PUSPANITA Cawangan JUPEM Pahang

Call Directions

PUSPANITA Cawangan JUPEM Pahang Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) cawangan JUPEM Pahang.

Untuk menjadi wanita berdaya saing, berkualiti, berilmu, berkemahiran, berketrampilan dan bertaqwa supaya dapat menyumbang kepada pembangunan diri dan keluarga

๐ŸŒณ JELAJAH ALAM PUSPANITA JUPEM PAHANG KE TAMAN NEGARA PAHANG | ๐Ÿ๐ŸŽ & ๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” Seramai 9 orang ahli PUSPANITA JUPEM Pa...
22/08/2026

๐ŸŒณ JELAJAH ALAM PUSPANITA JUPEM PAHANG KE TAMAN NEGARA PAHANG | ๐Ÿ๐ŸŽ & ๐Ÿ๐Ÿ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Seramai 9 orang ahli PUSPANITA JUPEM Pahang telah menyertai Program Jelajah Alam ke Taman Negara Pahang, antara hutan hujan tropika tertua di dunia yang berusia lebih 130 juta tahun.

Program dimulakan dengan taklimat oleh pegawai daripada Jabatan PERHILITAN Kuala Tahan, diikuti kunjungan ke perkampungan Orang Asli Suku Bateq serta Night Jungle Walk bagi mengenali kehidupan dan keunikan alam sekitar Taman Negara pada waktu malam.

Pengembaraan diteruskan pada hari seterusnya dengan pendakian ke Bukit Teresek, setinggi 334 meter dari aras laut, sambil menikmati keindahan hutan dan panorama Gunung Tahan.

Terima kasih kepada Jabatan PERHILITAN Kuala Tahan dan semua pihak yang terlibat. Semoga pengalaman ini mengeratkan silaturahim serta menyemai kecintaan terhadap alam dan warisan negara.

Pengerusi dan seluruh ahli PUSPANITA Cawangan JUPEM Pahang amat mengalu-alukan kedatangan Puan Nur Aishah binti Kamaruza...
14/08/2026

Pengerusi dan seluruh ahli PUSPANITA Cawangan JUPEM Pahang amat mengalu-alukan kedatangan Puan Nur Aishah binti Kamaruzaman, Penolong Juruukur (JA5) ke JUPEM Pahang.

Semoga kehadiran ahli baharu ini akan terus memacu kecemerlangan jabatan, di samping mewarnai dan memeriahkan lagi program-program anjuran PUSPANITA pada masa akan datang.

Selamat bertugas, selamat menjalankan amanah, dan semoga dipermudahkan segala urusan!



๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐ƒ๐š๐ญ๐š๐ง๐  ๐๐š๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ญ๐ฎ๐ ๐š๐ฌ | ๐Ÿ๐Ÿ• ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Warga Jabatan Ukur dan Pemetaan Pahang mengucapkan setinggi-tinggi selamat datang dan selamat bertugas kepada ๐๐ฎ๐ซ ๐€๐ข๐ฌ๐ก๐š๐ก ๐›๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐Š๐š๐ฆ๐š๐ซ๐ฎ๐ณ๐š๐ฆ๐š๐ง, Penolong Juruukur (JA5).

Semoga pertukaran beliau ke JUPEM Pahang menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik, berintegriti dan cemerlang ke arah yang lebih gemilang.

Berkuatkuasa pada ๐Ÿ๐Ÿ• ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Selamat menjalankan amanah dan semoga dipermudahkan segala urusan.

Selamat maju jaya diucapkan kepada Sr Nusrah binti Razab. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa ...
14/08/2026

Selamat maju jaya diucapkan kepada Sr Nusrah binti Razab. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa bakti serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang penglibatan bersama PUSPANITA Cawangan JUPEM Pahang

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐š๐ฃ๐ฎ ๐‰๐š๐ฒ๐š ๐’๐ซ ๐๐ฎ๐ฌ๐ซ๐š๐ก ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐‘๐š๐ณ๐š๐› | ๐Ÿ‘ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Selamat maju jaya diucapkan kepada Sr Nusrah binti Razab, Penolong Pengarah Ukur (J9) yang bertukar ke Seksyen Pengurusan dan Pembangunan Kadaster berkuatkuasa pada 3 Ogos 2026.

Seluruh warga JUPEM Pahang Ibu Pejabat mengucapkan terima kasih atas perkhidmatan di JUPEM Pahang Ibu Pejabat. Semoga sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan sentiasa dalam keadaan sihat.

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ซ๐š ๐„๐ง๐œ๐ข๐ค ๐€๐ง๐ฎ๐š๐ซ. Selamat maju jaya
07/08/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ซ๐š ๐„๐ง๐œ๐ข๐ค ๐€๐ง๐ฎ๐š๐ซ. Selamat maju jaya

Tahniah ๐Ÿ’ช๐Ÿผ
30/07/2026

Tahniah ๐Ÿ’ช๐Ÿผ

Terima kasih semua ๐Ÿฅฐ
13/07/2026

Terima kasih semua ๐Ÿฅฐ

๐ŸŒธ *SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU BUAT SEMUA SUPERMOM HEBAT!* ๐ŸŒธ"Kasih sayang ibu tiada tandingan, Pelita abadi hidupku."Bers...
10/05/2026

๐ŸŒธ *SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU BUAT SEMUA SUPERMOM HEBAT!* ๐ŸŒธ

"Kasih sayang ibu tiada tandingan, Pelita abadi hidupku."

Bersempena dengan sambutan Hari Ibu pada 10 Mei 2026 ini, PUSPANITA Cawangan JUPEM Pahang ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita, terutamanya buat ahli-ahli PUSPANITA JUPEM Pahang yang sangat berdedikasi.

Menjadi seorang wanita bekerjaya dan dalam masa yang sama memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu bukanlah satu tugas yang mudah. Dari menguruskan rumahtangga pada awal pagi hinggalah memberikan komitmen terbaik di pejabat. Anda semua adalah supermom sebenar. Kesabaran, kecekalan, dan kasih sayang tanpa syarat yang dicurahkan amatlah dihargai.

Hari ni, berehatlah seketika. Hargai diri anda, peluk erat anak-anak, dan raikan pengorbanan luar biasa yang anda lakukan setiap hari.

Terima kasih ibu, atas segalanya. ๐Ÿ’–

Ikhlas daripada PUSPANITA Cawangan JUPEM Pahang

SEKITAR MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA CAWANGAN NEGERI PAHANG KALI KE-43 31 Mac 2026 โ€“ Seramai 10 orang wakil dari PU...
07/04/2026

SEKITAR MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA CAWANGAN NEGERI PAHANG KALI KE-43

31 Mac 2026 โ€“ Seramai 10 orang wakil dari PUSPANITA Cawangan JUPEM Pahang telah berbesar hati hadir menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PUSPANITA Cawangan Negeri Pahang Kali Ke-43 yang berlangsung di Dewan SUK, Blok C, Wisma Sri Pahang.

Majlis berprestij yang menghimpunkan hampir 500 ahli dari pelbagai agensi dan daerah seluruh negeri ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato' Hajah Sabariah binti Saidan, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang.

Sekalung tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan dan Ahli Jawatankuasa (Biro) lantikan baharu yang akan terus memacu PUSPANITA ke arah kecemerlangan selaras dengan objektif dan hala tuju yang baharu. Jutaan terima kasih juga dirakamkan buat barisan jawatankuasa terdahulu atas segala jasa bakti dan komitmen cemerlang yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Satu kebanggaan buat JUPEM Pahang! Ucapan setinggi-tinggi tahniah diucapkan khusus buat ahli PUSPANITA Cawangan JUPEM Pahang, iaitu Puan Aimi binti Makhtar, atas pemilihan dan pelantikan beliau sebagai salah seorang Biro PUSPANITA Cawangan Negeri Pahang. Semoga terus cemerlang dalam memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan! ๐Ÿ’

Majlis diakhiri dengan penuh kemeriahan melalui Jamuan Aidilfitri yang menjadi medan terbaik untuk mengeratkan ukhuwah sesama ahli.

20/03/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‘๐š๐ฒ๐š ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐Ÿ๐ข๐ญ๐ซ๐ข ๐ŸŒ™โœจ

Semoga Syawal yang mulia ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mempereratkan lagi silaturahim sesama kita.

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang berterusan.

Ikhlas daripada,
๐‘พ๐’‚๐’“๐’ˆ๐’‚ ๐‘ฑ๐’‚๐’ƒ๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐‘ผ๐’Œ๐’–๐’“ ๐’…๐’‚๐’ ๐‘ท๐’†๐’Ž๐’†๐’•๐’‚๐’‚๐’ ๐‘ท๐’‚๐’‰๐’‚๐’๐’ˆ

Address

Jalan Tengku Muhamad
Kuantan
25050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6095668511

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PUSPANITA Cawangan JUPEM Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share