Jabatan KEMAS Sarawak

Call Directions Website Contact the organization

Jabatan KEMAS Sarawak "PENGGERAK KESEJAHTERAAN MASYARAKAT LUAR BANDAR" KEMAS SARAWAK adalah salah satu Pejabat KEMAS Negeri. Manakala ibu pejabat KEMAS Malaysia terletak di Putrajaya.
(1)

Jabatan Kemajuan Masyarakat atau dikenali sebagai 'KEMAS' adalah salah satu agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) Malaysia.

๐—Ÿ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—”๐—ฃ๐—– ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ธ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ ๐—ž๐—จ๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒโ€“ Pagi tadi telah...
22/10/2026

๐—Ÿ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—”๐—ฃ๐—– ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ธ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ

๐—ž๐—จ๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒโ€“ Pagi tadi telah diadakan lawatan tapak bagi meninjau lokasi pelaksanaan Program Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KEMAS Sarawak 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 18 November 2026 di sebuah hotel terkemuka di bandar raya Kuching.

Pada majlis itu nanti, seramai 300 orang tetamu dijangka hadir bagi menyerikan program berkenaan. Dalam pada itu, seramai 160 orang penerima APC dan pesara akan diraikan sebagai penghargaan atas sumbangan serta perkhidmatan cemerlang mereka. Majlis berprestij ini dijangka akan dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Menurut Penolong Pengarah Unit Sumber Manusia dan Pentadbiran KEMAS Sarawak yang juga Timbalan Pengerusi sambutan, Puan Napsiah binti Suhaili, yang ditemua semasa mengadakan lawatan tapak berkata, majlis APC tersebut akan bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Antara pengisian program yang telah dirancang termasuklah ucapan daripada tetamu kehormat, sesi penyampaian sijil APC, sesi bergambar, persembahan khas daripada kakitangan, serta jamuan makan tengah hari.

Tambah beliau lagi, lawatan ke lokasi program yang diadakan hari ini merupakan sebahagian daripada lawatan kerja semua pengerusi jawatankuasa kerja yang telah dilantik. Langkah ini bertujuan membolehkan barisan Jawatankuasa melihat dengan lebih jelas susun atur dan keadaan fizikal lokasi, sekali gus memudahkan mereka merancang segala persiapan agar majlis dapat berjalan dengan lancar, teratur, dan sempurna.

Beliau turut memaklumkan bahawa sesi raptai penuh untuk semua penerima akan diadakan pada 17 November 2026 dari jam 2.00 hingga 5.00 petang. Bagi memeriahkan lagi suasana, tema pakaian rasmi tahun ini menetapkan pemakaian baju pejabat, di mana penerima APC akan menggayakan pakaian berwarna merah marun (maroon), manakala para petugas dan urus setia akan mengenakan pakaian berwarna hijau pudina (mint green).

Semoga urusan majlis kita nanti dipermudahkan dan berjalan dengan sebaiknya.

KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat

๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ž-๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ž๐—ž๐—จ๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒโ€“ Seramai 50 or...
21/10/2026

๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ž-๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ž

๐—ž๐—จ๐—–๐—›๐—œ๐—ก๐—š, ๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒโ€“ Seramai 50 orang Pendidik Masyarakat TABIKA dan TASKA KEMAS dari bahagian dan daerah di seluruh Sarawak menyertai Kursus Penilaian Status Pemakanan dan Penyediaan Makanan Kanak-Kanak TABIKA dan TASKA KEMAS Negeri Sarawak Tahun 2026 di Institut Aminuddin Baki, Jalan Sultan Tengah, Kuching. Kursus anjuran Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak itu berlangsung selama tiga hari, bermula 21 hingga 23 Oktober 2026, dan dirasmikan oleh Puan Anisah binti Saidin, Pengarah Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Malaysia.

Dalam ucapan perasmiannya, Puan Anisah menekankan kepentingan meningkatkan kemahiran pendidik dalam melaksanakan pengukuran berat dan tinggi dengan betul, memahami hasil penilaian pertumbuhan serta memastikan penyediaan makanan yang selamat, berkhasiat dan berkualiti. Beliau turut mengingatkan bahawa pemantauan pertumbuhan yang tepat membolehkan kanak-kanak yang memerlukan perhatian dikenal pasti lebih awal dan diberikan tindakan susulan yang bersesuaian melalui kerjasama pendidik, ibu bapa serta pihak kesihatan.

Berdasarkan data sehingga Jun 2026 yang dikongsikan dalam ucapan beliau, seramai 12,874 daripada 16,299 orang kanak-kanak TABIKA KEMAS di Sarawak, atau 78.99 peratus, mempunyai status Indeks J***m Badan (BMI) normal. Bagaimanapun, prevalens bantut masih mencatatkan 9.64 peratus, melibatkan 1,572 orang kanak-kanak.

Bagi TASKA KEMAS di Sarawak p**a, 881 daripada 1,204 orang kanak-kanak mempunyai BMI normal, manakala 171 orang direkodkan mengalami bantut. Sehubungan itu, pemantauan berterusan dan ketepatan rekod pertumbuhan perlu diberikan perhatian bagi membantu tindakan susulan dilaksanakan dengan berkesan.

Dalam aspek penyediaan makanan, beliau menekankan amalan kebersihan, pengendalian bahan mentah, penyimpanan makanan serta perancangan menu yang memenuhi keperluan pemakanan kanak-kanak.

Terdahulu, Encik Taufik bin Mohd Yusop, Pengarah KEMAS Negeri Sarawak, ketika menyampaikan ucapan aluan, merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS atas penganjuran kursus tersebut.

Beliau berharap semua peserta dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang pembelajaran sepanjang kursus serta mengamalkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh di tempat bertugas masing-masing. Peserta juga disaran berkongsi pengetahuan tersebut bersama rakan pendidik yang tidak berkesempatan hadir supaya manfaatnya dapat diperluas kepada lebih banyak TABIKA dan TASKA KEMAS di seluruh Sarawak.

Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen berterusan KEMAS dalam memperkukuh kompetensi pendidik serta meningkatkan kualiti pengurusan pemakanan demi memastikan kanak-kanak membesar dengan sihat dan mencapai potensi masing-masing.

Hadir sama, Encik Haji Edmund Shah bin Tambi, Pengarah Cawangan Institutsi Aminuddin Baki Cawangan Sarawak, Puan Nurul Ilani binti Mad Hashim, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Puan Nurezzati binti Azri, Pegawai Unit PAK KEMAS Negeri, Fasilitator, urusetia serta peserta kursus.

KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat

21/10/2026
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak 2 bulan ...
21/10/2026

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak 2 bulan gaji pokok untuk penjawat awam Negeri Sarawak dan RM700 secara โ€˜one-offโ€™ kepada penjawat awam Persekutuan di Sarawak.

๐Ÿ“ฑ Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi TVS Inspire, MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! Muat turun di App Store dan Play Store sekarang!

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak 2 bulan gaji pokok untuk penjawat awam Negeri Sarawak dan RM700 secara โ€˜one-offโ€™ kepada penjawat awam Persekutuan di Sarawak.

Baca artikel penuh: https://www.tvsarawak.my/2026/10/21/dun-sarawak-abang-johari-umum-bkk-dua-bulan-gaji-bagi-penjawat-awam/

๐Ÿ“ฑ Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi TVS Inspire, MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! Muat turun di App Store dan Play Store sekarang!

20/10/2026

๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐๐ˆ๐‚๐€๐‘๐€ ๐๐„๐‘๐ˆ๐‘๐€๐Œ๐€ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐‰๐€๐‹๐€๐ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐“๐€๐๐ˆ๐Š๐€ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐๐„...

๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก & ๐’๐ฒ๐š๐›๐š๐ฌ ๐Š๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฅ๐š๐ง๐  ๐–๐š๐ซ๐ซ๐ข๐จ๐ซ!๐“๐ž๐ซ๐›๐š๐ง๐  ๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐š๐ง๐š๐ค-๐š๐ง๐š๐ค ๐Š๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฅ๐š๐ง๐  ๐–๐š๐ซ๐ซ๐ข๐จ๐ซ ๐๐š๐ซ๐ข ๐“๐€๐๐ˆ๐Š๐€ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐š๐ง ๐‹๐ข๐ฆ๐›๐š๐ง...
19/10/2026

๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก & ๐’๐ฒ๐š๐›๐š๐ฌ ๐Š๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฅ๐š๐ง๐  ๐–๐š๐ซ๐ซ๐ข๐จ๐ซ!

๐“๐ž๐ซ๐›๐š๐ง๐  ๐ญ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐š๐ง๐š๐ค-๐š๐ง๐š๐ค ๐Š๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฅ๐š๐ง๐  ๐–๐š๐ซ๐ซ๐ข๐จ๐ซ ๐๐š๐ซ๐ข ๐“๐€๐๐ˆ๐Š๐€ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’ ๐๐š๐ก๐š๐ ๐ข๐š๐ง ๐‹๐ข๐ฆ๐›๐š๐ง๐ .

Mewakili seluruh warga KEMAS Sarawak ke Pertandingan Bicara Berirama Keselamatan Jalan Raya TABIKA KEMAS Peringkat Kebangsaan 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur hari ini sudah cukup membuktikan keberanian, disiplin, dan bakat luar biasa anak-anak Bumi Kenyalang ini.

Walaupun rezeki kemenangan belum berpihak kepada kita kali ini, kehadiran dan semangat waja yang ditunjukkan di atas pentas, tetap menjadi kebanggaan seluruh rakyat Sarawak!

Berdiri megah bersaing di antara 14 kontinjen seluruh Malaysia bukanlah satu tugas yang mudah, namun anak-anak Limbang telah membuktikan bahawa semangat Kenyalang Warrior tiada tandingannya.

Buat para guru pengiring, ibu bapa, serta pegawai penyelaras yang bertungkus-rumus, terima kasih atas pengorbanan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi.

Ini bukanlah penamat, melainkan permulaan yang cukup indah. Jadikan pengalaman bernilai ini sebagai pembakar semangat untuk kita bangkit, gandakan latihan, dan kembali lebih mantap, padu, serta bersemangat untuk pertandingan yang akan datang!

๐“๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ก ๐€๐ง๐š๐ค ๐’๐š๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ค!

KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐†๐„๐Œ๐€@๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: ๐Œ๐ž๐ซ๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐€๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐๐ข๐ฆ๐ฉ๐ข๐ง๐š๐ง ๐ƒ๐ž๐ฆ๐ข ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ญ ๐ƒ๐ž๐ฌ๐š ๐Š๐”๐‚๐‡๐ˆ๐๐†, ๐Ÿ๐Ÿ• ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ โ€” Pembangun...
17/10/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐†๐„๐Œ๐€@๐Š๐Š๐ƒ๐– ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: ๐Œ๐ž๐ซ๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐€๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐๐ข๐ฆ๐ฉ๐ข๐ง๐š๐ง ๐ƒ๐ž๐ฆ๐ข ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ค๐š๐ญ ๐ƒ๐ž๐ฌ๐š

๐Š๐”๐‚๐‡๐ˆ๐๐†, ๐Ÿ๐Ÿ• ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ โ€” Pembangunan yang sebenar bukan sekadar diukur melalui kemajuan fizikal semata-mata, sebaliknya harus diterjemahkan kepada peningkatan kualiti hidup serta kesejahteraan menyeluruh masyarakat di peringkat akar umbi.

Penegasan itu dikongsikan oleh Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.5 Demak Laut, YB Datuk Dr. Hazland bin Abang Hipni ketika merasmikan Program GEMA@KKDW 2026 (Gerakan Massa Masyarakat Desa) bagi Parlimen Santubong dan Petra Jaya di Wisma Sabati, Kuching.

Program anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Kuching ini menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat, agensi kerajaan Persekutuan dan negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), usahawan serta golongan belia dan wanita dalam satu platform strategik.

Mengulas lanjut, YB Datuk Dr. Hazland memuji tema tahun ini, iaitu "Memasyarakatkan KEMAS, Merakyatkan Aspirasi Pimpinan" yang bertepatan dengan usaha memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Beliau mengingatkan agar peranan KEMAS tidak hanya tertumpu pada TABIKA dan TASKA, tetapi merangkumi pendidikan kemahiran, keusahawanan, pembangunan keluarga dan komuniti luar bandar.

Beliau turut menekankan kepentingan perancangan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) yang mementingkan pertumbuhan ekonomi inklusif agar masyarakat desa tidak ketinggalan. Bagi kawasan Demak Laut, Santubong dan Petra Jaya, masyarakat digalakkan meneroka potensi perniagaan kecil, kraftangan, makanan tradisional, pelancongan komuniti dan ekonomi digital untuk mencipta peluang pendapatan yang mampan.

Selain itu, program ini turut dimeriahkan dengan Ceramah Kesedaran Sivik oleh Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Sarawak, Tuan Mohamad Faizal bin Lamat, Ceramah Motivasi Keluarga Sejahtera oleh pensyarah UNIMAS, Dr. Mohd Sharul bin Kamaruddin, serta pameran agensi, pemeriksaan kesihatan, jualan rahmah, pelbagai pertandingan menarik seperti ukiran buah dan pakaian beragam bertemakan retro, pertandingan suara emas, yang mendapat sambutan hangat daripada para peserta.

Penutup tirai Program GEMA@KKDW 2026 di Wisma Sabati hari ini menyaksikan pengumuman istimewa apabila Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, YB Datuk Dr. Hazland bin Abang Hipni, mengumumkan peruntukan Geran Khas berjumlah RM10,000.00 kepada Kelab Kebajikan KEMAS Bahagian Kuching.

Sumbangan daripada Kerajaan Sarawak itu disalurkan bagi menghargai serta menyokong segala usaha berterusan pihak KEMAS dalam memperkasakan program pembangunan masyarakat luar bandar, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.5 Demak Laut.

Turut hadir menyerikan majlis penutupan ialah Puan Paggy Ann Iba anak Matu, Penolong Pengarah PKOM dan PKEM yang hadir mewakili Pengarah KEMAS Negeri Sarawak, Encik Wan Zairul Bin Wan Zain, Pegawai KEMAS Bahagian Kuching, wakil-wakil agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Jawatankuasa PBEKAM Sarawak, ketua-ketua jabatan, pemimpin masyarakat serta penghulu dan ketua kaum tempatan.

โ€œ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ, ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐˜€๐—ฝ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฃ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ปโ€


Address

Tkt 6 & 7, Bangunan Sultan Iskandar Jalan Simpang Tiga
Kuching
93300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082240636

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan KEMAS Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan KEMAS Sarawak:

Shortcuts

Share