PLANMalaysia Pahang

Call Directions Website Contact the organization

PLANMalaysia Pahang PLANMalaysia Pahang (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang)

SESI PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA PELAJAR PRAKTIKAL2 Oktober 2026 | Jumaat | Bilik Mesyuarat, PLANMalaysia Pahan...
02/10/2026

SESI PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA PELAJAR PRAKTIKAL

2 Oktober 2026 | Jumaat | Bilik Mesyuarat, PLANMalaysia Pahang, Kompleks Tun Razak

Satu sesi penyampaian sijil penghargaan dan cenderamata kepada seorang pelajar praktikal dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu Cik Nur Aqilah Nabilah binti Mohd Zahari telah berjaya menjalani latihan praktikal selama dua (2) bulan di jabatan ini. Sijil penghargaan telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah, Puan Suraya binti Haji Dahlan.

Jabatan mengucapkan selamat maju jaya di dalam pelajaran dan sukses di dalam apa jua bidang yang diceburi di masa hadapan. Jabatan mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan serta komitmen yang telah diberikan sepanjang tempoh latihan.

Bahagian Perancangan Korporat dan Lembaga Rayuan







โžก๏ธ Ikuti kami ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป Follow, Like dan Share ๐Ÿ”Š

๐Ÿ“ฒ Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=61563278041869&mibextid=ZbWKwL

๐Ÿ“ฒ Tiktok : https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8t30XIMdJhp&_r=1

๐Ÿ“ฒ Instagram : https://www.instagram.com/planmalaysia_pahang?igsh=N2I4OXBrZWdhNnB4

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐˜๐€๐ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐’๐€๐‘ ๐๐€๐‡๐€๐๐†Pengarah dan seluruh warga PLANMalaysia Pahang, dengan penuh horma...
01/10/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘๐€๐ ๐˜๐€๐ ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐’๐€๐‘ ๐๐€๐‡๐€๐๐†

Pengarah dan seluruh warga PLANMalaysia Pahang, dengan penuh hormat mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.

Semoga Allah SWT mengurniakan YAB Menteri Besar kesihatan yang berpanjangan, keteguhan serta kebijaksanaan dalam memikul amanah kepimpinan demi kemajuan negeri dan kesejahteraan seluruh rakyat Pahang.

Semoga setiap ikhtiar dan kepimpinan YAB Menteri Besar sentiasa dipermudahkan serta membuahkan kejayaan, membawa Pahang terus melangkah maju.






โžก๏ธ Ikuti kami ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป Follow, Like dan Share ๐Ÿ”Š

๐Ÿ“ฒ Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=61563278041869&mibextid=ZbWKwL

๐Ÿ“ฒ Tiktok : https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8t30XIMdJhp&_r=1

๐Ÿ“ฒ Instagram : https://www.instagram.com/planmalaysia_pahang?igsh=N2I4OXBrZWdhNnB4

NOTIS SEBUT HARGA : JPBD/PHG/05/2026Tawaran Semula Sebut Harga Bagi Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, dan Mentaul...
28/09/2026

NOTIS SEBUT HARGA : JPBD/PHG/05/2026

Tawaran Semula Sebut Harga Bagi Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, dan Mentauliah Enam (6) Unit Lesen Perisian MapInfo Pro Perpetual ke Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang

Syarikat/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam *kod bidang : 210103 atau 210104 atau 210110 adalah dipelawa untuk menyertai sebut harga ini.

Borang sebut harga boleh didapati mulai 28 September 2026 (Isnin) di Bahagian Pentadbiran, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang.

Tarikh tutup sebut harga : 12 Oktober 2026 (Isnin) jam 12.00 tengah hari.

Sebut harga yang lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat seperti berikut :

Pengarah
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang
(PLANMalaysia Pahang)
Tingkat 4, Kompleks Tun Razak (KOMTUR),
Bandar Indera Mahkota,
25200 KUANTAN
(u.p Bahagian Pentadbiran)

Sebarang pertanyaan tentang dokumen sebut harga, sila hubungi 09-5721181.

๐Ÿ†KEJOHANAN SUKAN NASIONAL PERANCANG BANDAR DAN DESA MALAYSIA KE-21 (SUKNA -21)๐Ÿ†TAHNIAH ZON TIMUR
22/09/2026

๐Ÿ†KEJOHANAN SUKAN NASIONAL PERANCANG BANDAR DAN DESA MALAYSIA KE-21 (SUKNA -21)๐Ÿ†

TAHNIAH ZON TIMUR

๐Ÿ†KEJOHANAN SUKAN NASIONAL PERANCANG BANDAR DAN DESA MALAYSIA KE-21 (SUKNA -21)๐Ÿ†TAHNIAH ZON TIMURTirai Sukan Nasional JPB...
22/09/2026

๐Ÿ†KEJOHANAN SUKAN NASIONAL PERANCANG BANDAR DAN DESA MALAYSIA KE-21 (SUKNA -21)๐Ÿ†

TAHNIAH ZON TIMUR

Tirai Sukan Nasional JPBD (SUKNA) Ke-21 Tahun 2026 di Selangor yang berlangsung dari 17 hingga 20 September 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh semangat kesukanan, ukhuwah dan kenangan manis buat seluruh kontinjen yang bertanding.

Karnival SUKNA Ke-21 secara rasminya merekodkan penyertaan keseluruhan seramai 648 orang peserta di mana Zon HQ mencatatkan penyertaan tertinggi iaitu seramai 133 orang, diikuti Zon Selatan (126 orang), Zon Timur (119 orang), Zon Utara (114 orang), Zon Tengah (109 orang), serta Zon Sabah (47) yang bersedia menggalas cabaran membanggakan kontinjen masing-masing. Kehangatan majlis pembukaan turut disemarakkan dengan kejayaan Kontinjen Zon Timur yang berjaya merangkul Anugerah Perbarisan Terbaik. Majlis ini turut disemarakkan lagi dengan kehadiran YBhg. Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama kemimpinan Ketua Jabatan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kontinjen Zon Timur berjaya memperoleh keseluruhan 10 medal seterusnya memperoleh 97 mata menerusi acara-acara berikut:

๐Ÿฅ‡ 4 Pingat Emas - Takraw, Badminton, Bola Jaring, Olahraga

๐Ÿฅˆ 5 Pingat Perak - Bola Tampar (L), futsal (P), karom, bola sepak, tarik tali (680kg)

๐Ÿฅ‰ 1 Pingat Gangsa - Tarik Tali Freeweight

Pencapaian ini merupakan satu detik bersejarah buat Kontinjen Zon Timur apabila berjaya memecahkan rekod pencapaian terbaik sepanjang penyertaan kontinjen dalam SUKNA! Kejayaan ini membuktikan semangat juang, komitmen, kesungguhan dan kerjasama berpasukan yang tinggi dalam kalangan atlet serta seluruh warga Zon Timur.

Kemuncak majlis menyaksikan Zon Ibu Pejabat dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan SUKNA-21, di samping pengumuman Anugerah Olahragawan Terbaik SUKNA-21 dinobatkan kepada Encik Mohammad Tajudin bin Roslani daripada Kontinjen Zon Tengah manakala Olahragawati Terbaik dinobatkan kepada Puan Airma Ayusneda binti Ibrahim daripada Kontinjen Zon Ibu Pejabat bagi edisi kali ini.

Majlis turut diisi dengan upacara penyerahan bendera kejohanan kepada PLANMalaysia Pulau Pinang selaku tuan rumah bagi SUKNA Edisi Ke-22 kelak. Semoga peluang beraksi di bumi Zon Utara menjadi pembakar semangat baharu untuk terus melakar kejayaan, memperkukuh prestasi dan mencipta lebih banyak detik gemilang

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua atlet, jurulatih, pengurus pasukan serta seluruh pihak yang telah memberikan sokongan dan komitmen sepanjang kejohanan berlangsung. Setiap usaha, pengorbanan dan semangat yang ditunjukkan menjadi sebahagian daripada kejayaan yang amat bermakna ini.

Kejayaan Bersama, Semangat Juara! ๐Ÿ”ฅ

โžก๏ธ Ikuti kami ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป Follow, Like dan Share ๐Ÿ”Š

๐Ÿ“ฒ Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=61563278041869&mibextid=ZbWKwL

๐Ÿ“ฒ Tiktok : https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8t30XIMdJhp&_r=1

๐Ÿ“ฒ Instagram : https://www.instagram.com/planmalaysia_pahang?igsh=N2I4OXBrZWdhNnB4

16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ง๐—ขโ€™ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—›  ๐—ž๐—ฒ๐—ท๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฒ๐˜€๐—ฎ (๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—ก๐—” ๐—ซ๐—ซ๐—œ)  ๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ฃ๐˜‚๐˜๐—ฟ๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ...
16/09/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ง๐—ขโ€™ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—›
๐—ž๐—ฒ๐—ท๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฒ๐˜€๐—ฎ (๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—ก๐—” ๐—ซ๐—ซ๐—œ)
๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ฃ๐˜‚๐˜๐—ฟ๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ, ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด
๐Ÿญ๐Ÿณ โ€“ ๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

14 September 2026 | 2 Rabiulakhir 1448H | Bilik Mesyuarat PLANMalaysia Pahang

Majlis Amanat telah disampaikan oleh YH Datoโ€™ TPr Hajah Nik Noraisu binti Nik Ibrahim, DIMP., AMP., Pengarah PLANMalaysia Pahang kepada kontinjen Negeri Pahang untuk ke SUKNA XXI. Beliau menekankan kepentingan disiplin, semangat juang, serta komitmen berpasukan sebagai asas kejayaan kontinjen dalam kejohanan.

Majlis ini turut menjadi wadah penghargaan kepada semua atlet dan pegawai kontinjen atas persiapan rapi serta dedikasi yang ditunjukkan. Semoga kata-kata semangat yang diberikan menjadi pendorong kepada kontinjen Zon Timur untuk mencapai kecemerlangan sepanjang kejohanan berlangsung.

"Tradisi Disulami, Semangat Disatukan"
Zon Timur- Boleh ๐Ÿ’ช๐Ÿผ๐Ÿ’ช๐Ÿผ๐Ÿ’ช๐Ÿผ

โžก๏ธ Ikuti kami ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป Follow, Like dan Share ๐Ÿ”Š

๐Ÿ“ฒ Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=61563278041869&mibextid=ZbWKwL

๐Ÿ“ฒ Tiktok : https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8t30XIMdJhp&_r=1

๐Ÿ“ฒ Instagram : https://www.instagram.com/planmalaysia_pahang?igsh=N2I4OXBrZWdhNnB4

โ€œSELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 2026โ€Hari Malaysia mengigatkan kita bahawa kekuatan Malaysia lahir daripada perpadua...
15/09/2026

โ€œSELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ 2026โ€

Hari Malaysia mengigatkan kita bahawa kekuatan Malaysia lahir daripada perpaduan dalam kepelbagaian kaum, etnik, agama, bangsa dan budaya yang hidup bersama sebagai satu warganegara.

Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 adalah sebuah sejarah besar yang menyatukan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dalam sebuah negara berdaulat. Perbezaan tidak pernah menjadi kelemahan, sebaliknya menjadi kekuatan yang membentuk identiti Malaysia.

Marilah kita bersama sama memelihara keamanan, menghormati perbezaan dan memperkukuhkan perpaduan diantara kita. Kerana Malaysia akan berdiri kuat apabila kita berdiri bersama sebagai satu keluarga besar.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Hari Malaysia 2026 !

Ikhlas daripada Pengarah dan Warga Kerja PLANMalaysia Pahang.










โžก๏ธ Ikuti kami ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป Follow, Like dan Share ๐Ÿ”Š

๐Ÿ“ฒ Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=61563278041869&mibextid=ZbWKwL

๐Ÿ“ฒ Tiktok : https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8t30XIMdJhp&_r=1

๐Ÿ“ฒ Instagram : https://www.instagram.com/planmalaysia_pahang?igsh=N2I4OXBrZWdhNnB4

15/09/2026
KUNJUNG HORMAT PENGARAH BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI PAHANG KE PLANMALAYSIA PAHANG14 September 2026 | 2 Rabiulakhir 1448H...
15/09/2026

KUNJUNG HORMAT PENGARAH BOMBA DAN PENYELAMAT NEGERI PAHANG KE PLANMALAYSIA PAHANG

14 September 2026 | 2 Rabiulakhir 1448H | PLANMalaysia Pahang, Tingkat 4, Kompleks Tun Razak

PLANMalaysia Pahang telah menerima kunjungan hormat daripada Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang yang diketuai oleh YS PKPjB Dato' Mohd Razam bin Taja Rahim, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang, PPgB Mohd Fazli Hisham bin Che Yaacob, Pegawai Pembangunan
dan PPgB Zulfadli bin Zakaria, PRO Jabatan.

Kehadiran mereka disantuni oleh YH Dato' TPr Hajah Nik Noraisu binti Nik Ibrahim, DIMP., Pengarah PLANMalaysia Pahang.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengukuhkan jalinan kerjasama di antara profesion perancang bandar dan Jabatan JBPM Negeri Pahang khususnya dalam menyumbang pembanguan yang lebih selamat, lestari, teratur dan berdaya maju serta memperkukuhkan kerjasama serta perhubungan kearah perancangan pembangunan yang menyumbang kepada kemakmuran negara, kesejahteraan penduduk dan kelestarian alam sekitar.

Jabatan merakamkan penghargaan kepada Jabatan JBPM Negeri Pahang atas kesudian mengadakan kunjungan hormat ini dan semoga silaturahim yang telah terjalin ini dapat diteruskan pada masa akan datang.







โžก๏ธ Ikuti kami ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป Follow, Like dan Share ๐Ÿ”Š

๐Ÿ“ฒ Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=61563278041869&mibextid=ZbWKwL

๐Ÿ“ฒ Tiktok : https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8t30XIMdJhp&_r=1

๐Ÿ“ฒ Instagram : https://www.instagram.com/planmalaysia_pahang?igsh=N2I4OXBrZWdhNnB4

Address

Tingkat 4, Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota
Kuantan
25990

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6095722181

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PLANMalaysia Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PLANMalaysia Pahang:

Shortcuts

Share