21/09/2026
ππππππ πππππππππ πππππππππππππ πππππππ πππππππππ πππ πππππππ πππππππ πππππ ππππ
KUCHING | 15 September 2026 β Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarawak telah menganjurkan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak Tahun 2026 bertempat di Riverside Majestic, Putri Wing (Sarawak Chamber), Kuching, dengan tema βGlam & Glamorous Nightβ.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, turut hadir adalah YBhg. Ir. Ts. Haji Ahmad Denney Bin Haji Ahmad Fauzi, Pengarah DID Sarawak, Yang Berbahagia Dato Enn Ong Siok Ean, Encik Desmond Ak Douglas Jerukan, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak yang mewakili Setiausaha Tetap Kementerian; Timbalan Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan serta warga DID Sarawak.
Majlis ini diadakan sebagai wadah untuk menzahirkan penghargaan dan pengiktirafan kepada warga DID Sarawak atas sumbangan, dedikasi dan komitmen dalam menjayakan penyampaian perkhidmatan serta pencapaian jabatan sepanjang tahun 2026. Selain itu, majlis turut menjadi ruang untuk meraikan para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), pesara serta pegawai yang berpindah tempat bertugas, di samping mengalu-alukan kehadiran pegawai-pegawai baharu ke dalam keluarga besar DID Sarawak.
Seramai 63 orang pegawai telah dipilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi Tahun 2025, dengan 56 orang penerima hadir pada majlis tersebut. Pada masa yang sama, penghargaan turut diberikan kepada 16 orang pesara Tahun 2026, manakala enam orang pegawai yang berpindah tempat bertugas turut diraikan. DID Sarawak juga mengalu-alukan 16 orang pegawai baharu yang telah melaporkan diri untuk bertugas di pelbagai bahagian sepanjang tahun 2026.
Dalam aspek pencapaian jabatan, DID Sarawak telah mencatatkan beberapa kejayaan membanggakan pada tahun 2026, antaranya pelanjutan persijilan Anti-Bribery Management System (ABMS) MS ISO 37001:2016 dan MS ISO 9001:2015 ke semua 12 Pejabat Bahagian di seluruh Sarawak termasuk Ibu Pejabat.
DID Sarawak turut aktif dalam bidang inovasi dengan menghantar enam kump**an Kump**an Inovatif dan Kreatif (KIK) untuk mewakili jabatan pada Konvensyen KIK MPHLG 2026 serta menyertai Konvensyen KIK peringkat JPS Malaysia. Selain itu, Kajian Penilaian Outcome Projek Pengawalan Hakisan di Kampung Kuala Hilir Oya, Bahagian Mukah telah menerima pengiktirafan sebagai Anugerah Kajian Penilaian Outcome (KPO) Terbaik (Johan) JPS Malaysia 2025 sempena Hari Inovasi JPS Malaysia 2026.
Turut mencatatkan kejayaan ialah Ir. Juliet Tay Joo Ee yang telah dianugerahkan sebagai Pembentang Terbaik Anugerah Penilaian Outcome Tahun 2025 Peringkat JPS Malaysia bagi projek Rancangan Tebatan Banjir Sibu (Fasa 3), Lembangan Batang Rajang, Sarawak. DID Sarawak juga terus memperkukuh pembangunan kapasiti melalui penerbitan Buku Tahunan Hidrologi 2025 (Jilid 52) yang mencerminkan kesinambungan usaha jabatan dalam pengump**an dan penyebaran data hidrologi Sarawak sejak lebih enam dekad.
Dalam perkembangan akan datang, DID Sarawak bakal melaksanakan Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi β Projek Mengatasi Banjir Pantai Sarawak yang merangkumi empat pakej dengan keseluruhan 17 projek dan anggaran kos berjumlah RM316 juta. Pelaksanaan projek dijangka bermula pada penghujung September 2026 dan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh perlindungan kawasan pantai serta mengurangkan risiko banjir pantai, khususnya di kawasan yang terdedah kepada risiko tersebut.
Pada tahun 2026, jumlah keseluruhan nilai kontrak yang dianugerahkan oleh jabatan turut mencecah RM377,980,661.00, melibatkan pelbagai projek pembangunan infrastruktur di seluruh Sarawak. Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan DID Sarawak dalam melaksanakan projek pembangunan yang memberi manfaat kepada masyarakat serta menyokong agenda pembangunan negeri.
Penganjuran Majlis Apresiasi Kecemerlangan ini diharapkan dapat terus menyemarakkan semangat warga DID Sarawak untuk mengekalkan prestasi, memperkukuh integriti, profesionalisme dan kerjasama berpasukan, serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan. Keseluruhan pencapaian yang diraikan merupakan hasil usaha, dedikasi dan kerjasama padu seluruh warga DID Sarawak selaras dengan prinsip βAn Honour to Serveβ demi kemakmuran Sarawak.