14/10/2026
PROJEK PERINTIS TERNAKAN IKAN PATIN MENGGUNAKAN PELET IKAN BERASASKAN SISA NANAS MELALUI KERJASAMA LPNM DAN MAT KILAU PINE & RETREAT, TEMERLOH, PAHANG
TEMERLOH, 13 OKTOBER 2026 – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) meneruskan usaha meneroka potensi penggunaan sisa nanas melalui pelaksanaan Projek Perintis Ternakan Ikan Patin menggunakan pelet ikan berasaskan sisa nanas dengan kerjasama Mat Kilau Pine & Retreat, Temerloh, Pahang.
Program yang berlangsung pada 13 Oktober 2026 ini turut melibatkan penyerahan 1,000 ekor ikan patin bagi memulakan pelaksanaan projek perintis tersebut.
Projek ini akan dilaksanakan selama enam bulan, bermula Oktober 2026 hingga Mac 2027. Sepanjang tempoh tersebut, khidmat nasihat dan konsultasi penyelidikan akan diberikan oleh Dr. Izzah binti Mat Esa, meliputi pengumpulan data, pemantauan pertumbuhan dan tumbesaran ikan serta penyediaan laporan akhir dan perkara berkaitan.
Inisiatif ini bertujuan menilai potensi sisa nanas sebagai sumber bahan dalam penghasilan pelet ikan, sekali gus membuka ruang kepada penerokaan nilai tambah sisa nanas melalui pendekatan inovasi dan bioteknologi. Pelaksanaan projek ini juga diharap dapat menyumbang kepada usaha mengoptimumkan penggunaan sumber serta memperkukuh amalan ekonomi kitaran dalam industri nanas.
Turut hadir ialah Dr. Shuhaimi bin Mohd Noor, Pengarah Mat Kilau Pine & Retreat; Muhammad Fadzrul bin Mohd Asri, Pegawai Pemasaran Mat Kilau Pine & Retreat; Ts Elmie Adha Bin Ismail Pengarah Bahagian Pembangunan Produk Dan Bioteknologi LPNM, wakil syarikat BOD QB Brothers, Puan Khairoon Najwa binti Kamaruzaman dan Encik Iqbal bin Mohtar; Dr. Izzah binti Mat Esa selaku penyelidik; serta pegawai Bahagian Pembangunan Produk dan Bioteknologi bersama pegawai LPNM Negeri Pahang.
LPNM komited untuk terus memperluas kerjasama strategik dalam penyelidikan dan pembangunan produk berasaskan nanas bagi meneroka peluang inovasi, meningkatkan nilai tambah hasil sampingan serta menyokong kelestarian industri nanas negara.
LPNM Negeri Pahang – Peneraju Industri Nanas Malaysia