Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak

Call Directions Website Contact the organization

Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Jabatan Kebajikan Masyarakat

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JKM BILANGAN 8 TAHUN 2026PUTRAJAYA, 7 Oktober 2026 – Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JK...
07/10/2026

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JKM BILANGAN 8 TAHUN 2026

PUTRAJAYA, 7 Oktober 2026 – Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) turut hadir dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bilangan 8 Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan MAKSAK Putra, Putrajaya.

Majlis anjuran Bahagian Pengurusan dan JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini disempurnakan oleh YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, yang turut menyampaikan ucapan dan amanat kepada warga JKM.

Majlis ini turut menjadi ruang buat warga JKM menyampaikan ucapan perpisahan kepada beliau. Sempena perpisahan tersebut, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Tuan Haji Semawi, telah menyampaikan cenderamata kenang-kenangan daripada JKMS kepada YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan.

Seluruh warga JKMS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepimpinan, bimbingan dan sumbangan beliau sepanjang menerajui JKM. Semoga beliau terus maju jaya dan dipermudahkan segala urusan, serta silaturahim yang terjalin terus berkekalan.

06/10/2026
06/10/2026

Kunjungan Hormat Social Welfare Council of Sarawak kepada Pengarah JKMS.



Kunjungan Hormat dari Social Welfare Council of Sarawak kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak
06/10/2026

Kunjungan Hormat dari Social Welfare Council of Sarawak kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak

KERAJAAN SARAWAK PRIHATIN, RM324,000 DISALURKAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN RH. PADANG ANAK MALENGBINTULU, 5 OKTOBER 2026 – ...
05/10/2026

KERAJAAN SARAWAK PRIHATIN, RM324,000 DISALURKAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN RH. PADANG ANAK MALENG

BINTULU, 5 OKTOBER 2026 – Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) terus menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan rakyat apabila bantuan bencana berjumlah RM324,000.00 disalurkan kepada mangsa kebakaran Rumah Panjang Padang Anak Maleng hari ini.

Bantuan tersebut melibatkan seramai 23 Ketua Isi Rumah (KIR) dengan keseluruhan 125 orang mangsa yang terjejas akibat kejadian kebakaran berkenaan.

Penyerahan bantuan telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr Haji Mohd Razi bin Sitam, Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, dalam satu majlis yang berlangsung pada petang tadi.

Turut hadir ialah YB Datuk Majang anak Renggi, ADUN N70 Samalaju, serta Tuan Haji Semawi bin Haji Mohamad, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.

Penyaluran bantuan ini mencerminkan keprihatinan berterusan Kerajaan Sarawak dalam memastikan kebajikan rakyat yang terjejas akibat bencana sentiasa diberi perhatian, selain membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga mangsa dalam menghadapi situasi sukar.

JKMS akan terus memainkan peranan dalam memastikan bantuan dan sokongan kebajikan disampaikan kepada golongan yang terjejas, khususnya ketika berdepan musibah, agar kebajikan serta keperluan mereka terus terbela.

🎶 JANGAN LUPA! KONSERT WELLBEST MALAM INI! 🎤✨Jom bersama-sama memeriahkan Konsert Wellbest pada malam ini, 3 Oktober 202...
03/10/2026

🎶 JANGAN LUPA! KONSERT WELLBEST MALAM INI! 🎤✨

Jom bersama-sama memeriahkan Konsert Wellbest pada malam ini, 3 Oktober 2026, bermula 7.30 malam hingga 11.00 malam bertempat di MetroCity Event Centre!

Bagi yang tidak dapat hadir secara langsung, jangan risau! 😍
📲 Konsert Wellbest turut disiarkan secara langsung melalui Facebook Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.

Saksikan persembahan istimewa daripada Baby Shima, Haqiem Rusli dan K.O.I🔥🎶

Jangan lepaskan peluang — kita jumpa malam ini! 💜✨





03/10/2026

Biztalk “Loya Niaga” Sesi 1




03/10/2026

Wellbest Family Fun Walk & Wellbest Aerobicthon Challenge 2026




Address

Wisma Kebajikan, Lot 4273 Blok 14, Off Jalan Siol Kanan
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082449577

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak:

Shortcuts

Share