09/10/2026
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐃𝐈𝐏𝐋𝐎𝐌𝐀 𝐆𝐄𝐎𝐌𝐀𝐓𝐈𝐊 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐊𝐔𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 𝐊𝐄 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐎𝐏𝐎𝐆𝐑𝐀𝐅𝐈 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊
KUCHING, 8 OKTOBER 2026 – Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menerima kunjungan delegasi pelajar Program Diploma Geomatik bersama-sama barisan pengurusan dan tenaga pengajar Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang diketuai oleh 𝐄𝐧. 𝐒𝐭𝐮𝐚𝐫𝐭 𝐎𝐭𝐭𝐨 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐖𝐢𝐥𝐬𝐨𝐧, 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐃𝐢𝐩𝐥𝐨𝐦𝐚 𝐆𝐞𝐨𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤, bersama-sama 𝐒𝐫 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐞𝐝 𝐘𝐮𝐬𝐮𝐟 𝐛𝐢𝐧 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐘𝐚𝐜𝐤𝐮𝐛-𝐏𝐞𝐧𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚, 𝐒𝐫 𝐂𝐡𝐞 𝐊𝐮 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 𝐅𝐮𝐚𝐝 𝐛𝐢𝐧 𝐂𝐡𝐞 𝐊𝐮 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡-𝐏𝐞𝐧𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐔𝐭𝐚𝐦𝐚 serta beberapa orang pensyarah kanan yang lain dalam satu lawatan akademik ke Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak, Kuching.
Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar dan pensyarah mengenai amalan sebenar dalam bidang geomatik, di samping memperkukuh pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh sepanjang pengajian. Program ini turut menjadi platform perkongsian maklumat serta pengenalan kepada peranan dan fungsi JUPEM dalam bidang ukur dan pemetaan.
Diharapkan lawatan akademik ini dapat memberikan manfaat kepada para peserta, meningkatkan kefahaman terhadap aplikasi ilmu geomatik dalam persekitaran kerja sebenar serta mengeratkan hubungan kerjasama antara JUPEM dan institusi pendidikan dalam melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing.
JUPEM Sarawak merakamkan penghargaan kepada pihak Politeknik Kuching Sarawak atas kunjungan dan kerjasama yang terjalin.
𝘿𝙖𝙧𝙞𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙩𝙚𝙤𝙧𝙞 𝙠𝙚 𝙖𝙥𝙡𝙞𝙠𝙖𝙨𝙞 𝙡𝙖𝙥𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣, 𝙞𝙡𝙢𝙪 𝙜𝙚𝙤𝙢𝙖𝙩𝙞𝙠 𝙙𝙞𝙩𝙚𝙧𝙟𝙚𝙢𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙡𝙖𝙡𝙪𝙞 𝙠𝙚𝙩𝙚𝙥𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙪𝙠𝙪𝙧𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙞𝙣𝙩𝙚𝙜𝙧𝙞𝙩𝙞 𝙙𝙖𝙩𝙖 𝙜𝙚𝙤𝙨𝙥𝙖𝙩𝙞𝙖𝙡