDEO] Aktiviti Gotong Royong Bersepadu Cegah Demam Denggi di kawasan Wabak Demam Denggi Kg Bahagia, Beserah.

BANGKIT BERSAMA, HAPUSKAN DENGGI!
Satu Komuniti, Pelbagai Agensi, Satu Tekad

Address

Kuantan
25200

Telephone

+6095659222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Promosi PKD Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Promosi PKD Kuantan:

Shortcuts

Share