Arthur Joseph Kurup

Directions

Arthur Joseph Kurup Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Member of Parliament for Pensiangan. Member of Sabah State Assembly for Sook.

President Sabah United People's Party (PBRS)

Perubahan iklim bukan lagi sekadar isu alam sekitar tetapi turut memberi kesan kepada ekonomi, perniagaan, pelaburan dan...
07/10/2026

Perubahan iklim bukan lagi sekadar isu alam sekitar tetapi turut memberi kesan kepada ekonomi, perniagaan, pelaburan dan kesejahteraan rakyat.

Hari ini saya telah merasmikan MyNAP High-Level Forum: Mobilising Private Sector Action and Adaptation Finance for a Climate-Resilient Malaysia yang diadakan bersempena dengan IGEM 2026.

Melalui platform ini kita ingin memastikan bahawa langkah adaptasi iklim dipandang sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan dan daya saing negara.

โ€‹Kerajaan kini sedang membangunkan Malaysia National Adaptation Plan (MyNAP) sebagai strategi nasional untuk memandu tindakan adaptasi merentasi sektor utama seperti air, pertanian, perhutanan, infrastruktur serta kesihatan awam.

Pelan tindakan ini menggunakan pendekatan Whole-of-Government dan Whole-of-Society bagi memperkukuh penyelarasan antara kerajaan, sektor swasta dan pihak berkepentingan.

Kerajaan tidak boleh melaksanakan agenda daya tahan iklim ini secara bersendirian. Sehubungan itu penglibatan aktif sektor swasta dan institusi kewangan amat penting untuk memobilisasi modal, teknologi inovatif dan kepakaran bagi memperluas tindakan adaptasi.

Mobilisasi modal swasta ini perlu diperkukuh melalui mekanisme kerjasama awam-swasta, blended finance serta struktur pembiayaan yang jelas bagi membuka lebih banyak peluang pelaburan.

โ€‹Oleh itu saya menyeru sektor swasta, institusi kewangan dan para pelabur untuk bersama-sama memobilisasi pembiayaan adaptasi iklim kita.

Mari kita terjemahkan pemahaman risiko iklim dan dasar kerajaan kepada tindakan nyata yang dapat memperkukuh daya tahan ekonomi negara.

Kerjasama erat daripada semua pihak pastinya akan memberi manfaat inklusif kepada rakyat serta menjamin kelangsungan hidup generasi akan datang.


Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
mgtc.my

Satu lagi projek pembangunan untuk Parlimen P.182 Pensiangan: Pembinaan Dewan Masjid Al-Munawwarah Kampung Penagatan Ulu...
06/10/2026

Satu lagi projek pembangunan untuk Parlimen P.182 Pensiangan: Pembinaan Dewan Masjid Al-Munawwarah Kampung Penagatan Ulu sedang dalam pembinaan.

Dewan baharu ini akan menambahkan keselesaan serta menjadi kemudahan baharu untuk pelbagai aktiviti para umat di Masjid ini. Projek ini saya telah luluskan pada awal tahun ini. Kerja pembinaan sedang dilaksanakan dan dijangka akan siap pada hujung tahun ini.





Hari ini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah menganjurkan Sesi Libat Urus Rang Undang-Undang Peru...
06/10/2026

Hari ini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah menganjurkan Sesi Libat Urus Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara bersama Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara Sarawak. Sesi ini amat bermakna dengan kehadiran YAB Timbalan Perdana Menteri II, YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof.

Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) merupakan satu kerangka perundangan penting dalam usaha kita untuk mengukuhkan tadbir urus iklim dan memastikan kelestarian alam sekitar di Malaysia. Maklum balas daripada wakil-wakil rakyat Sarawak amat penting bagi memastikan penggubalan undang-undang ini bersifat holistik dan mengambil kira realiti unik ekosistem di peringkat negeri.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang hadir atas komitmen jitu yang ditunjukkan dalam mendepani cabaran iklim ini. Kementerian saya akan terus mempergiat kerjasama dengan seluruh pemegang taruh bagi merealisasikan matlamat pembangunan mampan demi kesejahteraan generasi yang akan datang.


Parlimen Malaysia

Sesi Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia hari ini memfokuskan kepada isu jerebu rentas sempadan yang membimbangkan kita se...
06/10/2026

Sesi Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia hari ini memfokuskan kepada isu jerebu rentas sempadan yang membimbangkan kita semua terutamanya di Sarawak. Saya telah menjawab persoalan daripada Ahli Parlimen Tanjong Manis, YB Dato Ir. Haji Yusuf bin Haji Abd. Wahab mengenai langkah komprehensif Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dalam menangani masalah ini.

Dari sudut ๐—ฑ๐—ผ๐—บ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ธ, Kementerian sedang giat melaksanakan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan. Pemantauan kualiti udara dan penguatkuasaan terus dipertingkat dengan tindakan tegas diambil terhadap pelaku pembakaran terbuka. Kita juga telah berjaya memadamkan kebakaran berskala besar serta melaksanakan beberapa siri Operasi Pembenihan Awan (OPA) di seluruh negara termasuk Sarawak bagi mengurangkan kesan jerebu dan meningkatkan paras empangan air.. Sebanyak 55 OPA telah dilaksanakan sejak bulan Februari tahun ini di seluruh negara.

Selain itu, kita juga telah memperkukukan tindakan ๐—ฑ๐—ถ๐—ฝ๐—น๐—ผ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ธ. Susulan rundingan terus saya dengan Menteri Lingkungan Hidup Indonesia, kerajaan negara jiran telah bersetuju menerima tawaran bantuan Malaysia bagi mempercepat usaha pemadaman kebakaran di kawasan terjejas. Bantuan ini merangkumi operasi pemadaman dari udara melalui water bombing, sokongan pesawat amfibi dan OPA. Usaha penyelarasan penghantaran bantuan kini sedang giat dijalankan melalui Kementerian Luar Negeri.

Di peringkat ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐˜‚, Malaysia menggunakan mekanisme ๐—”๐—ฆ๐—˜๐—”๐—ก secara aktif. Kita telah mengemukakan cadangan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi menyokong pengurusan jerebu yang lebih berkesan. Selaras dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi Mesyuarat Ke-28 MSC pada tahun hadapan, kita akan terus menekankan tindakan kolektif demi mencapai sasaran ASEAN Bebas Jerebu Menjelang 2030.

Kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan kami. NRES akan terus komited melaksanakan tindakan bersepadu bersama pelbagai agensi bagi melindungi kualiti udara dan kesihatan seluruh rakyat Malaysia.



05/10/2026

Mesyuarat Majlis Tanah Negara yang Ke-83 dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) sebagai Urusetia Majlis.

Satu sesi pertemuan yang amat produktif telah diadakan petang tadi bersama rakan-rakan pengamal media tempatan dan antar...
05/10/2026

Satu sesi pertemuan yang amat produktif telah diadakan petang tadi bersama rakan-rakan pengamal media tempatan dan antarabangsa.

Bertemakan "Building a Resilient Malaysia: Environment, Climate and Our Future", sesi ini membuka ruang yang sangat baik untuk kami bertukar-tukar pandangan mengenai peranan penting laporan media dalam mendepani cabaran iklim dan memacu kelestarian negara.

Terima kasih saya ucapkan kepada Datuk Seri Wong Chun Wai dan semua rakan media dari pelbagai agensi yang sudi meluangkan masa antaranya BERNAMA, Nikkei, Straits Times, Kyodo News, New Straits Times (NST), Reuters, Associated Press (AP), Channel NewsAsia (CNA), Sin Chew Daily, The Star, Vikkram, Nanyang Siang Pau, Business Times dan Xinhua.

Kerjasama erat dengan rakan-rakan media akan terus diperkasakan demi kelestarian alam sekitar kita.



Jalan Konkrit Kebun di Kg. Sinulihan, Sook sudah siap dilaksanakan.Ini akan mempermudahkan urusan penduduk khususnya dal...
05/10/2026

Jalan Konkrit Kebun di Kg. Sinulihan, Sook sudah siap dilaksanakan.

Ini akan mempermudahkan urusan penduduk khususnya dalam mengeluarkan hasil kebun. Projek ini antara usaha saya sebagai wakil rakyat untuk meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar. Bersama Kita Hebatkan Pensiangan!





Hari ini saya telah menghadiri Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-83 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Pe...
05/10/2026

Hari ini saya telah menghadiri Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-83 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

โ€‹MTN terus menjadi platform strategik yang penting dalam memperkukuh penyelarasan pentadbiran tanah antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Hal ini bagi memastikan dasar dan pengurusan tanah negara dapat dilaksanakan secara terancang, bersepadu dan mampan.

โ€‹Kerajaan amat yakin bahawa melalui kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, pengurusan tanah negara dapat terus diperkasakan. Ini penting bagi menyokong agenda pembangunan negara yang lebih inklusif, berdaya tahan dan mampan.

Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)โ€‹ akan memastikan dasar dan pengurusan tanah kekal responsif terhadap keperluan rakyat, cabaran masa hadapan dan kepentingan negara.



Selamat pagi dan Salam Hari Isnin kepada semua.Hari ini semua Ahli-Ahli Parlimen dari seluruh negara kembali ke Parlimen...
05/10/2026

Selamat pagi dan Salam Hari Isnin kepada semua.

Hari ini semua Ahli-Ahli Parlimen dari seluruh negara kembali ke Parlimen Malaysia yang akan bersidang mulai hari ini sehingga ke hujung Disember 2026.

Persidangan kali ini sangat penting dan agak panjang kerana kita akan bentang Belanjawan Negara 2027 di samping beberapa Rang Undang-Undang (RUU). Inilah ruang dan saluran yang paling tinggi dalam negara kita untuk membawa isu-isu kepentingan rakyat.

Seperti biasa, saya sentiasa antara yang paling awal masuk ke Dewan untuk mengambil masa buat persediaan dan semak nota. Semoga dipermudahkan segala urusan persidangan Parlimen ini demi kebaikan rakyat dan negara.





Padang Kompleks Sukan Keningau bergema dengan sorakan meriah sempena Perlawanan Persahabatan Bola Sepak antara pasukan K...
05/10/2026

Padang Kompleks Sukan Keningau bergema dengan sorakan meriah sempena Perlawanan Persahabatan Bola Sepak antara pasukan Kelab Sukan RTM Sabah menentang wira-wira tempatan kita dari Pensiangan Gabungan FC.

โ€‹Menang atau kalah itu adalah adat permainan. Apa yang paling bermakna adalah ukhuwah, persahabatan dan jalinan silaturahim yang terbina di atas padang ini. Syabas saya ucapkan kepada Pensiangan Gabungan FC yang mempamerkan corak permainan yang hebat dan tidak kenal erti putus asa!

โ€‹Terima kasih juga kepada rakan-rakan dari Kelab Sukan RTM Sabah kerana sudi turun padang, memeriahkan suasana dan beraksi bersama komuniti kami di sini. Sukan adalah medium terbaik yang bukan sahaja menyihatkan tubuh badan, tetapi juga menyatupadukan masyarakat.

โ€‹Semoga aktiviti sukan dan gaya hidup sihat seperti ini akan terus subur di kalangan warga Pensiangan dan Sabah amnya.





Address

Astana Negeri Sarawak
Kuching

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Arthur Joseph Kurup posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share