17/05/2026
Ada perjuangan seorang ibu yang jarang diceritakan.
Saat rakan-rakan lain melangkah naik ke pentas konvokesyen, dia p**a memilih untuk menangguhkan impian itu… bukan sekali, tetapi dua kali. Demi sebuah amanah yang lebih besar — melahirkan dan membesarkan seorang anak dengan penuh kasih sayang.
Bukan mudah menjadi seorang ibu.
Di sebalik senyuman, ada pengorbanan yang tidak semua orang nampak.
Kadang-kadang, seorang ibu terpaksa mendahulukan keluarga berbanding dirinya sendiri.
Penat berjaga malam, menahan sakit, mengurus emosi dan tanggungjawab — semuanya dilakukan dalam diam.
Namun bagi seorang ibu, anak adalah “ijazah kehidupan” yang paling bernilai.
Konvokesyen boleh ditangguhkan, tetapi kasih dan pengorbanan seorang ibu tidak pernah tertangguh.
Prihatin dengan perjuangan para ibu, Ameerah Indera Mahkota telah melaksanakan ziarah kasih bagi menyantuni ibu bersalin serta menyampaikan sokongan dan penghargaan buat mereka.
Kerana setiap ibu berhak dihargai, didengari dan ditemani dalam perjalanan hebat bernama motherhood. 🌷