14/08/2026
SEKALUNG PENGHARGAAN & SELAMAT BERSARA YAS DATO' OTHMAN BIN ABDULLAH
Seluruh warga Balai Bomba dan Penyelamat Padungan, Kuching merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat Yang Amat Setia Dato' Othman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM sempena persaraan wajib beliau.
Selepas lebih 34 tahun menabur bakti demi keselamatan negara, kini tibalah masanya beliau melangkah ke fasa baharu dengan penuh penghormatan.
β¨ Legasi Di Bumi Kenyalang, Sarawak β¨
Sumbangan YAS Dato' Othman pastinya akan sentiasa terpahat kukuh dalam sejarah kebombaan Negeri Sarawak. Beliau amat dikenali dengan pendekatan turun padang β meredah cabaran geografi luar bandar demi memperkasakan infrastruktur balai, menubuhkan Pasukan Bomba Sukarela, dan menyantuni komuniti rumah panjang.
Malah, Sarawak tetap menjadi antara destinasi lawatan kerja rasmi terakhir beliau pada Februari lalu bagi menyantuni anggota dan para pesara di sini.
Terima kasih YAS Dato' atas segala pengorbanan, kepimpinan yang berintegriti, serta acuan ilmu yang ditinggalkan buat kami semua.
Kami mendoakan agar YAS Dato' Othman sentiasa dikurniakan kesihatan yang afiat, kebahagiaan berpanjangan, dan diberkati Allah SWT dalam setiap langkah seterusnya.
Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intan dipandang antara nampak
Jasa Dato' jadi kenangan
Selamat Bersara, Tokoh Kebombaan Negara! π«‘π²πΎ