19/10/2026
๐๐ฃ๐๐๐๐๐ฆ๐ ๐บ๐๐๐๐ฎ๐ฐ๐ฎ ๐ฏ.๐ฌ
๐๐๐ ๐ก๐ช๐ข๐๐ฉ ๐พ๐ช๐๐๐ ๐๐ ๐๐ช๐๐ช๐ฃ๐ ๐
๐๐ง๐, ๐๐๐จ๐๐๐ฅ๐จ๐๐๐๐๐๐ฃ ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐๐ฃ๐ ๐๐๐จ๐
myCuaca Versi 3.0 merupakan aplikasi mudah alih rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) yang telah diluncurkan pada 13 Oktober 2026. Versi terkini ini menampilkan reka bentuk antaramuka yang lebih mesra pengguna, fungsi personalisasi serta penyampaian maklumat cuaca berasaskan lokasi bagi memberikan pengalaman penggunaan yang lebih mudah, interaktif dan informatif.
Aplikasi ini menyediakan maklumat ramalan cuaca dan amaran cuaca bagi seluruh Malaysia, sekali gus membantu orang ramai merancang aktiviti harian, membuat persediaan menghadapi perubahan cuaca serta meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan terhadap risiko cuaca.
Melalui penambahbaikan ini, MET Malaysia terus memperkukuh penyampaian maklumat meteorologi secara digital agar lebih mudah diakses, pantas dan relevan dengan keperluan masyarakat, selaras dengan usaha meningkatkan keselamatan awam serta membina komuniti yang lebih berdaya tahan terhadap bencana berkaitan cuaca.
Pautan Muat Turun Aplikasi
GAMMA: https://gamma.malaysia.gov.my/appdetails/35
iOS: https://apps.apple.com/my/app/mycuaca/id955289490
Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.met.mycuaca&hl=en&gl=US
Orang ramai digalakkan untuk memuat turun aplikasi myCuaca atau layari laman web rasmi www.met.gov.my bagi mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini.