Jabatan Kehakiman Syariah Pahang

Call Directions Website Contact the organization

Jabatan Kehakiman Syariah Pahang Selamat Datang Ke : Facebook Rasmi Jabatan Kehakiman Syariah Pahang (JKSP). Hubungi :
Tel : 09-531 8666
Faks : 09- 531 8747 / 8737
Emel : [email protected]

Web Rasmi : https://jksp.pahang.gov.my

Dapatkan Juga Borang Pendaftaran Kes Mahkamah Syariah Pahang di Group Rasmi FB JKSP :

https://www.facebook.com/groups/739059530889030 Penafian : Jabatan Kehakiman Syariah Pahang dan Kerajaan Malaysia adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam Laman Facebook ini. Laman ini digunakan sebagai salah satu media penyampaian maklumat di antara JKSP dan orang awam. Maklumat dan aduan yang ingin disampaikan mengandungi isi kandungan yang berkaitan dan dilarang mengandungi:

a) Iklan perkhidmatan pihak luar
b) Isu sensitif
c) Perkara yang tiada kaitan dengan perkhidmatan agensi
d) Kenyataan yang boleh menjejaskan imej kerajaan Sebarang aduan atau cadangan kepada Jabatan Kehakiman Syariah Pahang sila gunakan saluran email [email protected] atau melalui ruangan Aduan/ Maklumbalas di dalam laman web rasmi JKSP, https://jksp.pahang.gov.my bagi memastikan aduan/ maklumbalas orang awam diambil oleh tindakan pihak yang lebih tepat. Adalah dimaklumkan juga bahawa semua page Facebook diatas nama Mahkamah Tinggi/ Rendah Syariah Daerah di seluruh negeri Pahang bukanlah dibuat oleh Jabatan Kehakiman Syariah Pahang dan Jabatan ini tidak bertanggungjawab ke atas sebarang maklumat yang diedarkan melalui laman Facebook tersebut. Para pelanggan yang dihormati dinasihatkan tidak terpengaruh dengan akaun Facebook tersebut. Sila rujuk di Laman Facebook Rasmi JKSP di facebook.com/jabatankehakimansyariahpahang atau di laman web rasmi kami di link http//jksp.pahang.gov.my untuk sebarang makluman. Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya pihak terbabit ingkar dengan arahan ini.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘,๐—ฌ๐—”๐—” ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น ๐—ช๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ฑ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—”๐—ฏ๐˜‚ ๐—›๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—›๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐—บ ๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด!Seluruh warga Jabatan ...
19/09/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘,
๐—ฌ๐—”๐—” ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น ๐—ช๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ฑ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—”๐—ฏ๐˜‚ ๐—›๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ฎ๐—ป
๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—›๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐—บ ๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด!

Seluruh warga Jabatan Kehakiman Syariah Pahang mengucapkan selamat menyambut hari kelahiran buat YAA Datoโ€™. Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, keberkatan usia, rezeki yang melimpah serta kekuatan dalam meneruskan amanah dan tanggungjawab.

Semoga terus menjadi pemimpin yang dihormati, disegani dan menjadi teladan kepada seluruh warga jabatan.

Ikhlas daripada seluruh warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Pahang.

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐€๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐๐”๐ƒ๐ˆ, ๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐†๐€๐ˆ ๐‰๐€๐’๐€ ๐“๐ˆ๐†๐€ ๐๐€๐๐„๐‹ ๐‡๐€๐Š๐ˆ๐Œ ๐Œ๐€๐‡๐Š๐€๐Œ๐€๐‡ ๐‘๐€๐˜๐”๐€๐ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐€๐‡ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐‡๐€๐๐†---๐—ž๐—จ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก, ๐Ÿญ๐Ÿณ...
18/09/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐€๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐๐”๐ƒ๐ˆ, ๐’๐„๐Œ๐€๐‘๐€๐Š ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐†๐€๐ˆ ๐‰๐€๐’๐€ ๐“๐ˆ๐†๐€ ๐๐€๐๐„๐‹ ๐‡๐€๐Š๐ˆ๐Œ ๐Œ๐€๐‡๐Š๐€๐Œ๐€๐‡ ๐‘๐€๐˜๐”๐€๐ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐€๐‡ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐‡๐€๐๐†
---

๐—ž๐—จ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก, ๐Ÿญ๐Ÿณ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“Majlis ๐—ฆ๐—ฎ๐—ป๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—•๐˜‚๐—ฑ๐—ถ, ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ ๐—ž๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป telah berlangsung dengan penuh bermakna bagi meraikan dan menghargai jasa tiga orang Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Pahang, iaitu ๐—ฌ๐—” ๐——๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‡๐—ถ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—”๐—ฏ๐—ฑ ๐—Ÿ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ณ, ๐—ฌ๐—” ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ ๐—ฆ๐—ต๐˜‚๐—ธ๐—ผ๐—ฟ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ฑ๐—ถ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฌ๐—” ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—ช๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ ๐—ญ๐—ฎ๐—ธ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—ช๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ.

Majlis yang berlangsung pada jam ๐Ÿฏ.๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ ๐—›๐—ผ๐˜๐—ฒ๐—น ๐— ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ ๐—ฉ๐—ถ๐—ฒ๐˜„, ๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป itu dihadiri oleh YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang, Datoโ€™ Haji Abdul Walid bin Haji Abu Hassan, Puan Hajah Noor Hadina binti Ahmad Zabidi, Datoโ€™ Haji Muhammad Azhari bin Abd Rahman, Tuan Haji Borhan bin Hussin, Pegawai - pegawai Penyelidik JKSM dan beberapa pegawai lain sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, bakti dan sumbangan ketiga-tiga Yang Arif sepanjang menjalankan amanah sebagai anggota Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Pahang.

Sepanjang tempoh perkhidmatan, ketiga-tiga Yang Arif telah memberikan sumbangan melalui pengalaman dan ilmu dalam bidang kehakiman Syariah serta bersama-sama memainkan peranan dalam memastikan proses penghakiman dan pentadbiran keadilan Syariah dilaksanakan dengan penuh amanah dan integriti.

Semoga ๐—ฌ๐—” ๐——๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฑ๐˜‡๐—ถ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—”๐—ฏ๐—ฑ ๐—Ÿ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ณ, ๐—ฌ๐—” ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ ๐—ฆ๐—ต๐˜‚๐—ธ๐—ผ๐—ฟ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ฑ๐—ถ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฌ๐—” ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—ช๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ ๐—ญ๐—ฎ๐—ธ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—ช๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ผ๐—ต๐—ฑ sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus diberikan keberkatan dan kesejahteraan dalam meneruskan perjalanan kehidupan selepas menamatkan khidmat sebagai anggota panel berkenaan.

โ€œ๐—•๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ถ, ๐—œ๐—น๐—บ๐˜‚ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ฟ๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ ๐—›๐—ฎ๐˜๐—ถ.โ€

๐—ฆ๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐—ต ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐—ฎ๐—ป, ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐˜‚๐˜๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป.

๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐ƒ๐€๐๐†๐€๐ ๐Œ๐€๐‡๐Š๐€๐Œ๐€๐‡ ๐‘๐€๐˜๐”๐€๐ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐€๐‡ ๐๐€๐‡๐€๐๐† ๐๐ˆ๐‹ ๐Ÿฑ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Œ๐€๐‡๐Š๐€๐Œ๐€๐‡ ๐‘๐€๐˜๐”๐€๐ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐€๐‡ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐‡๐€๐๐†๐Ÿ“† 18.09.2026 / 06 ๐˜™๐˜ข๐˜ฃ๐˜ช๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ณ ...
18/09/2026

๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐ƒ๐€๐๐†๐€๐ ๐Œ๐€๐‡๐Š๐€๐Œ๐€๐‡ ๐‘๐€๐˜๐”๐€๐ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐€๐‡ ๐๐€๐‡๐€๐๐† ๐๐ˆ๐‹ ๐Ÿฑ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐Œ๐€๐‡๐Š๐€๐Œ๐€๐‡ ๐‘๐€๐˜๐”๐€๐ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐€๐‡ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐‡๐€๐๐†
๐Ÿ“† 18.09.2026 / 06 ๐˜™๐˜ข๐˜ฃ๐˜ช๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ณ 1448๐˜ (๐˜‘๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ข๐˜ต)
โฐ ๐˜‘๐˜ข๐˜ฎ 9.00 ๐˜—๐˜ต๐˜จ.
---

Bertempat di Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah, Jabatan Kehakiman Syariah Pahang, Bandar Indera Mahkota, Kuantan telah berlangsungnya pendengaran sidang rayuan di Dewan Bicara, Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Pahang, Aras 3.

Bagi sidang pertama, telah dipengerusikan oleh YAA. Datoโ€™ Haji Abdul Walid bin Haji Abu Hassan, Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang bersama dua panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang lain iaitu YA. Datuk Haji Mohd Radzi bin Haji Abd Latif dan YA. Puan Hajah Noor Hadina binti Ahmad Zabidi.

Manakala, untuk sidang kedua p**a telah dipengerusikan oleh YAA. Datoโ€™ Haji Abdul Walid bin Haji Abu Hassan, Ketua Hakim Syarie Pahang bersama dua panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang lain iaitu YA. Puan Hajah Noor Hadina binti Ahmad Zabidi dan YA. Datoโ€™ Haji Wan Mohd Zakri bin Wan Mohd.

Sidang ketiga p**a telah dipengerusikan oleh YAA. Datoโ€™ Haji Abdul Walid bin Haji Abu Hassan, Ketua Hakim Syarie Pahang bersama dua panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang lain iaitu YA. Puan Hajah Noor Hadina binti Ahmad Zabidi dan YA. Datoโ€™ Haji Mohd Shukor bin Sabudin.

Sebanyak 10 Kes telah didengar pada hari ini melibatkan Rayuan Mal antaranya kes Harta Sepencarian, Pengesahan Hibah dan beberapa kes semakan. Selain itu juga terdapat dua Permohonan Kebenaran Merayu bagi Kes Jenayah Syariah.

๐—ช๐—”๐—–๐—”๐—ก๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—•๐—œ๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—š๐—จ๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—”๐—›---Jabatan Bantuan Guaman Negeri Pahang telah mengadakan Wacana Perl...
17/09/2026

๐—ช๐—”๐—–๐—”๐—ก๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—•๐—œ๐——๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—š๐—จ๐—”๐— ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—”๐—›
---

Jabatan Bantuan Guaman Negeri Pahang telah mengadakan Wacana Perluasan Bidang Kuasa Bantuan Guaman Syariah yang memberi fokus kepada perbincangan yang menyentuh perluasan ruang lingkup bantuan guaman Syariah di bawah kerangka Akta Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2026 [Akta 878], serta kepentingannya dalam memperkukuh akses masyarakat kepada bantuan guaman dan keadilan.

Wacana ini menampilkan Yang Arif Tuan Ahmad Zaim bin Mohamed Hassim, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pahang sebagai panel yang turut berkongsi pandangan serta pengalaman berkaitan kepentingan mendapatkan pengesahan Mahkamah Syariah, isu dan kekeliruan yang sering timbul dalam kalangan masyarakat serta aspek yang perlu diberikan perhatian dalam prosiding berkaitan.

Selain itu, wacana ini memberi penekanan terhadap peranan pengamal undang-undang, kerjasama antara Mahkamah Syariah, Jabatan Bantuan Guaman, Jabatan Agama Islam Negeri dan agensi berkaitan dalam membantu masyarakat mendapatkan penyelesaian melalui saluran yang tepat.

Program diakhiri dengan sesi soal jawab bersama para peserta yang membuka ruang kepada perkongsian dan penjelasan lanjut mengenai isu-isu Syariah yang dibincangkan.

Semoga penganjuran wacana ini dapat meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan mendapatkan nasihat dan bantuan guaman yang sewajarnya serta memperkukuh kesedaran terhadap peranan institusi berkaitan dalam memastikan akses kepada keadilan Syariah.



๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”---Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh ra...
15/09/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
---

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita terus menyemarakkan semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan, serta menghargai kepelbagaian yang menjadi kekuatan negara tercinta.

Malaysia, milik kita bersama.
Bersatu dalam kepelbagaian, teguh demi masa depan.

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐Š๐–๐€๐€๐ ๐’๐˜๐€๐‘โ€™๐ˆ๐„ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐๐‘๐”๐๐„๐ˆ ๐ƒ๐€๐‘๐”๐’๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Š๐„ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‡๐€๐Š๐ˆ๐Œ๐€๐ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐€๐‡ ๐๐€๐‡๐€๐๐†๐Š๐”๐€๐๐“๐€๐, ๐Ÿ– ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›...
10/09/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐Š๐–๐€๐€๐ ๐’๐˜๐€๐‘โ€™๐ˆ๐„ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐๐‘๐”๐๐„๐ˆ ๐ƒ๐€๐‘๐”๐’๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Š๐„ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‡๐€๐Š๐ˆ๐Œ๐€๐ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐€๐‡ ๐๐€๐‡๐€๐๐†

๐Š๐”๐€๐๐“๐€๐, ๐Ÿ– ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Jabatan Kehakiman Syariah Pahang (JKSP) telah menerima kunjungan delegasi daripada Bahagian Pendakwaan Syarโ€™ie, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam dalam satu lawatan kerja yang diadakan di Jabatan Kehakiman Syariah Pahang.

Lawatan tersebut melibatkan 8 orang delegasi yang diketuai oleh Pemangku Ketua Pendakwa Syarโ€™ie, YM Dayang Hajah Hadiyati binti Haji Abdul Hadi dan disertai enam orang Pendakwa Syarโ€™ie daripada Bahagian Pendakwaan Syarโ€™ie serta seorang Pegawai Penguatkuasa Ugama daripada Bahagian Penguatkuasaan Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Lawatan kerja ini bertujuan memperkukuh kerjasama profesional antara kedua-dua agensi, khususnya dalam bidang pengendalian kes-kes jenayah syariah.

Antara perkara yang dikongsikan ialah sistem pengurusan kes Mahkamah, pemfailan dan pengurusan dokumen secara digital, penjadualan prosiding dan pemantauan kes, integrasi dan penyelarasan dengan pihak pendakwaan serta penguatkuasaan, serta pendigitalan rekod dan pengurusan data kes. Delegasi turut diberikan demonstrasi penggunaan sistem digital dalam pengendalian prosiding dan pengurusan kes.

Lawatan ini turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak berkongsi pengalaman, termasuk cabaran dalam pengendalian prosiding kes sensitif, penilaian keterangan dan pembuktian, pengendalian pengakuan dan keterangan saksi, pengurusan kerahsiaan dan sensitiviti kes serta isu-isu praktikal semasa perbicaraan.

Sesi dialog profesional dua hala dan soal jawab turut diadakan bagi membolehkan kedua-dua pihak bertukar pandangan, pengalaman serta amalan dalam aspek kehakiman, pendakwaan dan pengurusan kes jenayah syariah.

Diharapkan lawatan kerja ini dapat terus memperkukuh hubungan dan jaringan kerjasama antara Jabatan Kehakiman Syariah Pahang dengan Bahagian Pendakwaan Syarโ€™ie, Negara Brunei Darussalam.

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐‹๐ˆ๐๐€๐“ ๐”๐‘๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐ƒ๐€๐€๐ ๐„๐๐€๐Š๐Œ๐„๐-๐„๐๐€๐Š๐Œ๐„๐ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐€๐‡ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐‡๐€๐๐† ๐๐ˆ๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐Ÿ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”---๐—ž๐—จ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก, ๐Ÿฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ J...
04/09/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐‹๐ˆ๐๐€๐“ ๐”๐‘๐”๐’ ๐๐ˆ๐๐ƒ๐€๐€๐ ๐„๐๐€๐Š๐Œ๐„๐-๐„๐๐€๐Š๐Œ๐„๐ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐€๐‡ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐‡๐€๐๐† ๐๐ˆ๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐Ÿ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
---

๐—ž๐—จ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก, ๐Ÿฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Jabatan Kehakiman Syariah Pahang (JKSP) telah mengadakan ๐— ๐—ฒ๐˜€๐˜†๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—Ÿ๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐—ฃ๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—˜๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—บ๐—ฒ๐—ป-๐—˜๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—บ๐—ฒ๐—ป ๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ต ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—•๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐Ÿญ ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4, Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah, Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh ๐—ฌ๐—”๐—” ๐—ž๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—ฎ ๐—›๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐—บ ๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด, ๐——๐—ฎ๐˜๐—ผโ€™ ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—”๐—ฏ๐—ฑ๐˜‚๐—น ๐—ช๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ฑ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—”๐—ฏ๐˜‚ ๐—›๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ฎ๐—ป, telah memberi tumpuan kepada pembentangan serta perbincangan berkaitan cadangan pindaan terhadap beberapa enakmen negeri yang berkaitan dengan pentadbiran dan pelaksanaan undang-undang Syariah di Pahang.

Antara enakmen yang dibincangkan ialah ๐—˜๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—บ๐—ฒ๐—ป ๐—จ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด-๐˜‚๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ž๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฑ, ๐—˜๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—บ๐—ฒ๐—ป ๐—ง๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—น ๐— ๐—ฎ๐—ต๐—ธ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ต ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฎ, ๐—˜๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—บ๐—ฒ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ต ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿญ๐Ÿฏ dan ๐—˜๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—บ๐—ฒ๐—ป ๐—ง๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ต ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฎ.

Mesyuarat ini turut melibatkan beberapa jabatan berkaitan, antaranya ๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ต๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด, ๐—ฃ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜ ๐—จ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด-๐—จ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด, ๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ด๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด, ๐—ž๐—ผ๐—ฟ ๐—”๐—ด๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—”๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ, ๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ dan ๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐˜„๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด, selaras dengan perkara dan bidang kuasa yang berkaitan dengan setiap enakmen yang dibincangkan.

Perbincangan berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜‚๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด-๐˜‚๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด agar sentiasa relevan dengan keperluan semasa serta dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Mesyuarat telah dimulakan dengan ucapan oleh YAA Ketua Hakim Syarie Pahang, diikuti ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐˜€ ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—บ๐—ฒ๐—ป, perbincangan perkara-perkara lain dan seterusnya penutup.

Penganjuran mesyuarat libat urus ini mencerminkan komitmen berterusan JKSP dalam memperkukuh kerjasama antara agensi serta memastikan proses penambahbaikan perundangan Syariah di Negeri Pahang dilaksanakan secara teratur dan menyeluruh.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ—---Ketua Hakim Syarie serta seluruh warga Jabatan Kehakiman Syariah Pahang menguc...
30/08/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐Š๐„-๐Ÿ”๐Ÿ—
---

Ketua Hakim Syarie serta seluruh warga Jabatan Kehakiman Syariah Pahang mengucapkan ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ-๐Ÿฒ๐Ÿต kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, menghargai erti kemerdekaan serta memperkukuh perpaduan demi membina sebuah negara yang aman, harmoni dan sejahtera.

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam menjunjung kedaulatan negara, memperkukuh integriti serta memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat dan negara.

๐™ˆ๐™–๐™ก๐™–๐™ฎ๐™จ๐™ž๐™– ๐™ˆ๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‰๐™„: ๐™†๐™š๐™จ๐™š๐™Ÿ๐™–๐™๐™ฉ๐™š๐™ง๐™–๐™–๐™ฃ ๐˜ฟ๐™ž๐™ฃ๐™ž๐™ ๐™ข๐™–๐™ฉ๐™ž

๐‘ด๐‘ฌ๐‘น๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘จ!
๐‘ด๐‘ฌ๐‘น๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘จ!
๐‘ด๐‘ฌ๐‘น๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘จ!





๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐ˆ๐๐ƒ๐€๐€๐ ๐”๐๐ƒ๐€๐๐†-๐”๐๐ƒ๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Š๐„๐’๐„๐‘๐€๐†๐€๐Œ๐€๐ ๐“๐€๐“๐€๐‚๐€๐‘๐€ ๐Œ๐€๐‹ ๐Œ๐€๐‡๐Š๐€๐Œ๐€๐‡ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐€๐‡---KUALA TERENGGANU, 26 Ogos 2026 โ€“ Jaba...
29/08/2026

๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐ˆ๐๐ƒ๐€๐€๐ ๐”๐๐ƒ๐€๐๐†-๐”๐๐ƒ๐€๐๐† ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐Š๐„๐’๐„๐‘๐€๐†๐€๐Œ๐€๐ ๐“๐€๐“๐€๐‚๐€๐‘๐€ ๐Œ๐€๐‹ ๐Œ๐€๐‡๐Š๐€๐Œ๐€๐‡ ๐’๐˜๐€๐‘๐ˆ๐€๐‡
---

KUALA TERENGGANU, 26 Ogos 2026 โ€“ Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKSTR) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menganjurkan Bengkel Pindaan Undang-Undang โ€œEnakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 20XXโ€ dan Pengurusan Mahkamah Utama Syariah yang berlangsung pada 26 dan 27 Ogos 2026 bertempat di The Grand Puteri Hotel, Kuala Terengganu, Terengganu.
Jabatan Kehakiman Syariah Pahang juga turut menyertai bengkel ini yang diketuai oleh YAA Ketua Hakim Syarie, Datoโ€™ Haji Abdul Walid bin Haji Abu Hassan bersama empat orang pegawai iaitu Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Rompin, Tuan Mohd Mustaqim bin Nordin, Pegawai Penyelidik Ketua Hakim Syarie, Puan Raihaanah binti Omar @ Md Salleh, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Tuan Aufa bin Mohamed Saballah, dan Penolong Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Puan Wan Filzah Atiqah binti Wan Firdaus.
Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini memberi tumpuan kepada usaha memperkemas dan menyelaras peruntukan undang-undang berkaitan tatacara mal Mahkamah Syariah serta perancangan pengurusan Mahkamah Utama Syariah.
Antara perkara utama yang dibincangkan ialah semakan terhadap Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001 dan enakmen-enakmen lain yang berkaitan. Perbincangan turut memberi fokus kepada cadangan pindaan serta penyediaan gerak kerja bagi pengurusan Mahkamah Utama Syariah selaras dengan pindaan undang-undang yang sedang dilaksanakan.
Bengkel ini turut melibatkan penyertaan daripada Jabatan Kehakiman Syariah Pahang, Jabatan Kehakiman Syariah Kedah dan Jabatan Kehakiman Syariah Perak, sekali gus mencerminkan komitmen bersama antara negeri dalam memperkukuh kerjasama strategik dan menyelaras perundangan Syariah.

๐’๐€๐“๐” ๐‡๐€๐“๐ˆ, ๐’๐€๐“๐” ๐’๐„๐‹๐€๐–๐€๐“! ๐Š๐Ž๐๐“๐ˆ๐๐‰๐„๐ ๐‰๐Š๐’๐ ๐’๐„๐‘๐ˆ๐Š๐€๐ ๐๐„๐‘๐€๐‘๐€๐Š๐€๐ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐‡๐€๐๐† ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”25 ๐˜–๐˜จ๐˜ฐ๐˜ด 2026  (12 ๐˜™...
26/08/2026

๐’๐€๐“๐” ๐‡๐€๐“๐ˆ, ๐’๐€๐“๐” ๐’๐„๐‹๐€๐–๐€๐“! ๐Š๐Ž๐๐“๐ˆ๐๐‰๐„๐ ๐‰๐Š๐’๐ ๐’๐„๐‘๐ˆ๐Š๐€๐ ๐๐„๐‘๐€๐‘๐€๐Š๐€๐ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐€๐‡๐€๐๐† ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
25 ๐˜–๐˜จ๐˜ฐ๐˜ด 2026 (12 ๐˜™๐˜ข๐˜ฃ๐˜ช'๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ญ 1448)
@ ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‰๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ ๐˜‹๐˜ช๐˜ณ๐˜ข๐˜ซ๐˜ข
---

Kontinjen Jabatan Kehakiman Syariah Pahang (JKSP) yang dianggotai seramai 30 orang warga kerja telah menyertai Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang Bagi Tahun 2026.

Penyertaan ini merupakan manifestsasi rasa kasih, rindu dan penghormatan setinggi-tingginya terhadap Baginda Rasulullah SAW, di samping mendatangkan keberkatan dalam melaksanakan amanah serta perkhidmatan kehakiman syariah di negeri Pahang.

Melalui perarakan ini, warga JKSP berdiri teguh menzahirkan perpaduan, disiplin yang tinggi dan iltizam untuk sentiasa menteladani sunnah serta akhlak mulia Nabi Muhammad SAW dalam setiap aspek kehidupan dan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Semoga alunan selawat dan ikhtiar kecil ini menjadi asbab ganjaran pahala yang berterusan serta memperkukuh ukhuwah sesama warga kerja.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู



Tambahan dari Lensa JAIP : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1525016079656362&type=3

Address

JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PAHANG Kompleks Syariah Al-Sultan Abdullah Bandar Indera Mahkota
Kuantan
25200

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Telephone

+6095318666

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kehakiman Syariah Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Kehakiman Syariah Pahang:

Shortcuts

Share