19/10/2026
14 RUMAH DIBAIK PULIH, KDN PERKASA TVET DAN PELUANG KEDUA DI KAMPUNG GOSONG
Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh kesejahteraan rakyat melalui inisiatif Kampung Angkat MADANI (KAM) 2026 dengan pelaksanaan kerja-kerja baik pulih 14 buah rumah penduduk kampung dan anggota RELA di Kampung Gosong, Machang, Kelantan.
“Peluang kedua melalui TVET membolehkan Orang Yang Diselia (ODS) menyumbang semula kepada masyarakat dengan kemahiran yang berguna.” — YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri.
Inisiatif ini dilaksanakan menerusi pendekatan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan kerjasama Akademi Binaan Malaysia (ABM), melibatkan 10 Orang Yang Diselia (ODS) di bawah Jabatan Penjara Malaysia serta 4 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Pendekatan ini bukan sahaja membantu penduduk menikmati kediaman yang lebih selesa dan selamat, malah membuka ruang kepada ODS untuk memperoleh kemahiran teknikal, membina keyakinan diri dan mempersiapkan mereka kembali ke pangkuan masyarakat.
Melalui kerjasama strategik KDN, Jabatan Penjara Malaysia, RELA dan ABM, program ini membuktikan bahawa usaha pemulihan dan pembangunan komuniti mampu digerakkan secara bersama demi manfaat rakyat.
Daripada pemulihan kepada kemahiran, daripada peluang kedua kepada bakti untuk masyarakat.
Inilah komitmen Kerajaan MADANI yang diterjemahkan KDN melalui pendekatan berteraskan rakyat, memperkukuh kesejahteraan komuniti tanpa mengabaikan aspek keselamatan dan pembangunan modal insan.
KESELAMATAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Sumber: Siaran Media, Kementerian Dalam Negeri (KDN), 17 Oktober 2026.