Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak

Directions Website Contact the organization

Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak Peneraju Kecemerlangan Tadbir Urus Badan Sukan Di Sarawak

๐Ÿ“ข JEMPUTAN KE SESI LIBAT URUS PEMAHAMAN AKTA PEMBANGUNAN SUKAN 1997 (AKTA 576) DAN PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN SUKAN...
24/09/2026

๐Ÿ“ข JEMPUTAN KE SESI LIBAT URUS PEMAHAMAN AKTA PEMBANGUNAN SUKAN 1997 (AKTA 576) DAN PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN SUKAN - ZON SARAWAK

Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak akan menganjurkan Sesi Libat Urus Pemahaman Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) dan Peraturan-Peraturan Pembangunan Sukan - Zon Sarawak bertujuan memperkasakan kepakaran pengurusan badan sukan dalam kalangan komuniti sukan tanah air.

๐Ÿ“Œ Butiran Kursus:

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 27 September 2026 (Ahad)
โฐ Masa: 8.30 Pagi โ€“ 1.00 Tengahari
๐Ÿ“ Tempat: Bilik Kuliah, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak

Link kehadiran : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfzmt4brGzYzpuzEVRb0Tojx9XW-s2GknOtpHnU2WoX2p8kpQ/closedform

โ˜• Minum pagi & makan tengah hari disediakan.

๐Ÿ“ฉ Pendaftaran & Pertanyaan:
Sila imbas kod QR pada grafik atau hubungi urus setia untuk pengesahan kehadiran:
๐Ÿ“ž Cik Annisa : 082-237 542
๐Ÿ“ž Cik Nurul Atiqah : 082-238 396

Slot adalah terhad! Mantapkan tadbir urus badan sukan anda demi kegemilangan sukan negara.

SESI TOWNHALL PJS BERSAMA BADAN SUKAN SIRI 2 DAN SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) SIBU SARAWAK12 September 2026, Sibuโ€“ Ser...
12/09/2026

SESI TOWNHALL PJS BERSAMA BADAN SUKAN SIRI 2 DAN SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) SIBU SARAWAK

12 September 2026, Sibuโ€“ Seramai 53 peserta mewakili 34 badan sukan dari bahagian Sibu, Sarawak telah menyertai Sesi Townhall PJS Bersama Badan Sukan Siri 2 anjuran Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak yang berlangsung di Hotel Premier, Sibu.

Selain memperkukuhkan peranan PJS sebagai sebuah agensi pemudah cara, fokus utama program ini adalah memberi pendedahan mengenai amalan tadbir urus dan pengurusan badan sukan yang berkesan ke arah melahirkan organisasi sukan yang lebih profesional, mampan dan berdaya saing.

Sesi ceramah telah disampaikan oleh Encik Mohamad Sharbini bin Hj. Golong, Penolong Pegawai Pesuruhjaya Sukan Kanan Sarawak, Puan Nur Marlina Rosian Abdullah, Penolong Pegawai Pesuruhjaya Sukan dari PJS Rantau Sarawak. Puan Wan Nor Iza binti Mohd Nor dari Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia turut hadir dan menyampaikan berkenaan Libat Urus Bersama Pemegang Taruh Pembangunan Sukan.

Semasa kursus ini juga, sebanyak tujuh badan sukan yang baharu diluluskan pendaftaran telah menerima Perakuan Pendaftaran.

Pelaksanaan Santai Bersama Pelanggan (SBP) turut diadakan pada sesi petang. Program ini diadakan bagi memberikan khidmat nasihat dan pandangan secara bersemuka kepada badan sukan dan menggunakan medium program bagi menjalankan sesi urus tadbir badan sukan ke arah yang lebih baik.

Terima kasih kepada semua badan sukan, penggiat sukan dan pengunjung yang hadir bagi mendapatkan pelbagai khidmat nasihat, tadbir urus badan sukan daripada pegawai PJS sepanjang program berlangsung.

PROGRAM SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN (PJS) PERINGKAT SIBU SARAWAKAyuh sertai kami dan temui ...
10/09/2026

PROGRAM SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP)
PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN (PJS)
PERINGKAT SIBU SARAWAK

Ayuh sertai kami dan temui team Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) di Santai Bersama Pelanggan (SBP) Sibu Sarawak yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

๐Ÿ—“๏ธ : 12 September 2026 (Sabtu)
โฐ : 1.30 petang - 5.00 petang
๐Ÿ“ : Hotel Premier, Sibu
Kod Pakaian : Smart kasual atau pakaian sukan

Kaunter khidmat nasihat berkenaan Pendaftaran Badan Sukan, Pelesenan dan Penganjuran Acara Sukan, Pindaan Perlembagaan, Laporan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB), Carian Maklumat dan hal-hal lain yang disediakan untuk semua pengunjung yang hadir.

Jangan lepaskan peluang dan jumpa anda disana!!!





SESI TOWNHALL PJS BERSAMA BADAN SUKAN SIRI 2 SIBU SARAWAKKepada semua pemegang jawatan badan sukan yang telah berdaftar ...
10/09/2026

SESI TOWNHALL PJS BERSAMA BADAN SUKAN SIRI 2 SIBU SARAWAK

Kepada semua pemegang jawatan badan sukan yang telah berdaftar sebagai badan sukan di bawah Akta 576 adalah dijemput hadir untuk mendengar perkongsian dan bersoal jawab bersama pegawai PJS. Program akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

๐Ÿ—“๏ธ : 12 September 2026 (Sabtu)
โฐ : 8.00 pagi - 1.30 petang
๐Ÿ“ : Hotel Premier, Sibu
Pautan link pendaftaran : https://forms.gle/SLP9zhyqDBpZ9q888
Kod Pakaian : Smart kasual atau pakaian sukan

Ayuh rebut peluang keemasan ini dan mengimbas QR Code bagi mendaftar penyertaan!!!

Penyertaan adalah terhad dan pautan akan ditutup setelah mencapai kuota yang telah ditetapkan.





KURSUS ASAS PENGURUSAN BADAN SUKAN BAHARU BERDAFTAR SIRI 5 ZON UTARA LIMBANG DAN SANTAI BERSAMA PELANGGAN PJS25 Julai 20...
26/07/2026

KURSUS ASAS PENGURUSAN BADAN SUKAN BAHARU BERDAFTAR SIRI 5 ZON UTARA LIMBANG DAN SANTAI BERSAMA PELANGGAN PJS

25 Julai 2026 โ€“ Seramai 37 peserta mewakili 14 badan sukan baharu berdaftar dari bahagian Limbang, Sarawak telah menyertai Kursus Asas Pengurusan Badan Sukan Baharu Berdaftar Siri 6 Zon Selatan Limbang anjuran Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak yang berlangsung di Pejabat Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Cawangan Limbang.

Penganjuran kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pemegang jawatan badan sukan mengenai keperluan pengurusan organisasi sukan yang berdaftar selaras dengan peruntukan undang-undang dan amalan tadbir urus yang baik.

Sesi ceramah telah disampaikan oleh Encik Azizi bin Johari, Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak, Encik Mohamad Sharbini bin Haji Golong, Penolong Pegawai Pesuruhjaya Sukan Kanan dan Puan Nur Marlina Rosian Abdulah, Penolong Pegawai Pesuruhjaya Sukan dari PJS Rantau Sarawak. Turut hadir bersama Encik Rynnille Easter Peter dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang.

Semasa kursus ini juga, sebanyak lima badan sukan yang baharu diluluskan pendaftaran telah menerima Perakuan Pendaftaran.

Penganjuran kursus ini diharap dapat membantu badan-badan sukan baharu berdaftar meningkatkan kecekapan pengurusan organisasi serta memastikan pematuhan terhadap Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] demi pembangunan ekosistem sukan negara yang lebih mampan dan berintegriti.

Pelaksanaan Santai Bersama Pelanggan (SBP) turut diadakan pada sesi petang. Program ini diadakan bagi memberikan khidmat nasihat dan pandangan secara bersemuka kepada badan sukan dan menggunakan medium program bagi menjalankan sesi urus tadbir badan sukan ke arah yang lebih baik.

Terima kasih kepada semua badan sukan, penggiat sukan dan pengunjung yang hadir bagi mendapatkan pelbagai khidmat nasihat, tadbir urus badan sukan daripada pegawai PJS sepanjang program berlangsung.

PROGRAM SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) SIRI 10 LIMBANG, SARAWAKAyuh sertai kami dan temui team Pejabat Pesuruhjaya Sukan...
23/07/2026

PROGRAM SANTAI BERSAMA PELANGGAN (SBP) SIRI 10 LIMBANG, SARAWAK

Ayuh sertai kami dan temui team Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) di Santai Bersama Pelanggan (SBP) Siri 10 Limbang Sarawak pada :

๐Ÿ—“๏ธ: 25 Julai 2026 (Sabtu)
โฐ: 1.30 petang - 5.00 petang
๐Ÿ“: Pejabat Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak, Limbang

Kaunter khidmat nasihat berkenaan Pendaftaran Badan Sukan, Pelesenan dan Penganjuran Acara Sukan, Pindaan Perlembagaan, Laporan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB), Carian Maklumat dan hal-hal lain yang disediakan untuk semua pengunjung yang hadir.

Jangan lepaskan peluang dan jumpa anda di sana !!!

Jumpa anda di sana.

KURSUS ASAS PENGURUSAN BADAN SUKAN BAHARU BERDAFTAR SIRI 5 ZON UTARA LIMBANG SARAWAKKepada semua pemegang jawatan badan ...
23/07/2026

KURSUS ASAS PENGURUSAN BADAN SUKAN BAHARU BERDAFTAR SIRI 5 ZON UTARA LIMBANG SARAWAK

Kepada semua pemegang jawatan badan sukan yang baharu mendaftarkan badan sukan di bawah Akta 576 dijemput hadir, mendengar perkongsian dan bersoal jawab bersama pegawai PJS. Program akan diadakan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ—“๏ธ: 25 Julai 2026 (Sabtu)
โฐ: 7.30 pagi hingga 1.00 petang
๐Ÿ“: Pejabat Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak, Limbang

Kelebihan yang menyertai kursus ini adalah:
๐Ÿ“Œ Memberi pendedahan asas mengenai peranan dan fungsi badan sukan serta tanggungjawab pemegang jawatan badan sukan
๐Ÿ“Œ Meningkatkan kefahaman mengenai Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576], peraturan-peraturan berkaitan dan kewajipan pematuhan badan sukan
๐Ÿ“ŒMemperkukuh amalan tadbir urus yang baik, termasuk pengurusan mesyuarat, pentadbiran, dokumentasi, rekod keahlian dan pematuhan perlembagaan badan sukan

Ayuh rebut peluang keemasan ini dan penyertaan adalah terhad. Pautan akan ditutup setelah mencapai kuota yang telah ditetapkan.

22/06/2026
KURSUS ASAS PENGURUSAN BADAN SUKAN BAHARU BERDAFTAR SIRI 6 ZON SELATAN KUCHING DAN SESI TOWNHALL PJS BERSAMA BADAN SUKAN...
18/06/2026

KURSUS ASAS PENGURUSAN BADAN SUKAN BAHARU BERDAFTAR SIRI 6 ZON SELATAN KUCHING DAN SESI TOWNHALL PJS BERSAMA BADAN SUKAN SIRI 2

Kepada semua pemegang jawatan badan sukan yang baharu mendaftarkan badan sukan di bawah Akta 576 dijemput hadir, mendengar perkongsian dan bersoal jawab bersama pegawai PJS. Program akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

๐Ÿ—“๏ธ : 20 Jun 2026 (Sabtu)
โฐ : 7.30 pagi - 2.00 petang
๐Ÿ“ : Auditorium, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak
Kod Pakaian : Smart kasual atau pakaian sukan

Kelebihan yang menyertai kursus ini adalah:

๐Ÿ“Œ Memberi pendedahan Asas mengenai peranan dan fungsi badan sukan serta tanggungjawab pemegang jawatan badan sukan
๐Ÿ“Œ Meningkatkan kefahaman mengenai Akta Pembangunan Sukan 1997, [Akta 576], peraturan-peraturan berkaitan dan kewajipan pematuhan badan sukan
๐Ÿ“ŒMemperkukuh amalan tadbir urus yang baik, termasuk pengurusan mesyuarat, pentadbiran, dokumentasi, rekod keahlian dan pematuhan perlembagaan badan sukan

Ayuh rebut peluang keemasan ini dan mengimbas QR Code bagi mendaftar penyertaan!!!

Penyertaan adalah terhad dan pautan akan ditutup setelah mencapai kuota yang telah ditetapkan.

Sila klik pautan untuk pendaftaran:
https://forms.gle/CodtWTbDqCaf6RbG6





30/05/2026

PEMAKLUMAN PENYELENGGARAAN SISTEM eROSA

Sistem eROSA akan ditutup bagi tujuan kerja-kerja penyelenggaraan dan safety calibration bermula pada 30 Mei 2026 sehingga 2 Jun 2026. Sistem eROSA akan dibuka semula pada 3 Jun 2026.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, tuan/ puan boleh menghubungi pejabat di talian 03-8994 4800 (PJS HQ) 088-762232 (PJS Rantau Sabah) 082-237542 (PJS Rantau Sarawak) atau melalui emel [email protected].

Address

Kuching
93150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak:

Shortcuts

Share