07/10/2026
๐ฆ๐๐ก๐๐ฅ๐๐ ๐ฆ๐ง๐ฅ๐๐ง๐๐๐๐ ๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐ ๐๐จ๐๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐๐๐ก ๐ฅ๐๐ฌ๐
๐BENTONG, 06.10.2026 (Selasa)
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pahang meneruskan usaha memperkasakan kesedaran keselamatan jalan raya melalui Program Keselamatan Jalan Raya bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang berlangsung di Elektrisola Malaysia Sdn. Bhd., Janda Baik, Bentong.
Program ini melibatkan seramai 90 orang peserta dan menjadi platform perkongsian ilmu serta penerapan amalan pemanduan yang selamat dan berhemah dalam kalangan warga kerja.
Dalam program tersebut, ceramah bertajuk โJalan Raya Selamat, Undang-undang Dipatuhiโ telah disampaikan dengan memberi penekanan terhadap kepentingan pematuhan undang-undang dan peraturan jalan raya, sikap bertanggungjawab ketika memandu serta peranan setiap pengguna jalan raya dalam mengurangkan risiko kemalangan.
Antara penekanan utama yang diketengahkan ialah:
๐น Mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya pada setiap masa.
๐น Mengamalkan sikap berhemah dan bertimbang rasa ketika berada di jalan raya.
๐น Meningkatkan kesedaran terhadap risiko serta bahaya akibat kecuaian ketika memandu.
๐น Menjadikan keselamatan sebagai keutamaan dalam setiap perjalanan.
Kerjasama strategik seperti ini diharap dapat terus memperluas penyampaian mesej keselamatan jalan raya kepada komuniti dan warga industri, sekali gus membentuk budaya pemanduan yang lebih selamat, berdisiplin dan bertanggungjawab.
Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama. Patuhi undang-undang, lindungi diri dan pengguna jalan raya yang lain.............................
Ikuti kami | Like kami:
https://www.facebook.com/JPJNegeriPahang
https://tiktok.com/
https://www.instagram.com/jpjnegeripahang
https://youtube.com/
https://www.threads.com/