Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak

Directions Website Contact the organization

Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak Facebook Rasmi Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sarawak [Keselamatan Negara Taggungjawab Bersama]

02/10/2026

🚫 Bahaya Tidur Dalam Kenderaan Ketika Enjin Dihidupkan 🚫

Tidur dalam kenderaan dengan enjin dihidupkan mungkin nampak selesa… tetapi ia berbahaya dan boleh membawa maut!

Gas karbon monoksida tidak berbau, tidak berwarna, dan boleh meragut nyawa tanpa disedari.

👉 Ingatlah, keselamatan lebih utama.

✅ Elakkan tidur dalam kenderaan ketika enjin dihidupkan.

✅ Cari tempat rehat yang selamat di luar kenderaan.

✅ Ingat, gas karbon monoksida adalah “pembunuh senyap”.

02/10/2026

PEMAKLUMAN RASMI BERHUBUNG PENGGUNAAN TEMPLAT UCAPAN TAHNIAH SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI LAHIR TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK TAHUN 2026

KUCHING, 2 Oktober 2026 – Pejabat Yang di-Pertua Negeri Sarawak dengan ini memaklumkan bahawa templat rasmi ucapan tahniah sempena Perayaan Sambutan Hari Lahir Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang akan berlangsung pada 10 Oktober 2026 telah tersedia di laman sesawang rasmi Astana Negeri Sarawak.

Sehubungan dengan itu, semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, organisasi swasta serta orang awam dipersilakan untuk merujuk dan menggunakan templat berkenaan sebagai panduan rasmi dalam penyediaan ucapan tahniah sempena perayaan tersebut.

Penyediaan templat ini bertujuan memastikan keseragaman persembahan ucapan tahniah serta ketepatan penggunaan gelaran rasmi, selaras dengan tatacara protokol yang ditetapkan.

🔗 https://tyt.sarawak.gov.my/web/home/index/

Dikeluarkan oleh:
Astana Negeri Sarawak

02/10/2026
02/10/2026

🚦 Beri Isyarat, Bukan Kejutan!

INGAT! Pemandu berhemah tahu pentingnya beri isyarat. 🫵

Setiap kali anda mahu membelok, memintas atau berhenti, pastikan lampu isyarat dihidupkan lebih awal.

Tindakan kecil ini mampu memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain dan mengelakkan kemalangan yang tidak diingini.

Ingat, berhemah di jalan raya juga bukan hanya tentang undang-undang, tetapi tentang tanggungjawab dan sikap saling menghormati.

Kita semua pengguna jalan raya, pemandu, penunggang dan pejalan kaki. 🚴‍♀️🚶‍♂️

Tanggungjawab kita ialah berkomunikasi dengan jelas di jalan raya.


02/10/2026
Gara-gara vandalisme, kemudahan awam terganggu
02/10/2026

Gara-gara vandalisme, kemudahan awam terganggu

Gangguan Telekomunikasi Penom, Nanga Bayor Akibat Vandalisme

SPAOH, 30 September – Gangguan perkhidmatan telekomunikasi di rumah panjang Penom dan Nanga Bayor yang berlaku sejak 24 September lalu dikenal pasti berpunca daripada perbuatan vandalisme terhadap dua menara telekomunikasi di kawasan berkenaan.

Timbalan Premier Sarawak merangkap ADUN N.37 Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menerima laporan berhubung gangguan tersebut dan hasil semakan mendapati kedua-dua menara yang menyediakan perkhidmatan mudah alih Celcom, Digi dan Maxis tidak berfungsi.

Menurut beliau, pihak penyedia perkhidmatan memaklumkan kabel kuasa telah dipotong dan dicuri, manakala beberapa peralatan lain turut hilang.

Laporan polis berhubung kejadian tersebut telah dibuat pada 25 September lalu.

Uggah berkata kabel kuasa gantian baharu dijangka tiba di Kuching pada 30 September sebelum dihantar ke kedua-dua tapak berkenaan bagi membolehkan kerja-kerja pemulihan dilaksanakan.

“Kerja-kerja pemulihan dijadualkan bermula pada 1 Oktober, tertakluk kepada keadaan cuaca yang mengizinkan, dan keseluruhan kerja disasarkan siap dalam minggu ini,” katanya.

Sementara menunggu perkhidmatan dipulihkan, komuniti setempat yang memerlukan akses internet bagi urusan harian, pembelajaran, komunikasi atau kecemasan boleh menggunakan kemudahan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Penom yang berhampiran.

Uggah turut memohon kerjasama orang ramai supaya menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan mengawasi sebarang kegiatan mencurigakan di kawasan masing-masing.

“Saya mohon kerjasama orang ramai supaya menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan mengawasi sebarang kegiatan mencurigakan di kawasan masing-masing. Jika melihat sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan kemudahan telekomunikasi, segera laporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan dapat diambil,” katanya.

Beliau berkata kerjasama masyarakat amat penting bagi membantu melindungi kemudahan telekomunikasi yang menjadi keperluan penting komuniti serta memastikan perkhidmatan komunikasi dapat disediakan secara berterusan.

———




RM500 BANTUAN TIKET PENERBANGAN PELAJAR BAHARU IPTA
02/10/2026

RM500 BANTUAN TIKET PENERBANGAN PELAJAR BAHARU IPTA

Salam & Selamat pagi followers JAPEN Sarawak!✨

RM500 BANTUAN TIKET PENERBANGAN PELAJAR BAHARU IPTA

01/10/2026
01/10/2026

Address

Tingkat 7 & 8 Bangunan SSM, Lot 11115 Section 64 KTLD, Jalan Pending City Square Fasa 1
Kuching
93450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak:

Shortcuts

Share