Dewan Negeri Pahang

Call Directions Contact the organization

Dewan Negeri Pahang MENYAMPAIKAN BERITA-BERITA DAN MAKLUMAT BERKENAAN DEWAN NEGERI PAHANG

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَSalam takziah diucapkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga at...
28/09/2026

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Salam takziah diucapkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga atas kembalinya ke rahmatullah Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang telah meninggal dunia pada jam 9.20 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan menempatkan beliau dalam kalangan orang yang beriman serta beramal soleh.

Al-Fatihah.

CAMERON HIGHLANDS, 09 SEPTEMBER 2026: Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Must...
09/09/2026

CAMERON HIGHLANDS, 09 SEPTEMBER 2026: Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah serta Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat mencemar duli ke Majlis Jamuan Diraja sempena Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia Tahun 2026 di Zenith Hotel, di sini, malam ini.

Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda berdua menyerikan lagi majlis yang menghimpunkan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dari seluruh negeri dalam suasana penuh istiadat dan muhibah.

Turut hadir, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail; YB Speaker Dewan Negeri Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin; YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Nazri Abu Bakar serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang.

Majlis Jamuan Diraja ini menjadi antara pengisian istimewa sempena penganjuran Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia Tahun 2026 yang berlangsung di negeri Pahang.




08/09/2026

CAMERON HIGHLANDS, 09 SEPTEMBER 2026: Montaj Majlis Makan Malam Diraja sempena Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia Tahun 2026 yang berlangsung di Zenith Hotel, Cameron Highlands, hari ini.




CAMERON HIGHLANDS, 08 SEPTEMBER 2026: Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia Tahun 2...
08/09/2026

CAMERON HIGHLANDS, 08 SEPTEMBER 2026: Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia Tahun 2026 berlangsung di Zenith Hotel, Cameron Highlands hari ini.

Persidangan ini menghimpunkan Speaker-Speaker dari seluruh negeri sebagai platform untuk memperkukuh kerjasama, bertukar pandangan serta membincangkan pelbagai perkara berkaitan institusi perundangan dan sistem demokrasi negeri.



CAMERON HIGHLANDS, 07 SEPTEMBER 2026: Para peserta Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Mal...
08/09/2026

CAMERON HIGHLANDS, 07 SEPTEMBER 2026: Para peserta Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia Tahun 2026 telah menyertai Program Lawatan ke destinasi menarik di Cameron Highlands, termasuk Mossy Forest dan BOH Tea Centre Sungai Palas.

Program lawatan tersebut memberi peluang kepada para peserta untuk mengenali keunikan alam semula jadi serta menikmati keindahan dan tarikan pelancongan yang terdapat di Cameron Highlands, di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dari seluruh negeri.





CAMERON HIGHLANDS, 8 SEPTEMBER 2026 – Majlis Perasmian Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se...
08/09/2026

CAMERON HIGHLANDS, 8 SEPTEMBER 2026 – Majlis Perasmian Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia Tahun 2026 telah berlangsung di Zenith Hotel, Cameron Highlands, hari ini.

YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail turut hadir bagi memeriahkan majlis perasmian persidangan yang menghimpunkan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dari seluruh negeri.

Persidangan ini menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama, bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman dalam usaha memperkasakan institusi perundangan serta meningkatkan keberkesanan sistem demokrasi negara.




08/09/2026

(( SIARAN LANGSUNG )) MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN SPEAKER-SPEAKER SE-MALAYSIA TAHUN 2026 OLEH YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR PAHANG.

🇲🇾 1 HARI LAGI | PERSIDANGAN SPEAKER-SPEAKER PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI SE-MALAYSIA TAHUN 2026Pahang bakal menja...
06/09/2026

🇲🇾 1 HARI LAGI | PERSIDANGAN SPEAKER-SPEAKER PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI SE-MALAYSIA TAHUN 2026

Pahang bakal menjadi tuan rumah Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia Tahun 2026 yang akan berlangsung pada 6 hingga 9 September 2026 di Cameron Highlands, Pahang.

Bertemakan “Memperteguh Institusi Legislatif: Menerajui Kemakmuran Rakyat”, persidangan ini menjadi wadah penting untuk memperkukuh peranan serta institusi legislatif dalam memastikan tadbir urus yang berkesan demi kepentingan dan kemakmuran rakyat.

📅 6–9 September 2026
📍 Cameron Highlands, Pahang



31/08/2026

SIARAN LANGSUNG SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR TAHUN 2026 DI PADANG MBK 4, KEMUNTING, KUANTAN



UCAPAN TAKZIAHSeluruh warga Dewan Negeri Pahang merafakkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada Kebawah Duli Yang Maha ...
27/08/2026

UCAPAN TAKZIAH

Seluruh warga Dewan Negeri Pahang merafakkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Pahang serta seluruh Kerabat Diraja Pahang dan warga Istana Pahang atas kemangkatan Almarhumah YAM Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Dato’ Sri Setia Hajjah Aishah binti Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah, mengampuni segala dosa dan kekhilafan serta menempatkan Almarhumah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Seluruh warga Dewan Negeri Pahang turut menzahirkan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian Almarhumah.

Al-Fatihah.




Address

BLOK A WISMA SRI
Kuantan
25503

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 17:30
Friday 08:00 - 17:30

Telephone

+6095126623

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Dewan Negeri Pahang:

Shortcuts

Share