Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak

Directions Website

Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak Ditubuhkan pada 1 Julai 1976

𝟭𝟮 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲, 𝗞𝗨𝗖𝗛𝗜𝗡𝗚 - Arkib Negara Malaysia (ANM) Negeri Sarawak dan Seksyen Dokumentasi dan Penerbitan (SDP) hari ini...
13/08/2026

𝟭𝟮 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲, 𝗞𝗨𝗖𝗛𝗜𝗡𝗚 - Arkib Negara Malaysia (ANM) Negeri Sarawak dan Seksyen Dokumentasi dan Penerbitan (SDP) hari ini telah berhasil melaksanakan rakaman Sejarah Lisan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar di kediaman rasmi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak di Kasuma Resort, Kuching.

Sesi rakaman Sejarah Lisan ini bertujuan mendokumentasikan maklumat, memori dan pengalaman peribadi Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dari zaman kanak², salasilah keturunan, hinggalah pengalaman sepanjang kerjaya beliau sebagai pegawai polis, peguam, ahli parlimen, menteri kabinet, speaker dewan negara dan ketua negeri. Memori dan pengalaman Tun amat bernilai untuk kajian dan rujukan generasi masa hadapan.

Antara perkara yang didokumentasikan daripada Tun adalah maklumat latarbelakang keluarga, pengalaman dalam perkhidmatan polis selepas penubuhan Malaysia yang berdepan ancaman komunis di Sarawak, latarbelakang dalam bidang perundangan, memori sebagai Ahli Parlimen, jasa dan sumbangan Tun semasa menjawat jawatan timbalan menteri dan menteri (beberapa portfolio), usaha reformasi Parlimen Malaysia dan pindaan Perlembagaan Persekutuan serta inspirasi Tun kepada pembangunan negeri Sarawak.

Sesi ini telah dibantu oleh Datu Mohd Fadzil bin Abdul Rahman (mantan Timbalan Naib Canselor UNIMAS) selaku pewawancara dan Tuan Haji Ahmad Sukri bin Abdul Kadir, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Penyelidikan dan Pengembangan) ANM.

Pegawai Arkib yang hadir ialah En. Afham Jauhari bin Aldi, Pengarah ANMNSK, Puan Annisa binti Miskon, Pegawai Arkib Kanan SDP, En Muhammad bin Amat Paijo, Pen. Pengarah 1 ANMNSK, serta dibantu oleh dan kakitangan SAPD dan SDP yang menjayakan rakaman.

Turut hadir ialah 2 orang pensyarah daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Shahril Ismail dan Dr. Norsaliza Mohd Shuhaini.

𝟭𝟭 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟮𝟬𝟮𝟲, 𝐊𝐔𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆 - Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak (ANMNSK) dengan kerjasama Seksyen Dokumentasi dan Penerbita...
13/08/2026

𝟭𝟭 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟮𝟬𝟮𝟲, 𝐊𝐔𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆 - Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak (ANMNSK) dengan kerjasama Seksyen Dokumentasi dan Penerbitan (SDP) telah selesai melaksanakan sesi rakaman Sejarah Lisan Datuk Patinggi Tan Sri Leonard Linggi Jugah di Menara Tun Jugah, Kuching.

Sesi rakaman Sejarah Lisan ini bertujuan mendokumentasikan maklumat, memori dan pengalaman peribadi Datuk Patinggi Tan Sri Leonard Linggi Jugah. Beliau merupakan anak kepada Tun Temenggung Jugah Anak Barieng, bekas Ahli Parlimen Kapit (1978-1986) dan pernah menganggotai Majlis Perundingan Negara (1970) yang terlibat secara langsung dalam menggubal prinsip Rukunegara. Memori dan pengalaman beliau amat bernilai untuk kajian dan rujukan generasi masa hadapan.

Sesi ini telah dibantu oleh Datu Dr. Neilson Ilan Mersat, Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (2025-2027) selaku pewawancara dan Tuan Haji Ahmad Sukri bin Abdul Kadir, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Penyelidikan dan Pengembangan) ANM.

Pegawai Arkib yang hadir ialah En. Afham Jauhari bin Aldi, Pengarah ANMNSK, Puan Annisa binti Miskon, Pegawai Arkib Kanan SDP, En Muhammad bin Amat Paijo, Pen. Pengarah 1 ANMNSK, serta dibantu oleh dan kakitangan SAPD dan SDP yang menjayakan rakaman.

Turut hadir ialah 2 orang pensyarah daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Shahril Ismail dan Dr. Norsaliza Mohd Shuhaini.

KUCHING, 28 JULAI 2026 | Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak (ANMNSK) telah dijemput untuk menyampaikan Taklimat Pengur...
03/08/2026

KUCHING, 28 JULAI 2026 | Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak (ANMNSK) telah dijemput untuk menyampaikan Taklimat Pengurusan Fail dan Pelupusan Rekod kepada warga Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Muhammad bin Amat Paijo, Penolong Pengarah I, Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak. Sesi ini bertujuan meningkatkan pemahaman peserta mengenai pengurusan fail yang sistematik serta tatacara pelupusan rekod mengikut peruntukan dan garis panduan yang berkuat kuasa.

Semoga perkongsian ilmu ini dapat memperkukuh amalan pengurusan rekod yang cekap, teratur dan mematuhi kehendak perundangan, sekali gus menyokong penyampaian perkhidmatan awam yang lebih berkesan.

Arkib Negara Malaysia mengucapkan Selamat Hari Sarawak kepada seluruh rakyat Sarawak!Semoga Sarawak terus dipelihara ama...
22/07/2026

Arkib Negara Malaysia mengucapkan Selamat Hari Sarawak kepada seluruh rakyat Sarawak!

Semoga Sarawak terus dipelihara aman, makmur, bersatu padu, dan sentiasa dilindungi-Nya. Marilah kita terus melangkah ke hadapan dengan megah, sambil memegang erat warisan sejarah yang membentuk siapa kita pada hari ini.

Ibu Pertiwiku, Sarawak Maju Makmur!

50 TAHUN MEMELIHARA KHAZANAH WARISAN BUMI KENYALANG: JUBLI EMAS ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI SARAWAK​Tanggal 1 Julai 197...
01/07/2026

50 TAHUN MEMELIHARA KHAZANAH WARISAN BUMI KENYALANG: JUBLI EMAS ARKIB NEGARA MALAYSIA NEGERI SARAWAK

​Tanggal 1 Julai 1976 mencatatkan satu detik bersejarah apabila Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak (ANMNSK) ditubuhkan secara rasmi. Hari ini, 1 Julai 2026, genaplah 50 tahun jabatan ini berdiri teguh sebagai "penjaga masa lalu" bagi Bumi Kenyalang. Sebagai cawangan negeri kedua yang ditubuhkan selepas Johor (1972), perjalanan ANMNSK bermula dengan hanya dua orang pegawai. Sepanjang setengah abad, jabatan ini bukan sahaja berkembang dari segi peranan, malah melalui transformasi fizikal yang signifikan.

​Pada awal penubuhannya pada 1 Julai 1976, ANMNSK memulakan operasi di Tingkat 11, Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Hj Bujang. Bagi menampung keperluan operasi yang kian berkembang, jabatan ini kemudiannya berpindah ke Bangunan Bank Negara, Satok pada tahun 1978.

​Seiring dengan peredaran masa dan keperluan ruang storan serta pemeliharaan rekod yang lebih luas, ANMNSK sekali lagi berpindah pada tahun 1988 ke Tingkat 14, Bangunan Sultan Iskandar, Simpang Tiga. Di sinilah mereka beroperasi bagi menabur bakti untuk tempoh yang lama sehinggalah tahun 2022.
​Detik bersejarah baharu tercipta pada November 2022 apabila ANMNSK secara rasminya berpindah ke kompleks miliknya sendiri, iaitu Kompleks ANMNSK, Jalan Diplomatik off Jalan Bako, Petra Jaya, Kuching. Perpindahan ke bangunan kekal dan baharu ini merupakan satu lonjakan yang dilengkapi dengan prasarana lengkap, ruang simpanan arkib yang lebih luas, serta bilik penyelidikan yang lebih kondusif untuk penyelidik.

​Peranan, Aktiviti, dan Sumbangan Sepanjang 50 Tahun

​Sebagai penyimpan bahan sejarah, peranan utama ANMNSK adalah mengurus, memelihara, dan menyediakan akses kepada rekod-rekod awam serta bahan arkib yang mempunyai nilai kebangsaan. Rekod-rekod ini merupakan bukti bertulis tentang pembentukan identiti dan evolusi sosioekonomi Sarawak khususnya rekod mengenai Sarawak sejak tertubuhnya Persekutuan Malaysia.

​Bagi memastikan khazanah ini sentiasa terpelihara, pelbagai aktiviti pengurusan dan pemuliharaan dilaksanakan secara berterusan:

​Khidmat Nasihat: Memberikan panduan pengurusan rekod kepada jabatan dan agensi Persekutuan di seluruh Sarawak bagi memastikan pengurusan rekod yang sistematik sejak peringkat pewujudan.

​Pemuliharaan Rekod: Menjalankan proses pemuliharaan, penjilidan, dan pengawetan bahan arkib bagi memastikan jangka hayat bahan bertahan ratusan tahun lagi.

Akses Bahan Arkib: Menyediakan panduan dan akses kepada koleksi bahan arkib yang disimpan untuk rujukan penyelidik bagi mengembangkan lagi ilmu dan fakta sejarah Sarawak kepada umum.

​Sumbangan berterusan ANMNSK sepanjang 50 tahun ini adalah komitmennya dalam menyebarluaskan ilmu sejarah kepada masyarakat. Melalui pameran warisan, program bual bicara sejarah, dan Hari Terbuka Arkib, jabatan ini berjaya merapatkan jurang antara arkib dengan komuniti setempat. Arkib kini tidak lagi dilihat sebagai sebuah gudang kertas usang, sebaliknya diiktiraf sebagai pusat penyelidikan yang dinamik bagi ahli akademik, pelajar, dan peminat sejarah dari dalam dan luar negara. Selain itu, dokumentasi mengenai tokoh tempatan dan sejarah perjuangan kemerdekaan yang dipelihara di sini menjadi rujukan penting bagi membentuk jati diri dan semangat patriotisme generasi muda Sarawak.

Oleh itu, sebagai usaha berterusan memartabatkan sejarah Sarawak, ANMNSK akan menganjurkan Persidangan Antarabangsa Sejarah Sarawak 2026 sebagai kemuncak simbolik sambutan 50 tahun penubuhannya.

​Melangkah ke hadapan di kompleks baharu di Jalan Diplomatik, Kuching ,ANMNSK kini berada pada landasan terbaik untuk terus menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat khususnya di Sarawak. Jubli Emas ini menjadi pemangkin semangat untuk warga arkib terus melangkah megah demi mememelihara warisan bangsa.

​Selamat Menyambut Jubli Emas Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak (1976 – 2026)!

26/06/2026
𝟯𝟬 𝗠𝗮𝗰 - 𝟭 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟲Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail (KF) telah berjaya dilaksanakan di Hospital Miri dengan penyer...
02/04/2026

𝟯𝟬 𝗠𝗮𝗰 - 𝟭 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟲

Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail (KF) telah berjaya dilaksanakan di Hospital Miri dengan penyertaan pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam pengurusan rekod jabatan.

Bengkel pada kali ini telah dikendalikan oleh En. Afham Jauhari bin Aldi, Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak dibantu En. Muhammad bin Amat Paijo, Pen. Pengarah 1.

Bengkel ini bertujuan memberi bimbingan penyediaan klasifikasi fail bagi pelaksanaan Digital Document Management System (DDMS 2.0) yang memperkukuh amalan pengurusan rekod yang cekap dan teratur di Hospital Miri.

Diharapkan bengkel ini dapat meningkatkan kefahaman serta kecekapan warga hospital dalam memastikan pengurusan fail dilaksanakan selaras dengan garis panduan dan pendigitalan perkhidmatan awam.

𝓟𝓮𝓻𝓰𝓲 𝓴𝓮 𝓹𝓮𝓴𝓪𝓷 𝓶𝓮𝓶𝓫𝓮𝓵𝓲 𝓼𝓮𝓵𝓪𝓼𝓲𝓱, 𝓢𝓲𝓷𝓰𝓰𝓪𝓱 𝓼𝓮𝓫𝓮𝓷𝓽𝓪𝓻 𝓭𝓲 𝓽𝓮𝓹𝓲 𝓽𝓮𝓵𝓪𝓰𝓪,𝓢𝔂𝓪𝔀𝓪𝓵 𝓽𝓲𝓫𝓪 𝓹𝓮𝓷𝓾𝓱 𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱, 𝓢𝓲𝓵𝓪𝓽𝓾𝓻𝓪𝓱𝓲𝓶 𝓮𝓻𝓪𝓽 𝓼𝓮𝓼𝓪𝓶𝓪 𝓴𝓲𝓽𝓪.𝙎𝙚...
20/03/2026

𝓟𝓮𝓻𝓰𝓲 𝓴𝓮 𝓹𝓮𝓴𝓪𝓷 𝓶𝓮𝓶𝓫𝓮𝓵𝓲 𝓼𝓮𝓵𝓪𝓼𝓲𝓱,
𝓢𝓲𝓷𝓰𝓰𝓪𝓱 𝓼𝓮𝓫𝓮𝓷𝓽𝓪𝓻 𝓭𝓲 𝓽𝓮𝓹𝓲 𝓽𝓮𝓵𝓪𝓰𝓪,
𝓢𝔂𝓪𝔀𝓪𝓵 𝓽𝓲𝓫𝓪 𝓹𝓮𝓷𝓾𝓱 𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱,
𝓢𝓲𝓵𝓪𝓽𝓾𝓻𝓪𝓱𝓲𝓶 𝓮𝓻𝓪𝓽 𝓼𝓮𝓼𝓪𝓶𝓪 𝓴𝓲𝓽𝓪.

𝙎𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩 𝙃𝙖𝙧𝙞 𝙍𝙖𝙮𝙖 𝘼𝙞𝙙𝙞𝙡𝙛𝙞𝙩𝙧𝙞, 𝙈𝙖𝙖𝙛 𝙕𝙖𝙝𝙞𝙧 𝙙𝙖𝙣 𝘽𝙖𝙩𝙞𝙣.

Semoga sambutan Aidilfitri pada tahun ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita. Dalam kegembiraan menyambut Syawal, marilah kita terus memupuk nilai perpaduan, keharmonian serta semangat kebersamaan demi kemajuan negara yang kita cintai. 🌙

Ikhlas daripada :
Pengarah dan seluruh warga kerja Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak.

𝙎𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩 𝙈𝙚𝙣𝙮𝙖𝙢𝙗𝙪𝙩 𝙍𝙖𝙢𝙖𝙙𝙖𝙣 𝘼𝙡-𝙈𝙪𝙗𝙖𝙧𝙖𝙠 1447𝙃! 🌙✨Alhamdulillah, syukur kita diberikan peluang untuk kembali bertemu dengan ...
19/02/2026

𝙎𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩 𝙈𝙚𝙣𝙮𝙖𝙢𝙗𝙪𝙩 𝙍𝙖𝙢𝙖𝙙𝙖𝙣 𝘼𝙡-𝙈𝙪𝙗𝙖𝙧𝙖𝙠 1447𝙃! 🌙✨

Alhamdulillah, syukur kita diberikan peluang untuk kembali bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan ini. 🤲
Kami di Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya buat warga jabatan yang sentiasa komited menjalankan amanah.

Semoga kehadiran bulan mulia tahun ini membawa keberkatan, kekuatan, dan kesabaran buat kita semua dalam menggalas amanah yang diberikan.

Selamat beribadah dan semoga setiap amalan kita dilipatgandakan pahalanya. Jaga kesihatan, jaga diri! 😊








𝙂𝙖𝙜𝙖𝙝 𝙨𝙞 𝙠𝙪𝙙𝙖 𝙢𝙚𝙢𝙖𝙘𝙪 𝙡𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙝, 𝙈𝙚𝙢𝙗𝙖𝙬𝙖 𝙩𝙪𝙖𝙝 𝙙𝙞 𝙏𝙖𝙝𝙪𝙣 𝘽𝙖𝙧𝙪; 𝙈𝙤𝙜𝙖 2026 𝙙𝙞𝙡𝙞𝙢𝙥𝙖𝙝𝙞 𝙗𝙚𝙧𝙠𝙖𝙝, 𝙍𝙖𝙠𝙮𝙖𝙩 𝙨𝙚𝙟𝙖𝙝𝙩𝙚𝙧𝙖 𝙣𝙚𝙜𝙖𝙧𝙖 𝙢𝙖𝙟𝙪.𝓢𝓮𝓵𝓪𝓶...
16/02/2026

𝙂𝙖𝙜𝙖𝙝 𝙨𝙞 𝙠𝙪𝙙𝙖 𝙢𝙚𝙢𝙖𝙘𝙪 𝙡𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙝,
𝙈𝙚𝙢𝙗𝙖𝙬𝙖 𝙩𝙪𝙖𝙝 𝙙𝙞 𝙏𝙖𝙝𝙪𝙣 𝘽𝙖𝙧𝙪;
𝙈𝙤𝙜𝙖 2026 𝙙𝙞𝙡𝙞𝙢𝙥𝙖𝙝𝙞 𝙗𝙚𝙧𝙠𝙖𝙝,
𝙍𝙖𝙠𝙮𝙖𝙩 𝙨𝙚𝙟𝙖𝙝𝙩𝙚𝙧𝙖 𝙣𝙚𝙜𝙖𝙧𝙖 𝙢𝙖𝙟𝙪.

𝓢𝓮𝓵𝓪𝓶𝓪𝓽 𝓜𝓮𝓷𝔂𝓪𝓶𝓫𝓾𝓽 𝓣𝓪𝓱𝓾𝓷 𝓑𝓪𝓻𝓾 𝓒𝓲𝓷𝓪 2026! 🧧🐎

Seluruh warga Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang merayakannya. Semoga tahun ini membawa semangat ketangkasan dan kekuatan buat kita semua untuk terus maju jaya dalam keharmonian dan perpaduan.

Semoga sambutan tahun ini meriah di samping keluarga dan insan yang tersayang. 🍊✨

𝒳𝒾𝓃 𝒩𝒾𝒶𝓃 𝒦𝓊𝒶𝒾 𝐿𝑒 , 𝒢𝑜𝓃𝑔 𝒳𝒾 𝐹𝒶 𝒞𝒶𝒾!







Address

Jalan Diplomatik Off Jalan Bako
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share