23/08/2026
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐔𝐒𝐊𝐎𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟔
Imbasan kenangan / throw back corat coret Program PLTKK dan Santuni Madani pada 17 Ogos 2026( Isnin).
Alhamdulillah Penganjuran PLTKK kali ini bertempat di Sekolah Kebangsaan (FELDA) Bukit Damar Lanchang dan dirasmikan sendiri oleh YBhg. Dato’ Sri Khairul Dzaimee bin Daud, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Ia adalah kali ketiga sejak 2024 serta cukup istimewa dan signifikan buat YBhg. Dato’ Sri KSU KUSKOP kerana Lanchang Pahang merupakan kampung halaman dan negeri kelahiran beliau. Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan potensi kampung, memperkasa keupayaan masyarakat serta mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat melalui konsep “Satu Pemimpin, Satu Kampung”.
Aturcara dimulakan dengan Program Latihan Tapak dan Khidmat Komuniti (PLTKK) anjuran Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) Cawangan Negeri Pahang yang melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan astaka dan pagar sekolah bagi memberi keselesaan pelajar menjalankan aktiviti di padang.
Bagai sireh p**ang ke gagang, YBhg. Dato’ Sri KSU p**ang ke tanah kelahiran bersama team KUSKOP dan agensi, membawa manfaat untuk dikongsi bersama ❤️
Antara inisiatif dan sumbangan lain yang turut disampaikan:
🎒 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐜𝐤 𝐭𝐨 𝐒𝐜𝐡𝐨𝐨𝐥 & 𝐀𝐬𝐧𝐚𝐟
Yayasan Bank Rakyat menyerahkan sumbangan kelengkapan sekolah kepada 228 orang pelajar sekolah dan prasekolah, selain bantuan asnaf kepada 22 penerima dengan jumlah keseluruhan RM3,300.
⛺ 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐞𝐦𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐣𝐚𝐣𝐚
Sebanyak 18 peniaga menerima sumbangan khemah penjaja daripada Majlis Perbandaran Temerloh menerusi tajaan Bank Rakyat.
🍱 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐤𝐮𝐥 𝐌𝐚𝐤𝐚𝐧𝐚𝐧
TEKUN Nasional menyampaikan bakul makanan kepada 60 keluarga terpilih.
🛍️ 𝐇𝐚𝐩𝐩𝐲 𝐇𝐨𝐮𝐫 𝐉𝐮𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢
Suruhanjaya Koperasi Malaysia turut menyediakan tawaran istimewa dengan potongan harga sehingga 30%.
Turut hadir, YH Dato’ Ridzuan Hazimin Ramli, Penyelaras DUN Lanchang; YBhg. Datuk Saidatu Akhma binti Hassan, TKSU (P) KUSKOP; YBrs. Encik Mohamad Shiblie bin Abg Sapuan, Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional; YBrs. Encik Mohammad Ferdaus Muhammad Sharoni, Pengurus Yayasan Bank Rakyat; serta pegawai-pegawai kanan KUSKOP dan wakil-wakil agensi.
Teruja dengan semangat dan jati diri YBhg Dato Sri yang tidak melupakan asal usul kelahiran bahkan sempat mendoakan agar akan lahir KSU di masa akan datang dari bumi Lanchang dan yang paling manisnya boleh berjumpa dengan guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu bahkan terjumpa p**a rakan pendebat semasa sekolah menengah...
Allahu, orang yg terpilih untuk berbakti selalunya sentiasa dlm doa guru dan rakan-rakan.Tq Sir YBhg Dato Sri Khairul Dzaimee bin Daud KSU KUSKOP.