28/10/2026
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐂𝐒𝐑 𝐓𝐕𝐄𝐓𝐌𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐔𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 × 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 (𝐘𝐀𝐒𝐀): 𝐈𝐍𝐒𝐏𝐈𝐑𝐄 & 𝐄𝐌𝐏𝐎𝐖𝐄𝐑
Pada 17 Oktober 2026, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) TVETMARA Kuantan dengan kerjasama Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) telah menganjurkan Program CSR Inspire & Empower bertempat di Dewan Ibnu Khaldun, TVETMARA Kuantan.
Program ini melibatkan seramai 150 orang pelajar Tingkatan 4 daripada 15 buah sekolah sekitar daerah Kuantan. Antara pengisian program termasuklah ceramah motivasi yang disampaikan oleh Majlis Tertinggi MPP TVETMARA Kuantan, aktiviti latihan dalam kumpulan, sesi sumbang saran (brainstorming) serta Forum TVETMARA & Future Sharing. Majlis perasmian turut dihadiri oleh Pengurus Besar YASA dan Pengarah TVETMARA Kuantan.
Program ini bertujuan membina keyakinan diri, memupuk semangat kepimpinan dan memperkasakan kemahiran insaniah dalam kalangan peserta bagi melahirkan generasi muda yang berpotensi, berdaya saing serta bersedia menghadapi cabaran masa depan.
MPP CARES — Together We Inspire, Together We Empower!