02/10/2026
๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐๐ก ๐๐ข๐ ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐ฃ๐๐ฅ๐ ๐จ๐๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐-๐๐๐ฅ๐๐ ๐ก๐๐๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐ช๐๐ฆ๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐ง๐จ ๐จ๐ง๐๐ ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐จ๐ก๐๐๐ ๐๐ข๐ฅ๐ก๐๐ข
02 Oktober 2026 | Jumaat - Penjara Puncak Borneo telah mengadakan Acara Bacaan Doa Selamat sempena Projek Dataran Penjara Puncak Borneo yang telah dihadiri oleh PKP Mohd Hamdhan bin Mat Noh, Pengarah Penjara Puncak Borneo, PP Rahim bin Buji, Timbalan Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan serta pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek.
Acara ini diadakan sebagai tanda memohon keberkatan, keselamatan dan kelancaran sepanjang tempoh pelaksanaan projek. Pada masa yang sama, acara ini turut menjadi wadah untuk mengeratkan kerjasama dan komitmen antara pihak pengurusan Penjara Puncak Borneo dengan semua pihak bagi memastikan projek dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur, berkualiti serta mengikut perancangan dan tempoh yang telah ditetapkan.
YDH. Pengarah Puncak Borneo berharap Kerja-kerja naik taraf kawasan pintu utama Penjara Puncak Borneo ini dapat disiapkan dengan sempurna dan memberikan nilai tambah kepada kemudahan serta persekitaran penjara, seterusnya menyediakan ruang yang lebih kondusif, selamat dan bersesuaian untuk kegunaan bersama. Kemudahan tersebut juga diharapkan dapat dimanfaatkan bagi pelaksanaan pelbagai program rasmi, aktiviti warga kerja, perhimpunan serta aktiviti-aktiviti lain yang memberi manfaat kepada seluruh warga Penjara Puncak Borneo pada masa akan datang.